https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Friday, 4 July 2014

Resepi Nasi Dagang Terengganu - MENU BERBUKA 3hb July 2014, Ramadhan 6, 1435H,

Wife buat nasi dagang pada 3hb July 2014, Ramadhan 6, 1435H, sempena mak dan adik serta anak-anak buah datang berbuka dan bermalam di rumah kami.
 
Wife menggunakan resepi http://norfanil.com/resepi-nasi-dagang-terengganu-turun-temurun/ . Cubalah resepi dibawah memang sedap gulai ikan tongkolnya pekat kata adik wife walaupun tanpa menggunakan rempah khas nasi dagang.
 
Menu makanan dan minuman berbuka
 

Resepi Nasi Dagang Terengganu - MENU BERBUKA
 

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Resepi Nasi Dagang Terengganu - MENU BERBUKA
Bahan-bahan untuk Nasi: -
  • 4 cawan beras Jati (Wife guna beras nasi dagang)
  • 1 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
  • 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 in halia
Cara cara :
  1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (wife rendam selepas sahur)
  2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
  3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
  4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
  5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
  6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
  7. Boleh dihidangkan….

Resepi Gulai Ikan Aya :

Resepi Nasi Dagang Terengganu - MENU BERBUKA
Cara membuatnya:
  • Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
  • Jangan buang air rebusan
    * boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
    * lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik
Bahan-bahan gulai :
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu serbuk  jintan putih
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 hiris halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu cili mesin
  • 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram - wife tak beli rempah gulai, jadi wife doublekan rempah ratus serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih
  • 1 1/2  liter santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kerisik
  • 4 keping asam keping
  • 1/2 buku kecil gula melaka.
  • 10 biji cili padi
  • sedikit garam
Cara-cara :
  1. Masak Santan sehingga naik minyak.
  2. Masukkan semua bahan-bahan serbuk,  rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
  3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
  4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
  5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
  6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Resepi Acar Timun:-

Resepi Nasi Dagang Terengganu - MENU BERBUKA
Bahan-Bahan
Timun - dihiris memanjang
Carrot - dihiris memanjang
Cili Merah dan Bawang - dihiris halus
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka
 
Cara-cara:
Gaul sebati dan dihidang.
 
Hidangan Tambahan Udang Goreng disebabkan anak buah wife suka makan udang 
Resepi Nasi Dagang Terengganu - MENU BERBUKA
 
 
Ayam KFC Original sponsor by abang wife untuk anak-anak buahnya.
Resepi Nasi Dagang Terengganu - MENU BERBUKA

 
Minuman Bandung Soda
 
Bahan-bahan
Sirap
Susu Cair
Gula
Ais Krim Soda F&N
Air
 
Cara membuatnya:
Masukkan ke semua bahan di atas ke dalam jug dan masukkan ais. Sedia untuk diminum.
 
Resepi Nasi Dagang Terengganu - MENU BERBUKA
 

0 comments:

Post a Comment