https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Sunday 20 October 2013

PERCUTIAN DI KUCHING PART II - ARIVA GATEWAY KUCHING (14.10.13 - 15.10-13)

Selepas check out Permai Rainforest at 12.00 noon, Encik Azman sedia menanti kami di parking lot. Kami akan meneruskan perjalanan ke Kuching pula ibu kota Sarawak. Memang excited sangatla... Walaupun kami tak puas lagi berada di Santubong, disebabkan travel trip kami tidak lama 3 hari 2 malam kami harus meneruskan perjalanan ke Kuching. Penginapan di sana telah ditempah melalui agoda.com. Memang ok buat reservation melalui Agoda kerana sepanjang kami bercuti kebanyakkan bilik menginap di hotel, challet dan resort ditempah melalui agoda selepas membuat pembandingan harga dengan website lain . Walaubagaimanapun melalui agoda kami perlu membuat advance payment by debit card / credit card.

Kami meminta Encik Azman menghantar kami ke Ariva Gateway Kuching untuk check in, menyimpan luggage dan solat jamak sebelum meneruskan perjalanan tour kami di sekitar Kuching. Kami mengambil pakej persiaran dari pukul 12.00 noon hingga 9.00 malam. Bayaran yang dikenakan RM 250.00 untuk persiaran selama 9 jam.

Antara destinasi yang di bawa adalah lunch dulu untuk mengisi perut yang semakin terasa lapar total lunch RM 26.00 untuk 5 orang makan. Kami hanya makan nasi campur itupun menu yang ada terhad disebabkan kami sampai dalam pukul 2.30 pm. Selepas menjamu selera Encik Azman membawa kami ke kedai Kek Lapis Zaharah, wife dan MIL masing2 membeli 5 biji kek lapis dan perencah laksa Sarawak total belanja wife RM 65.00. Kek tersebut tidak dibawa pulang bersama kami, keesokkan hari pada 15.10.13 = hari raya haji, Encik Azman membawa kami semula ke kedai tersebut. Kek tersebut telah dipack di dalam box untuk memudahkan kami membawanya masuk ke dalam pesawat.

Selepas merasai keenakan sample kek lapis dan membeli kek, kami meneruskan perjalanan ke tempat jualan ikan terubok masin. Wife memang dah plan membeli udang galah Sarawak. Malangnya pada hari tersebut udang galah tiada disebabkan ramai nelayan tidak turun menangkap udang galah disebabkan membuat persediaan / persiapan hari raya haji. Tapi ada good news yang wife sendiri tidak sangka ada Lobster di jual di sana... Wife punya la excited cos dari dulu mmg dia teringin nak makan Lobster. Harga yang ditawarkan di situ RM 70.00 /kg. Disebabkan penjual kenal En. Azman maka kami ditawarkan RM 65/kg. Wife terus grab 5 ekor lobster = 2.1kg = RM 130.00 dan 5 ekor ikan terubok yang bagus pada harga RM 10.00 seekor total yang wife kena bayar RM 170.00 so ada less RM 10.00 lagi... Penjual tersebut pack lobster + terubuk masin dalam kotak untuk memudahkan kami membawa dalam pesawat. MIL turut membeli 2 ekor lobster seberat 1 kg = RM 65.00 dan ikan terubuk yang lain bercampur2 kualiti 3 ekor = RM 10 dan 2 ekor = RM 10.00 so total MIL kena byr RM 80.00 after less RM 5.00.

 
Lobster yang telah dimasukkan dalam frezermate Tupperware semasa sampai di rumah.


Encik Azman membawa kami ke hotel untuk menyimpan Lobster + terubok tersebut di dalam frozen. Aku menyimpan dua kotak tersebut di dalam peti sejuk di apartment MIL. Wife aku yang buat reservation berasingan. Aku + wife di bilik superior pada kadar RM 160.00 dan MIL with SIL + BIL di apartment dua bilik premiar mmg besar pada kadar RM 270.00 dilengkapi washing machine + dryer. Memang kami tak melepaskan peluang mendobi. Wife aku mmg ada bawa liquid detergent  mendobi baju.

Selain itu apartment premiar ini dilengkapi bath tub untuk master bedroom, lagi satu bedroom ada twin sharing bed sesuai untuk MIL + BIL aku stay there. Ruang tamu + dining jugak luas. Ada hifi dan LED tv. Ruang dapur dilengkapi peralatan memasak seperti pinggan mangkuk + periuk belanga dan kelengkapan seperti dapur elektrik, mikrowave, kettle, rice cooker etc. Peti sejuk pun dua pintu. Tapi kami tak plan pun memasak so kami ignore kan kelengkapan yang ada. Short trip travel mmg tak sempat nak masak bagai.




Premier Apartment two Bedroom with kelengkapan seperti di atas.

Selepas lobster + terubok selamat beristirehat di dalam peti sejuk, kami meneruskan perjalanan ke sekitar waterfront. My wife + MIL shopping souvenir, kain batik, etc di sana di main bazar. Harga yang ditawarkan takdela terlalu murah. My wife beli 5 helai kain batik bercorak etnik Sarawak pada harga RM 55.00. Harga yang ditawarkan 1 helai = RM 11.00. Wife turut membeli 3 helai kain pelekat untuk her hubby (aku), her FIL and her father. Rezeki dapat wife yang prihatin hehe... Merasala aku memakai pelekat sponsor... Aku pilih color merah... Wife aku kata nak dijadikan samping pun nice... Aku saja usik2 dia "Ayang macam nak suruh abg nikah lagi jer"... Terus 1 das cubitan kena ke lengan aku...

 


Kain batik yang dibeli wife satu helai bagi mak aku aka MIL dia, satu helai for her mother and her aunty called maksu... Sebagai kenang-kenangan.

My wife turut membeli FM yang dikirim oleh best friendnya dari Batu Gajah Perak, 4 biji FM = RM 10.00. Dua FM for herself and 2 more for her best friend.



Selain itu wife belikan serbuk lada yang dikirim oleh biras dia aka adik ipar aku. 5 botol pelbagai lada pada harga fix RM 13.00. Wife beli 2 set one for her and one more for her biras. Lagi satu barang dia beli adalah senduk nasi + lauk pada harga 8 pcs mix = RM 10.00. So total belanja wife di sana RM 143.00.

Selepas itu kami bersiaran di Waterfront seberang jalan Main Bazar. MIL + SIL aku nak naik boat, kalau cruise agak mahal RM 60.00/pax. So kami memilih menaiki boat pada kadar RM 20.00 seorang. Okla takdela terover budgetkan. Rugi pulak jika kami tak naik boat utk jalan2 sekitar sungai selama hampir 1 jam persiaran. Sambil2 merentasi sungai, pakcik yang membawa kami bercerita pasal sejarah sungai, bangunan2 di sekitar sungai malahan tak lokek bercerita mengenai resepi masakan sarawak. Pakcik tu adalah pesara kerajaan.


Setelah merentasi sungai kami dibawa Encik Azman untuk dinner di Kubah Ria. Setelah dinner kami pulang ke Ariva Gateway untuk membersihkan diri dan rest. Tamatla persiaran kami pada hari tersebut.


Pada 15.10.13 hari check out kami. Kami meminta pihak Ariva melanjutkan masa check out dari jam 12.00 noon ke 2.00 pm disebabkan flight kami 5.20 pm. Kami bersarapan di Ariva, menu yang dihidangkan amatla terhad malahan tempat duduk jugak terhad. Memang tak berapa best bagi mereka yang ingin bersantai lama di sana. Malahan pihak Ariva turut menampar notis "Dont waste food and Dont Take Away Food" memang polisi dorang macam kede jer haha... Hidangan yang dihidangkan bubur air, roti, mee goreng, muffin dan lemang without rendang. Memang tak berapa best breakfast di sana mcm ada limit. Selepas breakfast kami menyambung istirehat di bilik. aku mengajak wife ke swimming pool yang terletak di atas bangunan. Open air gitu...




Selepas menyiapkan diri utk check out, luggage telah tersedia, kami check out at 2.00 pm. luggage kami disimpan sementara di receptionist. Kami keluar untuk menghabiskan masa 1 jam lagi ke shopping mall berhampiran. Malangnya shopping mall dekat Ariva masih terlalu baru dan masih tidak banyak premis yang membuka perniagaan. Wife aku mengajak kami ke TOP SPOT kononnya nak lunch sana.. Rupa2 mereka hnya membuat persiapan, perniagaan mereka bermula pada lewat petang. Jadi kami terus mencari mall yang lain. Kami makan KFC di sana dan kembali ke Ariva untuk mengambil luggage pada jam 3.00pm En. Azman sedang tunggu kami di hadapan Ariva. En. Azman membawa kami ke kedai kek lapis Zaharah untuk mengambil kek yang dipesan semalam.

Kami terus menuju ke Kuching airport. Terus check in kan luggage kesemuanya malas nak hand carry. Luggage, Lobster, Kek Lapis semua kami simpan di perut pesawat. MIL + SIL + wife masing2 berlengang kangkung hanya membawa hand bag dan aku membawa beg sandang laptop.

Kami mencari port utk rest sementara menunggu ketibaan flight. Aku + BIL menuju chair massage. Malangnya duit aku tak diterima. Mendengar pengumuman ketibaan flight kami pun menuju balai pelepasan. Selamat menaiki pesawat Malindo. Entertainment in flight so sedar2 sampai KLIA mmg perjalanan Kuching - KLIA lebih singkat dari pergi. Hampir pukul 7.00 kami sampai di KLIA. after claim luggage kami terus menuju kaunter taxi bermeter. Kadar caj KLIA ke Denai Alam RM 136.00 for family taxi... okla rate itu utk 6 pax.

Berakhirla percutian kami 3 hari 2 malam di Kuching... Sampai umah rest, kemas2 barang. Wife aku menyediakan menu dinner. Seekor lobster selamat dikebumikan di dalam kuali. Wife aku turut mengoreng udang bunga yang dibeli dari Pasar Borong Klang. Aku x makan seafood so aku menjamu selera di umah mak aku yang berhampiran umah aku jer.

Wife aku dan family dia makan bersama. Lobster dikongsi. Memang sedap Lobster tu kata wife. Kalu sorang makan seekor mesti tak abis. 4 ekor yang lain selamat beristirehat dalam frezermate tupperware sebelum difrozenkan.

Lepas makan masing2 menyiapkan diri utk ZZZ... Wife aku kena keja keesokkan harinya. Yang lain MIL + SIL + BIL akan pulang ke kampung pada awal pagi...


ARIVA GATEWAY KUCHING

Advantage
  1. Discount jika buat reservation awal melalui agoda.com / their own website / others promotion website
  2. Nearby Top Spot Seafood, Water Front, Main Bazar and Shopping Mall walking distance
  3. Bilik yang selesa dan luas
  4. Apartment sesuai untuk family / travel in group
Disadvantage

  1. Breakfast hall terhad space
  2. Breakfast menu terhad


0 comments:

Post a Comment