https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Wednesday 4 December 2013

PEMBIAYAAN SEMULA (REFINANCE) PERUMAHAN TERBAIK DI MALAYSIA

 

Pernah atau bercadang untuk membuat pembiayaan semula perumahan aka refinance home loan? Pengalaman membeli rumah sebelum ini, ketika pertama kali membeli rumah sendiri, tidakla sesukar mana di sebabkan segala urusan dibuat oleh mom and dady aku so takdela banyak persoalan yang bermain di fikiran i.e. macam mana nak apply loan, mudah ke, berapa margin of financing etc? Apa pula bank yang dapat menawarkan pakej yang terbaik?. Aku hanya menyediakan dokumen yang diperlukan sahaja akhirnya aku berjaya memiliki sebuah apartment low cost  dengan pendapatan yang tak seberapa ketika itu melalui Affin Bank 10 tahun yang lepas. 

Baru-baru ni SIL aku tak abis2 tanya pada wife pasal refinance pulak. Wife aku ni bukan tahu sangat dia pun surfing internet dan adalah info yang wife aku dapat. So semalam wife aku turut sama ikut SIL aku... Cadangan utama SIL aku ajak wife keluar untuk jalan2 cari kerja secara walk in... Tapi plan SIL dah jadi lain agenda utama nak buat refinance. Lepas urusan hantar baby ke klinik SIL aku jemput wife. Cadangan asal keluar kul 11.00++ tapi SIL datang sebelum kul 8.30 pagi dah menunggu wife aku kat bawah apartment kami.

SIL aku kalau bab dapat duit ni memang excited. Adik aku pun sanggup apply half day leave semata2 nak join sekali buat refinance cos rumah yang dorang beli atas dua nama, SIL aku 1st name and my brother 2nd name. So dorang nak buat 2 nama seperti sebelum ni.

Wife aku pun turut cuba buat refinance. Tujuannya bukan nak dapat cash tapi more than to convert her home loan from non Islamic term to Islamic Term. SIL aku ni banyak agenda dia semalam. Pas pick up wife aku terus balik rumah dia hantar baby ke baby sitter. Then terus p sekolah anak dia pulak for buat pengesahan anak dia yang bakal tahun satu next year.

 
 Then singgah breakfast lagi kat Restoren Mamak berhampiran Sekolah anak dia.
 
Lepas breakfast, SIL ajak p Museum Chocolate dulu. SIL dah janji dengan 3 orang anak2 dia yang ikut sama.
 
 
 
Wife aku belikan aku belikan chocolate untuk aku jugak. Ingat wife kat aku walaupun tak ikut sama. Aku tak ikut sbb 2.00 petang ada appointment for fisioterapi kat hospital lagi.
 
Lepas p Museum Chocolate, barula SIL aku walk in cari kerja kat kawasan sekitar Kota Damansara. Tapi satu kerja pun tak dapat. Ada yang dah full dan ada yang suruh tinggal resume.
 
Dah hampir lunch hour barula dorang p ke bank pulak untuk buat refinance. Bank yang pertama dorang pi adalah OCBC. Rate yang di offer not badla. Cuma staff yang deal ngan dorang ni wat kerja slow. Wife aku kata makan jam hampir 2 jam jugakla... Wife aku apply dulu. Dah settle semua documentation, wife aku sempat keluar pi bank lain tanya pasal refinance. Wife aku p Alliance Bank, tapi person in charge outstation so wife aku just call for appoitment. Then wife aku p CIMB tapi ramai yang q so wife aku malas nak tunggu. Kat OCBC tadi pun dah lama menunggu. Wife aku malas nak buang masa menunggu lagi. Wife aku berpatah balik ke OCBC tadi. Adik aku dan biras wife masih lagi berurusan. Memang slow sangatla staff kat situ. Nasib baikla dorang ni jenis taknak rushing kalau tak mesti mengamuk dorang ni. Anak2 buah aku dah buat OCBC macam umah sendiri. Siap main2. Anak buah aku yang kecik wife aku citer siap pakai helmet ayah dia dalam OCBC. Nasib baikla tak ramai customer kat sana. Memang dah bising2 anak2 buah aku kat dalam bank. Bosan tunggu mak ayah dorang yang lama sangat berurusan.
 
Selesai jer urusan kat OCBC dorang ni p shop kat bank lain pulak. Dorang sempat p HSBC cos masa pun dah lewat dah dekat habis business hour bank. Kat HSBC ni memang better than OCBC. Walaupun dari segi rate loan agak differ, OCBC lagi better but customer service dorang ni memang cekapla. Dorang ni saling bantu membantu. 3 staff turut sama dalam handle refinance wife dan SIL aku. Tak sampai 30 minit settle semua documentation.
 
Proses kedua2 bank ni hampir sama makan masa 1 minggu ++. Hopefully dorang ni berjayala buat refinance walaupu tak dapat extra cash harap2 dorang ni berjaya convert Home Loan dorang from Non Islamic jadi Islamic Term. Jika ada keputusan aku akan update di N3 akan datang. 

Panduan membuat pinjaman perumahan.

1. Cari dan bandingkan Perumahan Terbaik di Malaysia.
Kini ianya lebih mudah dengan melayari laman web http://www.imoney.my/ms/pinjaman-perumahan - Boleh Mencari dan Bandingkan Pinjaman Perumahan Terbaik di Malaysia. Boleh tarik berdasarkan jumlah pinjaman dan tempohnya. Dari situ, informasi terkini berkenaan rate terbaik yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia dapat diperolehi seperti contoh di bawah ini :




 

 
 
 


0 comments:

Post a Comment