https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday, 12 July 2014

SAMPUL DUIT RAYA DAN BUDGET DUIT RAYA 2014 / 1435H

Sampul Duit Raya dari Lembaga Zakat Selangor, sampul lama yang masih ada 3 keping belum diguna pakai. Wife akan gunakan untuk bagi anak buah aku yang puasa di Bulan Ramadhan ini. Setakat ni anak buah aku yang telah dikenalpasti ada 4 orang. Budget duit raya antara RM 5 - RM 10, Insha'Allah. 


Sampul Duit Raya Tupperware Brand wife dapat tahun lepas, ada 1 pek consist of 5 pieces Sampul Duit Raya. Yang ni wife nak gunakan untuk bagi mak ayah dia dan mak ayah aku. Budget duit raya antara RM 50 - RM 100, Insha'Allah. Extra satu sampul, akan diberikan kepada nenek saudara di kampungnya Insha'Allah.


Sampul duit raya percuma on pack dengan pembelian Tatura / Bega products. Setiap pek terdapat 6 keping sampul duit raya. Wife beli Tatura Cream Cheese dan Bega Cheddar Cheese so dapat 2 pek @ 12 keping sampul duit raya, cukup-cukup nak bagi anak-anak buah aku seramai 12 orang. Budget aku tak banyak setiap anak buah RM 5.00 sorang. Jadilahkan walaupun tak banyak mana tapi masih mampu memberikan kegembiraan kepada anak-anak buah.


Sampul percuma on pack dengan pembelian Fernleaf Solivite. Setiap pembelian Fernleaf Solivite ada 2 sampul duit raya. Yang ini wife yang belikan 2 pek Fernleaf Solivite  untuk anak-anak buahnya masa di TESCO, so dapatlah 4 keping sampul duit raya, cukup-cukup nak bagi anak-anak buahnya seramai 4 orang. Budget duit raya wife untuk anak-anak buahnya confirm sama dengan total yang aku budgetkan untuk anak-anak buah aku... So bolehlah kira berapa anak-anak buahnya akan dapat.


Sampul Econsave dengan setiap pembelian RM 80.00 dalam satu resit. Wife dapat 1 pek jer dalamnya ada 5 keping jer... Wife cadang nak bagi anak-anak sepupunya yang paling rapat dengan dia, ada dalam 13 orang. Kena beli lagilah sampul duit raya untuk mencukupkan 13 keping. Wife budget duit raya dalam RM 2 - RM 5 sorang, Insha'Allah. 


Sampul murah RM 0.80 satu pek. Setiap pek ada 9 - 10 keping sampul duit raya. Yang ni wife peruntukan 100 keping @ RM1 duit raya untuk diberikan kepada tetamu kecil di kampungnya. Tahun-tahun sebelumnya wife budget RM50 untuk duit raya. Biasanya mak dan ayah mentua akan top up duit raya bila sampul wife bagi habis. Tahun ni wife budget dalam RM100.

Total budget untuk duit raya dari aku dan wife pun mencecah RM 500++. 

Paling mudah nak duit baru RM 10, RM 20, RM 50 dan RM 100 melalui ATM Machine. Saya withdraw kat ATM dapat duit baru RM 50 dan RM 20 so wife tak perlu susah payah tukar di bank lagi. Hanya perlu tukar duit RM 1 dan RM 5 sahaja kat kaunter.
 
Kena tukar baru untuk duit raya lagilah wife aku. Sebelum ni dah tukar RM1 dan RM5, yang lain-lain belum tukar lagi. Wife pun harap dapat duit raya dari bosnya macam tahun-tahun sebelum ni, duit rayanya dijadikan duit raya mak ayah dia, mak ayah aku, anak-anak buah dan tetamu kecil di kampungnya.

Wife kata nak simpan duit dari sekarang untuk Aidilfitri 1436H supaya taklah terasa sangat keluar duit sekaligus manalah tahu akan datang bosnya tak bagi duit raya lagi.

Keyword hari ini sampai pukul 3.40 petang Ramadhan 14, 1435H / July 12, 2014 sebanyak 149. Ramainya yang mencari resepi masakan sama ada untuk berbuka, bersahur dan juadah istimewa Aidilfitri nanti . Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri nampaknya mendahului Carta keywords popular.





0 comments:

Post a Comment