https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Monday 18 November 2013

OFFICE TRAVELLING PART II - CARA MEMBUAT TUNTUTAN PERKESO

Majikan arah AKU ke bank untuk deposit cek majikan..AKU kemalangan..boleh claim dengan Perkeso - TUNTUTAN SAMA MACAM KES KEMALANGAN JALAN RAYA

Jika kemalangan itu berlaku semasa anda hendak pergi kerja dan semasa balik kerja juga dilindungi

PERKESO dan diklasifikasi sebagai bencana kerja mengikut seksyen 24 (1)(A)AKSP 1969.

Hari ini aku akan menyambung kembali N3 yang lepas mengenai tuntutan Perkeso. Bagi kes aku, aku ditimpa kemalangan semasa mendepositkan cek majikan. Memang pada mulanya aku macam taknak jer claim Perkeso. Namun setelah wife aku mengamuk barula aku buat dengan bantuan dia jugak. Dari form majikan, supporting dokumen diala yang bantu aku uruskan A - Z. Memang aku agak sengal dalam urusan mcm ni. Nasibla kerjaya wife aku sbgai HR byk membantu aku.

Apa yang perlu anda buat sekiranya menghadapi risiko seperti aku kemalangan di tempat kerja....
  1. Buat bodoh macam aku, dapat MC tapi tetap datang kerja dengan tangan kaki bersimen dan berbalut.
  2. Buat bodoh bila wife berleter pasal tak amik tindakan claims Perkeso walaupun dah banyak dia bagitahu dengan lembut... Macam aku tak jalan2 sampai dia mengamuk... Baru aku sedar diri... Nak balik umah bersemuka dengan dia pun aku takut haha... Terpaksala aku tido umah mak aku mcm sebelum kahwin... Padan muka aku sebab degil.
  3. Jadi penakut macam aku, nak buat report polis pun aku tak berani. 1st sbb aku dah kawtim dengan org yang melanggar aku. Pemandu tersebut tiada lesen, dia merayu pada aku untuk kawtim dan tidak membuat police report. Alasan aku kesian kat pemandu tu yang merayu2 dia orang susah ada anak. Kalau aku buat police report confirm kerjaya dia sebagai kalindan lori terjejas. Satu hal majikan dia pun satu tak siasat lakar belakang pekerja suka2 hati jer amik pekerja yang tiada lesen memandu.

Jangan ikut langkah aku di atas... Mengundang kepada kebinasaan diri dan keluarga...

Perkara yang sewajarnya anda buat ialah:

  1. Perlukan salinan I/C korang yang warganegara confirm ada
  2. Bertindak segera buat police report dan pastikan anda tau lokasi tempat kemalangan. Andai kata kecederaan anda terlalu serius minta bantuan keluarga yang terdekat menguruskan andai. Macam kes aku 2 minggu kejadian baru buat laporan polis... Draft laporan wife aku dah karangkan.. Kalau aku tak buat2 laporan mmg sah sah aku ni sengal... Pastikan anda menghantar police report beserta lakaran lokasi kejadian dengan lengkap dan betul... Macam aku wife akula jugak yang tolong lakarkan lokasi kejadian...
  3. Form tuntutan adalah penting. Buat permulaan minta tuntutan sementara dulu. Macam aku dapat MC so aku buat tuntutan sementara MC2 aku.
  4. Pastikan form yang melibatkan majikan, majikan yang urusan. Macam kes aku dapat majikan yang sengal, wife aku banyak tolong isikan. Cuma point2 yang wife tak tahu itu jer majikan isikan dan tandatangan. Beruntung aku dapat wife yang multi task haha...
  5. Pastikan korang hantar MC certificate yang original. Andai kata korang takde yang original pastikan salinan MC disahkan oleh doktor yang merawat. Tapi sebaik2nya MC certificate yang originallah korang attachedkan. Pastikan MC korang sekurang2nya 4 hari / lebih. Macam kes aku partial MC, mula aku p rawatan kat klinik swasta 2 hr MC, then dapat MC dr goverment Hospital 7 hari, rawatan susulan ke pakar dapat MC 3 minggu lagi.
  6. Pastikan korang ada slip gaji 6 bulan yang lepas. Contohnya kes aku, aku perlukan salinan penyata gaji bulan 3/2013, 2/2013, 1/2013, 12/2012, 11/2012 dan 10/2012. Kejadian kemalangan aku berlaku bulan 4. Aku harap korang simpan penyata gaji korang baik2. Macam kes aku ada dua bulan penyata gaji aku hilang.
  7. Pastikan anda berada di lokasi yang betul semasa perjalanan hendak pergi dan balik makan pada waktu rehat yang dibenarkan juga di bencana kerja jika berlaku kecelakaan dalam perjalanan tersebut. Macam aku, aku mendapat kemalangan semasa perjalanan balik selepas mendepositkan cek majikan... Aku keluar dengan kebenaran majikan la kan... kalau tak macam mana aku boleh dapat cek majikan suka2 hati kan..
 
Macam kes aku  buat rawatan di klinik dan hospital sudah, dapat cuti sakit sudah, buat laporan polis pun sudah maka tibalah masanya aku maklumkan kepada pihak majikan tentang apa yang berlaku dan suruh majikan mengisi Borang Laporan kemalangan yang dikenali sebagai Borang 21 boleh di Pejabat PERKESO terdekat atau pun muat turun di laman web nya www.perkeso.gov.my. Bagi kes aku wife aku lah yang tolong aku downloadkna borang. Bila dah dapat borang 21 biasanya ianya akan dikembarkan dengan borang 10 iaitu borang tuntutan,borang PKS F1 penyata gaji. Senang sangat nak isi kecuali majikan korang sengal mcm majikan aku... Ada staff HR tak tau buat keja langsung mentang2 wife majikan aku... Wife aku pulak amik alih tugas HR majikan aku isi apa yang perlu dan maklumat yang wife aku x tau majikan yang isi dan tandatangan asal dr majikan aku. Bila aku mintak balik original MC, ada 1 MC dorang hilangkan. Dahla MC tu paling lama 3 minggu memang sengal betul.... Masa tu aku mmg tetap datang kerja so aku tak dapat claims dengan Perkeso. Menyesal jugak aku tak dengar nasihat wife. Wife aku dah siap pesan buat salinan MC tp aku yang degil. Aku nak request kat Hospital mmg dorang xkan layan. Ko ingat hospital kami ni ada sorang dua pesakit. Melainkan aku ada tulis no siri MC certificate tersebut. Memang xdela sbb aku dah hntar ke majikan tanpa buat salinan.
 
 
Kemalangan aku 02.04.2013 tapi aku hantar tuntutan by hand ke pejabat Perkeso berhampiran pada 02.05.2013. Amik masa sebulan sbb keegoan aku xnak claims Perkeso. Masa tu aku takut aku takde duit dan tak cukup gaji. Perkeso hanya bayar 80% dpt gaji mengikut penyata gaji 6 bulan sebelum kemalangan...
 
Itula yang dapat aku kongsikan... Andai ada kekurangan korang blh rujukla website Perkeso / dari website lain...
 


 

2 comments:

  1. Salam.sya tamat kerja pukul6.30 pg...dan terus pulang ke kmpung dri tempat kerja di bngi,selngor ke tanah merah,kelntan...dlm perjalan itu sya kemalngan di merapuh pada pukul 11 pg...akibat itu peha sya ptah dan tulang rusuk sya remuk...dan mndpat mc 9bulan d hospital tanah merah...kjdian ini berlaku 22.10.14...sdah stahun lebih kurang....persoalan sya..boleh ke sya claim socso?

    ReplyDelete
  2. Salam.sya tamat kerja pukul6.30 pg...dan terus pulang ke kmpung dri tempat kerja di bngi,selngor ke tanah merah,kelntan...dlm perjalan itu sya kemalngan di merapuh pada pukul 11 pg...akibat itu peha sya ptah dan tulang rusuk sya remuk...dan mndpat mc 9bulan d hospital tanah merah...kjdian ini berlaku 22.10.14...sdah stahun lebih kurang....persoalan sya..boleh ke sya claim socso?

    ReplyDelete