https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Monday 18 November 2013

OFFICE TRAVELLING PART III - BAYARAN GAJI DARI PERKESO

N3 aku kali ini adalah cek yang aku terima dari Perkeso untuk bulan kemalangan bulan 4. Jumlah keseluruhan MC aku secara peringkat2.

  1. MC dari Klinik Swasta = 02.04.2013 to 03.04.2013 (2 hari)
  2. MC dari Government Hospital = 04.04.2013 to 10.04.2013 (7 hari)
  3. MC dari Government Hospital = 11.04.2013 to 02.05.2013 (Perkeso tak amik kira cos majikan aku hilangkan MC certificate tak blh claims Perkeso) - NULL

Jumlah Keseluruhan MC adalah 9 hari yang boleh claims Perkeso. Aku ni komited pada kerja  aku tetap datang kerja semasa MC. Aku hanya restkan diri selama 5 hari sahaja dalam masa MC tersebut. Bos aku pun bagi hilang MC yang lama tu... Memang mangkuk hayun punya company... Kesilapan aku jugak bagi original MC pada majikan tanpa buat salinan. MC number pun aku tak catat.

Aku dapat cek sebanyak RM 50.00 untuk 5 hari MC cuti sakit... Aku bengang nape gaji aku dorang bayar banyak ni jer...


Wife aku cakap mesti ada dokumen yang tidak cukup so dorang xkan proses bayaran 80% daripada gaji 6 bulan ke belakang dari bulan kemalangan. Memang betul dorang ada meminta penjelasan dan dokumen sokongan. Wife aku jugaklah jadi tukang mengarang surat lagi.



Aku masih meneruskan rawatan susulan di goverment hospital dan mendapat MC seperti berikut

  1. MC dari Government Hospital = 02.05.2013 to 30.05.2013

Bulan 6 aku mendapat cek sebanyak RM 290.00 utk 29 hari MC tersebut. Aku marah aku kata kat wife Perkeso penipu haha, aku siap call adk2 aku tanya nape Perkeso bayar aku rendah, baik aku kerja sekurang-kurangnya majikan bayar aku gaji aku full...



Wife aku kata, aku tak bijak "adik2 abg orang Perkeso ker... Gunalah otak ckit... Ada kemusyikilan telefon terus Perkeso tak perlu sibuk tanya third party yang tidak berkaitan langsung dengan Perkeso". Wife aku menulis surat kepada Perkeso. Wife aku ni mmg professional...


Akhirnya aku dapat baki yang pending...



So total bayaran gaji yang aku terima dari Perkeso untuk tuntutan faedah sementara adalah RM 50.00 + RM 290.00 + RM 1941.78 = RM 2,281.78 (bayaran MC utk 34 hari yang aku tak datang kerja). Bayaran tuntutan faedah sementara berdasarkan prorata 6 bulan gaji sebelum kemalangan.

Nasihat aku pada korang, andai layak claims Perkeso hang pa buatla tuntutan. Dalam masa MC janganla gedik nak datang tempat kerja. Pleasela stay away from your working area...  Jgn risau pasal income, Perkeso akan bayar gaji korang....


0 comments:

Post a Comment