https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday 19 October 2013

PERCUTIAN DI KUCHING 13.10.13 - 14.10.2013 PERMAI RAINFOREST RESORT PART I

Kali ini aku updatekan percutian kami di Kuching. Kali ini aku pergi dgn wife dan family dia mcm sebelum ni... 6 org dewasa. Kami pi ke Kuching dari KLIA return by Malindo Air... Perjalanan kami berjalan lancar. Kami menaiki pesawat pukul 2.50pm... Jam 4.20 pm sampai di Kuching airport.


Inilah pesawat kami nampak sayap jer hehe...

Land transport kami telah wife book awal melalui Zam Transportation sape2 yang nak p Sarawak blhla contact 0168620967 . Pemandu van adalah En. Azman at 0198270151. Van boleh memuatkan penumpang sehingga 11 orang sesuai jugak utk group travel. Bayaran transport yang dikenakan sepanjang 3 hari 2 malam adalah RM 410. Pada hari pertama perjalanan kami dari Kuching Airport ke Permai Rainforest Resort di Santubong. Niat wife buat reservation di sana adalah untuk melawat Kampung Budaya Sarawak. Disebabkan itinerary flight bertukar masa perjalanan jadi kami hanya bermalam di sana tanpa melawat mana2 tempat. Sampai resort pun dah maghrib. Tambahan pula hari hujan. Suasana di sana pun dah semakin gelap. Dahla kami dapat kabin yang agak jauh dari lobby receptionist so kena menapak pulak. hanya luggage kami dihantar oleh staff hotel. Cabin kami near jungle pool disebabkan suasana gelap kami terlajak ke cabin lain. Terpaksa patah balik. Permai Rainforest terletak di dalam hutan. Ada 2 private beach di sana...



 
Inila Cabin bernombor 12 kami di Permai Rainforest. Ada dua bilik, 3 single bed every bilik. Satu bilik dikongsi oleh saya, wife dan BIL, satu lagi bilik MIL dan SIL serta suaminya. Rate satu malam RM 285 inclusive breakfast untuk 6 orang. Wife buat reservation melalui booking.com. Payment hanya di caj pada hari ketibaan sama ada by cash / credit card.
 

Pantai berhampiran dewan breakfast Permai Rainforest... Sempat jugakla wife, BIL dan SIL mandi manda di sana sebelum check out... Bukan setakat mandi laut, dorang jugak mandi kat jungle pool semulajadi yg terdapat dalam Permai Rainforest... airnya mmg sejuk dingin.. mmg bestla... suasana pun dalam hutan mmg boleh cerah mata yang rabun kalau stay lama kat sana...


 
Kolam air semulajadi... Gambar kaki aku sedang foot massage dengan ikan2 di dalam pool tu, siap ada ikan for foot massage hehe.... Jungle pool ini no maintenance sbb airnya sentiasa mengalir dari atas, mmg air bersihla... mmg best kat cni rasa tak nak blk jer bila dah berendam mmg lupa nak check out, MIL siap menjengah kami untuk persiapan akhir meninggalkan Permai Rainforest...
 
Nice place...
 
Advantage tinggal di Permai Rainforest.
1. Suasana memang nyaman dan sedap mata memandang... Tinggal lama2 di cni mata yang rabun pun blh cerah.
2. Dekat dgn jungle pool, mmg sedap mata memandang tourist mandi manda.
3. Terdapat pilihan bilik.. Bagi yang datang honeymoon sesuaila amik tree house untuk 2 pax. tapi kena memanjat tangga... Rate kami x pasti kena call Permai.
4. Bagi yang travel bersama keluarga mcm kami better amik cabin single / double bergantung pada bilangan pax. Cabin sesuai sehingga 6 pax. Terdapat dua pilihan with air cond / without air con. Wife pilih yang without aircon. Suasana dalam hutan mmg dah nyaman.. Cabin double storey sesuai up to 10 pax. Breakfast included dalam rate bilik.
5. Kemudahan BBQ jugak disediakan with additional charges termasuk BBQ food seperti ayam etc HALAL 
6. Berhampiran laut dan ada jungle pool so boleh terjun kuak lentang, kupu2 bagai. Silalah bawa swimming suit yang sesuai.. Wife dan SIL tak bawa baju mandi masing2 so terjun dengan baju biasa. 
 
Disadvatage:
1. Breakfast xla byk sgt variati tp not badla.. ada roti canai, mee goring, roti bakar, cereal, oren juice etc
2. Tuala yang diprovidekan ada dua jer patutnya kasila 6 tuala for 6 pax. dahla xde telephone dalam cabin so kami x dapat request additional towel.
3. Barangan mandian hanyala sabun.. So better bring your own toileteries.
 

0 comments:

Post a Comment