https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Sunday 24 November 2013

SPAGETTI DAN BUBUR DURIAN MENU DINNER...

Pagi ahad wife aku ajak aku p temankan dia beli lagi barang2 untuk dia buatkan menu for dinner... kenapa aku ckp for dinner cos lunch hour wife aku suruh aku perhabisankan dulu mee goreng yang dia masak malam sebelumnya... N3 sebelum ni aku ada bagitau wife aku masak mee goreng for dinner carried forward to breakfast dan seterusnya carried forward to lunch selagi mee goreng dia tak abis... Nasib baikla mee goreng dia masak boleh tahan sedap bolehla aku makan berulang2.

Wife aku cadang nak masak waktu petang utk dinner punya. Kebetulan adik ipar aku aka biras dia yang request spagetti yang sebelum ni dia pernah masak campur cream cheese. Macam2 la dorang ni punya request bukan nak cut cost menambahkan cost adalah lagi... Wife aku ni jenis tak kisah if ada budget. Maka dia mengajak aku p shopping barang tambahan untuk spagetti dan bahan2 untuk membuat bubur durian dia... Durian yang aku beli masa memujuk dia masih ada di simpan dalam peti sejuk.

Tapi aku memberi alasan aku sakit kepala. Aku suruh dia p naik bas kul 12.30... Masa balik shopping baru aku jemput... Wife aku jual mahal katanya takyah jemput2 dia boleh p dan return by bus... Hehe senangla ckit aku boleh bersenang lenang sambil dengar radio...

Sedap2 aku nak terlelap dia boleh hantar msg kat aku "abg jemput ayang kul 2 pm"... Tadi jual mahal alih2 suruh jugak aku datang jemput... Aku pun datang jemput dia dari shopping. Sempatla aku beli sekor ayam untuk stok minggu ni... Seekor berat 2.3kg RM 12.75. Okla kan not badla harga dia... Harga ayam RM 5.40/kg.

 
Selepas beli ayam dan menjemput wife, kami pun balik umah... Inilah antara barangan yang dibeli wife. Almost RM 50++,  that wayla aku malas nak temankan wife pi beli barang, tak pasal budget aku transfer kat dia haha... Bernas tak idea aku kelentong dia sakit kepala...
 

Antara barang2 yang wife beli adalah untuk spagetti dan bubur kacang nak dia buat. Yang lain kacang kuda untuk stok masak lain kali, nutrigen dan chupa churps utk anak2 buah aku, orange jus abis aku minum sorang.

Bahan2 nak buat bubur durian... Macam dalam gambar, durian yang masih berbaki, daun pandan RM 0.50 guna separuh sahaja, kacang ijau tak sampai 1/2kg RM 2.20 dan santan frozen RM 4.00. Total budget setakat ini RM 6.70.

 
 
Bahan2 lain yang wife masukkan dalam menu bubur kacang durian adalah gula melaka, masa beli di Pasar Payang Kuala Terangganu, guna satu RM 2.00
 
 
 
Kacang dibasuh dan direndam... Sementara itu wife boleh menyediakan bahan2 untuk spagetti dia...
 
 
Setelah itu di rebus menggunakan pressure cooker selama 40 minit. hasilnya kacang ijau dah kembang setaman...



Setelah dimasukkan santan, durian, daun pandan, gula melaka, gula dan garam secukup rasa.... Done bubur kacang durian.. Biji2 durian pun nak bergambar sama hehe... Wife aku masukkan durian sekali biji2nya... memang dasar M...

 

 
Budget membuat bubur kacang ijau takdela mahal sangat... Total bugdet adalah below RM 10.00. Kalau nak tambah durian, cempedak atau apa2 la yang korang suka just ada add on budget...

Bahan2 untuk spagetti pulak... Dulu aku ada snap bahan2 yang wife aku dah beli... Ini just add on bahan2... Bukan cut cost budget bertambah2 pulak budgetnya... Bahan2 yang wife aku beli untuk add on dalam menu spagetti dia... Agak costly la jugak... Budget beli bahan pakai abis mentega RM 3.80, Cream Cheese RM 6.50, tomato puree RM 2.50, Carrot RM 1.00 dan Olive Oil RM 17.90... Olive Oil xdela guna semuanya.. Guna untuk menumis bahan2 jer... Nanti aku updatekan apa bahan2 yang perlu ditumis... Hehe... Macam segmen masakan Mat Gebu jela.. Tapi aku ni tak pandai sgt menulis.. Lagipun wife aku pun takla pandai memasak menghancurkan menu adalah...

 
Total semua bahan2 yang akan digunakan... Dry Bay leaf dan organo herb aku tak snap...

 
 
Kelengkapan untuk merebus spagetti. Inila gadgetnya haha... Spagetti direbus bersama air secukupnya ditambah sedikit garam dan olive oil...
 
Inilah hasil spagetti yang siap direbus
 
Wife rebus spagetti dan kacang hijau at the same time. Inila dapur kami dua tungku Wedding present from my SIL... 
 
Kacang hijau direbus menggunakan pressure cooker, manakala spagetti dalam periuk satu lagi... Gadget yang perlu ada di rumah... Orang perempuan biasala suka gadget2 macam ni...
 
 
Bahan2 yang perlu di siapkan...
 
  • Carrot wife guna dua biji dipotong dadu kecik2. Wife aku taknak simpan cos takut jadi macam ni... Layu di tasik madu haha... Wife aku rajin beli tapi memasaknya kadang2 M... Lastla carrot jadi lagu ni...

  • Tomato pun dipotong kecik2.
  • Cendawan butang dipotong dua.
  • Yellow onion, wife guna 2 biji dan 4 ulas garlic dikisar guna tupperware gadget... Wife pun main belasah ikut suka2 hati cipta menu dia sendiri... Tak buka langsung buku resepi yang ada... Macam pro konon2nya... jangan hasilnya hancur sudahlah "tong sampah" lah jawabnya nanti hehe... Bukan nak kondem wife tapi kenyataan wife aku masak suka2 hati dia jer... 
  • Tomato puri tin kecik
  • Sos spagetti kimball 
 
Bahan2 yang lain adalah seperti di bawah. Bahannya adalah spagetti, daging kisar, mentega, cream cheese dan olive oil.
 
 
Cara menyediakan:
 
  1. Refer to Bahan2 yang perlu di siapkan
  2. Sediakan pan dan panaskan olive oil untuk menumis 

  3. Apabila olive oil panas, tumiskan yellow onion dan garlic yang dikisar sampai naik baunya.

  4. Masukkan cili giling kalau suka pedasla... Kalau tak nak terpulang...

  5. Masukkan daging kisar.

  6. Gaul sebati kemudian masukkan carrot dan tomata yang dipotong dadu tadi.

  7. Gaul sebati dan masukkan sos spagetti Kimball, tomato puri, mentega dan creem cheese... Wife aku ni main campak2 jer suka2 hati dia jer mmg tak follow resepi pun... Kalu korang ada resepi yang betul followla resepi tersebut.. Kalu takde korang followla resepi campak2 wife aku hehe...


  8. Tambahkan air secukupnya... Tapi wife aku ni melampau kuahnya melimpah ruah... Korang renihkan dengan api perlahan... Kuah ni akan bertambah sedap bila kita renih lama2... Korang boleh tambahkan dry bay leaf dan organo herb... Korang setla berapa lama korang dan renihkan kuahnya... Tambah garam secukup rasa... Tapi wife aku tak tambah garam pun... Wife aku memang suka2 hati dia jer... Garam pun nak jimat...


 




Maka dua2 menu dah masak dan ready to serve... But my wife tak terus serve sebaliknya tapau dalam tupperware. Tiga tingkat tupperware macam gambar di bawah ni...
 
Satu for my mum aka MIL wife aku... Chupa Churps for anak2 buah di umah mak aku...

 
 
Satu lagi tupperware 3 tingkat for SIL aka biras wife aku... Ada tambahan Nutrigen dan Chupa  Churps for anak2 buah aku

 

Cadangan kami makan di umah SIL so semua bubur kacang hijau durian dan spagetti already tapau... So dapur dan periuk belanga telah dibersihkan wife sebelum keluar umah. Kami keluar umah sebelum maghrib. Sampai umah MIL selepas maghrib, terus serve macam gambar di bawah ini
 
Spagetti

Kuah Spagetti

Bubur kacang hijau durian
 
 
Korang rasa sedap sangat ker wife aku masa... Korang tolong bagi rate... Anggapla korang semua juri awam la... Kalu juri professional like Chef Wan, Mat Gebu nak rate wife aku dipersilakan...
 

 
 
Selepas dijamu selera oleh 3 adults iaitu aku, wife dan SIL + 3 kids anak2 buah aku yang berumur 8 tahun, 6 tahun dan 4 tahun... Maka SIL aku kata sedap boleh buka western food bila dia rasa spagetti wife aku... Wife aku tanya aku "bolehke ayang buka kedai"... Aku kata tak boleh hehe... Wife aku masak suka2 hati dia jer ada hati nak jadi tukang masak... Royalti customer yang datang confirm SIL aku jer, baik tak payah...
 
Lepas menjamu selera ini lah yang tinggal... Bolehla SIL aku carried forward untuk breakfast dan baawa bekal ke tempat kerjanya...
 


 
 
Kami pun pulang sebelum Liga Lawak Superstar... Tamat dah....
 
Pagi ini wife aku buat breakfast. Aku kata takyah sbb aku nak beli nasi lemak... Wife aku bukan jenis dengar cakap aku.. Aku kata takyah dia masak jugak.. Inila menu breakfast kami... Macam bestla sangat...
 
 
Kopok lekor + sos dan teh...
 
Bila aku hantar dia ke tempat kerja tetap singgah beli nasi lemak... Aku offer dia nasi lemak taknak dia... Bab makan ni dia kurang ckit... Dia hanya amik 3 jenis kuih jer modal RM 1.20 untuk 3 biji... Memang penjimat wife aku... Kalu aku offer nasi lemak berlauk pun dia taknak.. Bab makan memang macam tu asyik menolak jer... Tapi bab gadget periuk belanja serah pada dia... Tupper Chef yang berharga RM 2.5K +++ pun ada kat umah... Dia beli sebelum kahwin... Pas kahwin bertambah lagi koleksi Happy Call la pulak... Siap kelentong aku, ada kawan bagi Wedding present dari Korea... Wife aku siap tunjuk Air Way Bill memang direct Korea... Macamla aku tak tau dia order by online... Cos dah sampai ke office dia takkan nak return balik... Nanti ada masa aku akan update gadget kesayangan dia... Salah satu gadgetnya pan Happy Call aku kasi jatuh dan senget ckit dah tak boleh tutup dengan penutup dia... Tapi aku cover line bila dia tnya aku nape pan dia tak boleh tutup. Aku cakap manalah "Abang tahu"... Mestila bagi alasan macam tu kalau tak mesti dia tutup ganti rugi punya... Bukan murah Happy Call tu... Kalu periuk cap buaya aku layanla... Ini gadget yang mahal2 xde masa aku nak layan... Dah lama2 baru aku kantoi, terlepas cakap aku yang kasi jatuh Happy Call dia... Haha padan muka sape suruh beli gadget banyak2 sampai xde ruang nak simpan...
 

 

0 comments:

Post a Comment