Saturday, 19 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - Masakan Itali, Spaghetti Carbonara, Open Faced Sandwich, Jus Epal Asam Boi

Tema masakan ialah ITALI!

SPAGHETTI CARBONARA
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - Masakan Itali, Spaghetti Carbonara, Open Faced Sandwich, Jus Epal Asam Boi
Penyediaan : 4 orang
Masa : 10 minit
Bahan-bahan:
600g Spaghetti yang telah direbus 
3 ulas Bawang putih – di cincang halus
1 ulas Bawang merah – di cincang halus
3 sdm Minyak 
4 biji Kuning Telur
3cwn Krim Masakan atau susu sejat penuh krim
50g Cendawan Shitake – di cincang kasar
50g Cendawan Tiram– di cincang
1sdk Lada Hitam – di kisar
3sdm Keju Parmesan – dikisar ( Grated Parmesan Cheese)
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, bawang putih, bawang merah, cendawan,lada hitam ,kemudian tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan Krim, kacau hingga mendidih, kemudian masukan spaghetti, kacau hingga rata selama 3 minit.
  3. Masukkan cendawan Shitake dan Cendawan Tiram ke dalam kuali dan kacau.
  4. Akhir sekali masukkan kuning telur, perasa dan kacau seketika hingga sos menjadi hamper pekat dan terus angkat.
  5. Setiap untuk di hidang, tabur parmesan cheese dan daun parsley yang di cincang.
OPEN FACED SANDWICH
 
Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - Masakan Itali, Spaghetti Carbonara, Open Faced Sandwich, Jus Epal Asam Boi
Penyediaan : 4 orang
Masa : 10 minit
Bahan-bahan:
4 ketul roti sandwich
500g daging cincang
2 ulas bawang putih – dicincang
2 sdm sos tomato
3 sdm sos cili
pes tomato
1 ulas bawang merah – dicincang
30g seleri – dicincang
1g herba campuran
Daun parsley yang sudah dicincang
Mozarella cheese
Lada Hitam
Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Bakar Roti Sandwich terlebih dahulu.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, masukkan bawang putih, bawang merah, seleri sehingga naik bau
  3. Masukkan daging, kacau hingga separuh masak, kemudian masukkan sos tomato, sos cili, dan pes tomato. Kacau sampai sebati.
  4. Masukkan herba campuran (Mix Italian), serbuk perasa, lada hitam dan daun parsley yang sudah dicincang dan kacau sehingga sebati
  5. Sementara itu, sapu kepingan roti panjang dengan mentega.
  6. Setelah inti daging benar-benar masak, tutup api.
  7. Dengan menggunakan sudu, letak inti daging di atas permukaan roti, sapu hingga rata, kemudian taburkan Mozarella Cheese di atas roti
  8. Guna Torch untuk cairkan cheese atau bakar seketika menggunakan ketuhar. Taburkan daun parsley. Siap dihidang.
JUS EPAL ASAM BOI
 Bahan-bahan:
4 biji epal hijau – dipotong dadu
2 sdm gula perang
sedikit air
40g ais
6 biji asam boi
 Cara membuatnya:
  1. Masukan Epal Hijau, kedalam blender, kemudian kisar hingga halus. 
  2. Tuang ke dalam gelas kemudian masukkan asam boi, ketulan ais, sedikit air dan gula perang. 
  3. Kacau sehingga sebati. Sedia untuk di minum.
 

0 comments:

Post a Comment