https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Friday, 18 July 2014

Azam Ramadan Su, Makaroni Carbonara, Scallop Chicken, Chicken alla pizza Iola

Makaroni Carbonara

Azam Ramadan Su, Makaroni Carbonara, Scallop Chicken, Chicken alla pizza Iola
Bahan-bahan:
Makaroni - direbus dengan sedikit garam dan minyak zaitun, angkat dan toskan
Keju Parmesan
Bawang Putih - dicincang
Cream masakan
2 Biji Telur
Garam
Lada Hitam
Daging Lembu - Potong kecil-kecil.
Cendawan
Minyak Zaitun

Cara membuatnya
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih, masukkan daging, cendawan. Masak sehingga masak dan masukkan dalam pinggan dan sejukkan.
Pecahkan telur dan masukkan cream masakan, lada hitam dan keju parmesan. Campurkan kesemuanya dan gaul sebati. Panaskan dan campurkan daging tadi dan makoroni. Siap.


Scallop Chicken

Azam Ramadan Su, Makaroni Carbonara, Scallop Chicken, Chicken alla pizza Iola
Bahan-bahan:
Dada Ayam - buang kulitnya dan tulang, dan belah 2 bahagian jadi nipis
Parsley - daun sahaja dicincang.
2 biji telur
Keju Permeson
Susu segar
Mentega
Serbuk Roti
Garam
Susu
Minyak Zaitun

Cara membuatnya
Masukan daun pasley, telur, keju parmesan, susu segar, garam secukup rasa dan gaul sebati.
Taburkan serbuk roti di dalam bekas dan celupkan kepingan ayam dalam adunan batter tadi dan lekatkan serbuk roti tadi dengan rata.
Panaskan minyak dan mentega dan goring kepingan ayam tadi. Angkat dan toskan dengan tisu serap minyak.


Chicken alla pizza Iola

Azam Ramadan Su, Makaroni Carbonara, Scallop Chicken, Chicken alla pizza Iola
Bahan-bahan
Dada Ayam - buang kulitnya dan tulang, dan belah 2 bahagian jadi
Tepung Jagung
Puri Tomato / Tomato dalam Tin
Kiub Ayam
Herba campur
Minyak Zaitun
Bawang besar - dicincang
Daun Basil
Bawang Putih  dicincang
Keju mozzarella - dipotong nipis

Cara membuatnya
Salutkan ayam dengan tepung jagung dan goring ayam menggunakan minyak zaitun yang sedikit.
Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang dan bawang putih yang dicincang, masukkan sedikit mentega, tomato puri, herba campur dan daun basil, masukkan kiub dan garam secukup rasa dengan api yang pelahan. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan susun keju mozzarella dan tutup dengan penutup selama 10 minit.





0 comments:

Post a Comment