https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Wednesday, 9 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - Kerabu Mangga, Kambing Goreng Xijiang, Jus Tembikai Batu Dengan Pisang

KERABU MANGGA 

Tumis-tumis Ramadhan Chef Sabri
Bahan-Bahan :
mangga muda - hiris halus...

2 ulas bawang putih – dicincang


2 ulas bawang merah – dihiris nipis

lobak merah - hiris halus
serai -hiris halus
daun ketumbar - hiris halus
1 sdk udang kering
3 helai daun limau purut – dihiris nipis
2 sdm sos sotong Thai
3 biji cili padi – hiris nipis
Garam dan Gula Secukup Rasa
Cara membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga rata.
  2. Siap untuk dihidang dan hias dengan hirisan cili merah, daun ketumbar dan tomato.
Tips:
Jangan buat kerabu terlalu awal kerana akan berair
Untuk kekalkan lobak ranggup masukkan dalam ais
KAMBING GORENG XIJIANG
Tumis-tumis Ramadhan Chef Sabri
Bahan-Bahan :
800g daging kambing dengan tulang dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
2 ulas bawang merah – dihiris nipis
5g halia – dipotong mayang
4 sdm minyak masak
Cili Szechuan
daun ketumbar
1 sdk serbuk jintan manis
1sdk serbuk jintan putih
sos tiram
Garam secukup rasa
 Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, bawang putih, bawang merah, daun ketumbar dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan kacau.
  3. Masukkan daging kambing dan sedikit air serta kacau.
  4. Masukkan 2 sudu makan sos tiram, sedikit serbuk jintan manis, jintan putih, cili Szechuan, kacau dan perlahankan api.
  5. Masukkan seleri, serbuk perasa, garam, kacau lagi dan tutup api.
  6. Siap untuk dihidang, hias dengan daun ketumbar, hirisan cili merah dan tomato.
JUS TEMBIKAI BATU DENGAN PISANG
Tumis-tumis Ramadhan Chef Sabri
Bahan-Bahan :
100g tembikal batu ( Rock Melon )
2 biji pisang
3 cawan susu cair
3 sdm gula
1 cwn ais 
Cara membuatnya:
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus. Tuang ke dalam gelas.

0 comments:

Post a Comment