https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Monday 18 November 2013

OFFICE TRAVELLING ---- BAD NEWS

Kali ini aku nak postkan pasal travelling semasa kerja. Pengalaman yang takkan aku lupakan. Pada 02.02.2013 semasa perjalanan ke tempat kerja selepas mendepositkan cek majikan aku ditimpa kemalangan. Motorsikal aku bertembung dengan lori semasa berada di persimpangan jalan. Pada mulanya aku ingat hanya cedera ringgan. Aku just dapatkan rawatan di Klinik berhampiran tempat kerja.


Pada 04.04.2013 barula aku mendapatkan rawatan di Hospital memandangkan tangan kanan aku masih bengkak dan sakit. Wife aku menemankan aku ke Hospital setelah mendapat kebenaran dari bosnya untuk half day.




 



Setelah menemui doctor sebagai pesakit luar, melalui ujian xray doctor mendapati ibu jari tangan kanan aku patah. Aku diberikan MC selama seminggu sehingga 11.04.2013. Tapi aku tetap dalam keja walaupun MC. Aku takut aku tak dapat gaji itula yg bermain di fikiran aku yang agak sengal... Wife aku mmg asyik membebel pada aku... Mmg dia kata aku ni tak bijak sbb doctor bagi MC utk restkan diri... Watpe p keja nak berdepan risiko... Aku masih berkeras dan datang kerja dalam keadaan tangan bersimen dan berbalut. 11.04.2013 rawatan susulan aku ke pakar. Wife aku tetap setia menemani aku. MC aku disambungkan sehingga hujung bulan 30.04.2013. Aku tetap datang kerja keesokkan hari. MC yang dapat tidak aku endahkan. Tapi wife aku mula bersikap dingin dengan aku. Dia benci sangat kat aku. Bukan sbb dia x dapat terima aku sbb kemalangan yang aku terima tetapi sikap bodoh sengal aku. Wife aku kata aku layak membuat tuntutan perkeso kerana kejadian kemalangan berlaku semasa aku dalam perjalanan dalam masa bekerja. Aku keluar pun atas dasar kerja bukan melencung / curi tulang makan angin di luar tempat kerja.

Sampai satu tahap disebabkan kedegilan aku, wife aku sanggup halau aku... Memang dia benggang dengan sikap aku yang bodoh sombong tak mendengar kata. Aku mmg xnak kehilangan wife aku. Usia perkahwinan kami pada hari kemalangan sebenarnya tak sampai pun 2 purnama aka 2 bulan. Aku bernikah dgnnya pada 09.02.2013 memang masih baru... Aku tau wife aku sanggup terima kemalangan yang berlaku, memang dia redha... Aku tau wife aku memang berpegang kuat pada surah Baqarah yang selalu dibacanya ayat 286 "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."

Wife aku tau kami sedang diuji. Masalahnya mmg dari aku. Aku ni memang tak boleh menerima nasihat wife. Aku ni terlalu ego. Sampai satu tahap wife aku mmg hilang sabar. Memang dia tak boleh nak menerima aku. Aku terpaksa akur dengan keadaan... Memang aku yang melampau... Di saat, aku dapat wife yang baik aku taknak mendengar nasihat. Bila dia nak quit aku benar2 sedar. Aku ikut advice dia. Banyak yang wife aku cuba tolong aku. Semua material tuntutan perkeso dia baca. Prosedur tuntutan. Wife aku printkan untuk aku baca... Tapi aku anggap macam sampah sedikit pun tidak aku pedulikan. Aku hanya bawa tapi aku tak fahamkan apa yang perlu aku buat...

Wife aku makin mengamuk... Memang nada ugutan akan tinggalkan aku selama2nya... Memang dia tau apa yang dia cuba usahakan adalah sia2... Perlukah dia pedulikan aku lagi memang xla... kalau aku di tempat dia aku pun mengamuk... Aku xnak dia pergi... Akhirnya aku mintak tolong adk laki aku tolong aku temankan aku buat report polis. Draft laporan wife aku yang sediakan. Dalam keadaan marah dia tetap sanggup tolong aku... Aku yang pengecut dan penakut... Ntah apa yang aku takutkan... Wife aku cakap laporan polis tak bermakna aku akan mengheret pemandu yang melanggar aku ke pengadilan tetapi adalah prosedur dalam tuntutan perkeso... 2  minggu selepas kemalangan baru aku membuat report polis. Walaupun syarat laporan polis sepatutnya dalam masa 24 jam tapi wife aku telah memberi reason dalam draft laporan yang dia tulis Alhamdulillah semuanya selesai. Aku membuat laporan polis pada waktu malam. Pada malam tu aku tido di umah mak aku... Aku tau wife masih panas hati dengan sikap aku yang melengah2 tindakan sehingga dia hilang sabar...

Segala urusan yang lain form majikan banyak yang wife aku bantu isikan... Majikan aku hanya isi mana yang perlu dan tandatangan. Aku patutnya kagum dengan wife aku... Tapi disebabkan ego aku mintak advise dari orang lain... Akhirnya form tuntutan sementara Perkeso dan dokumen sokongan yang diperlukan selamat dihantar by hand di Pejabat Perkeso pada 02.05.2013.

Proses Perkeso mengambil masa jugak. Form dan dokumen sokongan diteliti. Sekiranya terdapat dokumen yang tidak lengkap atau diragui Perkeso akan menghantar surat susulan. Banyak prosedur yang di ambil kira. Prosedur ini adalah polisi mereka yang tidak perlu disangkal. Aku hanya perlu menyiapkan dokumen yang perlu bagi memastikan tuntutan aku berjalan lancar. Tapi wife aku la yang banyak membantu... Setiap kali datang surat susulan Perkeso wife aku la membalas berserta dokumen sampingan yang diperlukan... Aku hanya membaca surat tersebut tetapi tidak meneliti keperluan Perkeso. Wife akula yang menerangkan itu ini. Akhirnya segala persoalan dijawab dengan baik oleh wife dalam balasan surat tersebut. Permohonan aku mendapat tuntutan hampir dekat dan hampir Berjaya. Namun Perkeso masih memerlukan pelbagai dokumen lain dari bekas majikan aku. Sebenarnya aku pernah bekerja secara part time bagi mencukupkan belanja hantaran. Aku bekerja sebagai part time security di dewan berhampiran umah. Memang aku tidak sangka ada potongan Perkeso. Keperluan Perkeso adalah mendapatkan kepastian tentang gaji dan potongan Perkeso. Ikutkan hati aku memang aku nak ignorekan. Asalkan aku dapat claims berdasarkan gaji semasa pun sudah memandai. Tapi wife aku menentang. Dia kata aku ada hak. Setakat nak dapatkan dokumen dari bekas majikan bukannya susah. Yang penting kena ada usaha. Wife aku jugak yang membantu mengisi form dan seterusnya menyuruh aku melanjutkan tindakan kepada Manager yang pernah berurusa dengan aku dulu. Aku mmg terlalu negative... Belum apa2 aku dah bagitau wife aku tak boleh dapatkan slip gaji. Selama ini mmg aku tak pernah menuntut slip gaji sebagai security.

Wife aku mengamuk lagi, benda mudah pun tak boleh nak manage... Mmg dia benci sangat dengan sikap aku. Akhirnya aku Berjaya mendapatkan semua dokumen yang diperlukan oleh Perkeso. Cek pertama yang aku terima hanya RM 40.00 untuk 4 hari MC pada bulan 4. Aku mmg mendapat MC selama 29 hari pada bulan tersebut. Disebabkan kesegalan aku datang kerja dalam MC dan majikan aku hilangkan MC certificate aku bertarikh 12.04.2013 - 30.04.2013. Amoun yang aku terima adalah minima dan tak berbaloi. Sekali lagi aku mendengar bebelan wife aku sbb aku merujuk perkara ini kepada adik aku.. Wife aku mmgla marah sepatutnya aku rujuk pada Perkeso bukan pada adik aku yang selama ini memang suka berlagak pandai. Wife aku jugakla menulis surat untuk mendapatkan kepastian dari Perkeso walaupun dia mmg tahu prosedur Perkeso mmg macam tu. Gaji minima akan diberikan selagi dokumen yang diperlukan masih belum lengkap. Wife aku buat macam tu supaya aku boleh belajar cara menghadapi situasi macam ini. Akhirnya segala dokumen dari majikan semasa dan bekas majikan lengkap. Perkeso membayar kembali outstanding. Daripada RM10, bayaran yang sepatutnya aku terima adalah pada kadar RM 60++ sehari. Aku mula tersenyum riang.

Pada bulan 5, aku mendapat sambungan MC selama sebulan, begitu jugak bulan 6 aku mendapat MC selama sebulan penuh. Boleh dikatakan bayaran yang diterima Perkeso melebihi gaji semasa aku sebanyak RM 700.00. Memang puas hatilah. Aku tak perlu pergi kerja dan aku tak payah menyusutkan kepala aku memikirkan tak bekerja xde gaji sbb sekarang gaji aku di bayar oleh perkeso.


Pada bulan 7 aku menghadapi masalah kerana doctor Hospital yang aku mendapatkan menyuruh aku membuat susulan rawatan ke Hospital KL. Jadi aku tidak dapat MC seperti bulan sebelumnya. Aku terpaksa datang kerja tanpa MC. Setelah mendapat rawatan dari pakar HKL kes aku dibawa semula ke Hospital Sg. Buloh... Aku terus mendapatkan MC pada bulan 8 berperingkat2 bukan sebulan penuh, 9 dan 10. Selama itula gaji aku di bawa oleh Perkeso. Pada bulan 11 aku tidak dapat MC tapi aku hanya memohon cuti tanpa gaji dari majikan kerana jari aku masih sakit.

Wife aku sudah menyiapkan segala dokumen yang diperlukan untuk memohon tuntutan ilat pulak. Aku menghantar boring tuntutan tapi pihak Perkeso menyatakan aku kena menghabiskan MC aku yang masih berbaki 25 hari. Masalahnya doctor Hospital Sg. Buluh tidak dapat mengeluarkan MC lagi. Doktor di sana menyuruh aku membuat tuntutan Perkeso. Memang aku nak buat tapi masalah kena abiskan MC yang masih berbaki. Mengikut prosedur Perkeso yang aku tau adalah tuntutan sementara aka MC adalah selama 180 hari.

Perkeso menyuruh aku mendapatkan MC dari mana2 hospital atau klinik. Buat masa ini aku mendapatkan rawatan dan MC dari klinik swasta secara berperingkat-peringkat, bukan sekali gus 25 hari straight. MC aku kali ni berakhir 22hb ni. Aku kena mendapatkan MC sambungan dan pengesahan doctor. Harap2 MC dari swasta diterima dan aku akan hantar sekaligus dengan tuntutan ilat. Harap2 tuntutan aku Berjaya dan berjumpa dengan doctor panel. Doakan aku Berjaya mendapatkan pampasan. Ibu jari tangan aku masih sakit dan masih tidak dapat meneruskan kerjaya aku sebagai mekanik. Aku memang kena bertukar haluan kerja dalam bidang kerja ringan. Doktor yang merawat aku selalu advice aku tak boleh kerja mekanik lagi... Ntah kerja apa la kerjaya aku lepas ni...Aku sendiri tidak pasti....

 Berjumpa lagi.... ZZZZ dulu....





0 comments:

Post a Comment