https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday, 21 December 2013

AYAM PANGGANG MADU 3...

Lebihan ayam yang masih berbaki dalam peti sejuk, wife cadang nak buat ayam madu. Hasil google wife jumpa resepi dari blog Mat Gebu. Resepi yang wife guna "AYAM PANGGANG 'MADU' ....MADU?....EHEM..."

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 keping peha ayam bersaiz besar (wife guna lebihan ayam yang dipotong kecik)
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 camca besar madu (wife guna madu yang dibeli dari orang asli masa berkelah di ulu yam)
1 camca besar sos tiram (sos tiram yang ada brand life)
1/2 camca besar kicap pekat (wife guna kicap pekat Jalen yang masih ada)
1 camca teh lada hitam kisar (wife guna lada hitam kisar yang dibelinya masa bercuti di Sarawak)
Beberapa titik minyak bijan (nasib baik masih ada stok)
Sedikit mentega atau marjerin (takde stok wife gantikan dengan minyak zaitun)
Garam secukup rasa


Hasil perapan ayam yang sedia di masukkan ke dalam peti sejuk untuk perap semalaman. Wife sediakan bahan perapan selepas Isyak untuk di jadikan menu sarapan pagi esok.



CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam dicuci bersih, tak perlu buang kulitnya (wife buang kulit sebahagian ayam). Cucuk2 bahagian isi ayam. Kemudian lap kering dengan kitchen paper towel. Letak dalam satu bekas. Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata terutama dibahagian antara kulit dan isi ayam. Tambah garam secukup rasa, kemudian perap 1 - 2 jam (nak sedap perap semalaman dalam peti sejuk). Panaskan oven pada suhu 200C, lenser bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin (wife guna minyak zaitun). Letak ayam yang diperap tadi. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. Sementara itu baki bahan2 pemerap dipanaskan sedikit hingga pekat dan guna untuk menyapu pada ayam setiap kali dibalik2kan.

CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna kuali ajaib dan lebihan bahan perap yang mat panaskan hingga pekat, dan tambah sedikit madu. Kacau rata dan guna untuk menyapu pada permukaan ayam. Lumur juga sedikit mentega atau marjerin pada ayam sebelum dibakar.. 
(Wife pun guna pemanggang ajaib happy call gadget kesayangan dia. Lagi mudah berbanding guna oven, jimat masa dan jugak tenaga elektrik)

Inilah hasilnya ayam madu yang siap dipanggang.

Presentation yang ke laut... 
Ayam madu ditabur bijan lebihan buat steamboat lobster.


0 comments:

Post a Comment