https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday, 12 July 2014

Ketuk Ketuk Ramadan 2014 Shukri Yahya - Ayam Masak Lemak Cili Padi, Kek Ketam dan Udang

Bersiaran Tesco Ampang, Sheila Rusly menerjah Shukri Yahya yang akan menyajikan resipi daripada 'omaknya' sempena bulan Ramadan.

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ketuk Ketuk Ramadan 2014 Shukri Yahya -  Ayam Masak Lemak Cili Padi, Kek Ketam & Udang
Bahan-bahan
Ayam potong 12 yang dibuang kulit
30 biji Cili Padi * ditumbuk / dikisar
Kunyit Hidup * ditumbuk / dikisar
Bawang Merah * ditumbuk / dikisar
Ubi Kentang
Tomato
Daun Limau
Santan
Serai - diketuk

Cara membuatnya:
Panaskan periuk, masukkan cili yang ditumbuk, masukkan sedikit air, masukkan kentang, serai, daun limau purut, masukkan sedikit air. Masukkan ayam, masukkan santan dan sedikit air. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan sampai masak sambil dikacau. Masukkan tomato. Siap.

Kek Ketam & Udang

Ketuk Ketuk Ramadan 2014 Shukri Yahya -  Ayam Masak Lemak Cili Padi, Kek Ketam & Udang
Bahan-bahan
Isi ketam
Udang - dibuang kulit
Cili Padi
Daun ketumbar
Serbuk kari
1 labu bawang besar dipotong 4
Serai - dihiris halus
1 biji Telur

Cara membuatnya
Masukkan bahan-bahan di dalam food processor kesemuanya, masukkan garam dan gula secukup rasa dan kisar. Setelah siap bulat-bulatkan dan goreng dengan minyak yang sedikit.

0 comments:

Post a Comment