https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday, 7 December 2013

WAFFLE MUDAH

Wife aku buat waffle kat umah SIL aku. Dapatla 7 keping waffle dengan acuan yang aku tunjukkan pagi tadi bersama resepi bubur pulut hitam durian.

Resepi Waffle Mudah

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder (tapi wife aku gunakan yis serbuk)
1 sudu teh garam
5 sudu teh gula
1 1/2 susu suam (wife aku guna 1 tin susu cair + 1/2 cawan air panas)
1/3 cawan mentega cair (wife aku gunakan minyak masak)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:
1. Ayak tepung bersama baking powder / yis
2. Masukkan dalam mangkuk besar tepung yang di ayak tadi, garam dan gula
3. Pukul telur, masukkan susu, mentega cair / minyak dan esen vanilla
4. Curahkan adunan telur ke dalam tepung.
5. Gaul sebati dan jika berketul2 tapis dulu.
6. Panaskan acuan waffle sampai panas.
7. Curahkan 1 senduk adunan waffle dan ratakan terus tutup.
8. Masakkan dengan api kecil selama 3 -5 minit dan terbalikkan.
9. Angkat dan sedia dihidangkan bersama jem. SIL aku letak jem strawbery.

Acuan waffle

Adunan Waffle

Waffle yang sedang di masak. Dapat 7 keping.

Setelah diletak jem strawbery dan dipotong dua. Dapatla dalam 14 keping. Abis licin anak2 buah suka makan. Aku makan 2 keping, wife makan satu keping.


Inilah Pretzel yang SIL promote kat wife 50 keping RM 25.00. Alahai comel sangat adalah besar duit 50 sen lama. Rasa not bad ada masin2 cikit. SIL tapaukan wife aku 10 keping.

Next week wife planning nak buat takoyaki pula kat umah SIL aku lagi. Kalu jadi plan dorang, aku updatekan resepi dan outcome takoyaki wife aku. Wife aku pernah masak cekodok jepun tu kat umah, siap paksa2 aku makan lagi. Aku ni bukan reti makan cekodok jepun ni. Wife aku ni pelik2 jugak perangainya pantang nampak resepi kat internet suka sangat cuba. Gadget takoyaki pun dia ada...

Acuan takoyaki





0 comments:

Post a comment