Saturday, 5 July 2014

Menu Berbuka dan bersahur - Ayam goreng berempah dan Ayam Kukus Halia Mudah

Resepi Menu Berbuka dan bersahur ini di ambil dari Azam Ramadhan Su episode 4. Mudah dan senang resepi yang dibuat oleh Wati dan Su. Resepi di bawah ini boleh dijadikan menu juadah berbuka, bersahur dan beraya nanti.

 
Ayam goreng berempah Mudah
 
 Ayam goreng berempah yang sedang digoreng
 

Bahan-bahan dikisar
Lengkuas – dipotong *
Kunyit – dipotong *
Halia – dipotong *
Serai – dipotong *
Bawang merah – dipotong *
Bawang putih – dipotong *
Ketumbar – ditumbuk
Garam
Kepingan cili
Daun kunyit dihiris halus
Daun limau purut dihiris halus
1 ekor ayam

 
Cara membuatnya:

Masukkan ayam ke dalam mangkuk, bahan kisar, masukkan ketumbar, kepingan cili, daun kunyit, daun limau dan garam, gaulkan semua bahan bersama ayam tadi dan gaulkan

Panaskan minyak dan goring ayam sehingga masak. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas.

 
Ayam kukus halia
Ayam kukus halia

Bahan-Bahan
3 batang Serai diketuk
Bawang besar hiris / potong bulat
Halia dihiris
Bawang putih dihiris
Lobak merah dihiriskan panjang-panjang
Garam
Daun bawang dipotong

 
Hiasan
Daun salad
Cili merah dan Cili hijau untuk mendapatkan potongan yang cantik potong 4 pangkal cili dan rendamkan dengan air garam
 
Cara membuatnya: 

Ayam dikelarkan dan dilumurkan dengan garam dan boleh dikukuskan. Masukkan dalam Loyang atau mangkuk tahan panas dan masukkan semua bahan yang dihiris ke atas ayam. Tetapkan masa untuk mengukus selama 30 minit. Setelah siap hidangkan dan dihiaskan bersama bahan hiasan.

 

0 comments:

Post a Comment