Sunday, 6 July 2014

Menu berbuka - Puding Caramel Peach Ceri dan Kek Coklat

Azam Ramadhan Su episode 8, menyiarkan resepi berikut

Puding Caramel Peach



Bahan-bahan
1 mangkuk gula untuk caramel
1 mangkuk gula untuk puding
12 biji telur
1 mangkuk susu cair
1 mangkuk air sama mangkuk dengan susu cair
Esen Vanilla
Pewarna kuning
Hiasan buah peach dipotong dan ceri
1 jug air untuk mengukus

Cara membuatnya:
  1. Cairkan gula untuk caramel. Masukkan dalam caramel.
  2. Panaskan pengukus.
  3. Pecahkan telur ke dalam mixer dan putarkan sehingga sebati. Masukkan gula, susu cair dan air, esen vanilla dan pewarna kuning. Tuangkan ke dalam Loyang caramel tadi dan kukus.
  4. Setelah masak hiaskan dengan buah peach dan ceri. Sejukkan di dalam peti sejuk.


Kek Coklat
 
 
Bahan-bahan
1 tin marjerin
2 cawan gula
4 cawan tepung kek
6 biji Telur
1 sudu kecil Esen ros
1 sudu kecil Esen vanilla
Coklat masakan
Air
Strawberi untuk hiasan

Cara membuatnya:
  1. Cairkan coklat dengan sedikit air
  2. Pukul telur sampai kembang.
  3. Masukkan gula dan marjerin di dalam mangkuk. Pukul sampai sebati dengan mixer. Masukkan telur yang telah dipukul kembang. Mixer sehingga sebati.
  4. Masukkan tepung, esen vanilla dan esen ros. Masukkan coklat yang telah dicairkan kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam Loyang dan ratakan dan bakar.
  5. Hiaskan dengan lebihan coklat dan strawberi.

 

 

 



0 comments:

Post a Comment