https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday 28 February 2013

CUTI-CUTI MALAYSIA AKA HONEYMOON – DI LANGKAWI

Aku bernikah tahun ni… umur dah lewat menjangkau 35 tahun baru dapat jodoh. Tanggal 9.2.2013 majlis pernikahan aku di kg wife di Perak. Aku dan sekeluarga bermalam di Homestay Taman Cahaya Kampar. Daily Rate RM 180 untuk satu malam. Sesuaila untuk family yang share2 so xdela byk sgt keluarga duit. Umah teres satu tingkat yang nice dilengkapi dgn kelengkapan umah dan peralatan memasak. Adik-adik ipar aku rajin memasak untuk jimat cost hehe… pandai betulla dorang manage hal ehwal ekonomi dalam rumah tangga… aku ni baru nak masuk kea lam rumahtangga ntah mcm manala blh manage bahtera aku / di karam di tengah lautan. Hopefully mahligai cinta aku berpanjangan dunia akhirat. Korang yang baca blog ni doa2kan aku dan wife bahagia hari ini, esok dan selama2nya… Amin

 Alhamdullillah majlis aku berjalan lancar. Dari akad nikah walaupun gelabah rasa nak terkucil berapa kali pun ada masa menghadap tok kadi dan pengikut2 setianya saksi dan org2 masjid kg wife aku… bukan aku jer gelabah bapak mentua aku pun sama… haha… maybe majlis buat kat umah wife suasana mmg meriah la… ms majlis akad nikah fuyooo sedara mara dekat2 umah wife ramai yang dtg… pendek kata maupun panjang kata dalam luar umah ada tetamu…

Aku mmg rasa nak terkencing jer memanjang. Start dari homestay ntah berapa kali aku masuk toilet… fmly aku pun dah bising… yela sbb aku lambat sgt bersiap… mau x takut sampai nama wife aku pun aku boleh lupa… aku call tuning aku sebelum majlis akad nikah… bukannya membantu siap perli2 lagi… “Dah dekat nak nikah xkan nama penuh bakal wife pun x tau, macam mana nak ngadap tok kadi”… mmg satu das terkena kat aku…

 Masa sampai umah tunang aka bakal wife aku mmg dah seram sejuk, lebih seram citer hantu kat kg tu… tapi aku gagahkan jugakla… duduk atas bantal besar yg sediakan khas utk bakal pengantin… mmg perasaan mcm2 ms tu bangga pun ada, takut seram sejuk semua pun ada… nak baca tulisan dalam boring pun terketar2… masa baca dr rm10 jadi rm10k… ntah mcm mana tulisan 00 pada angka jadi bertambah banyak… bakal bapak mentua aku pun sama… sebut nama aku pun terbalik… adaker nama ayah aku dulu dr nama aku… mmg parah… x ramai yang alert sbb xde mikrofon bagai… Alhamdulillah akad nikah kedua sah… yahoo… dah bergelar suami la aku… gelaran yang ditunggu2 selama ini… tunang aku dah jadi wife aku yang sah… seronoknya bila dah ada orang yang akan jaga makan minum, pakai kita… xla harapkan mak lagi… selama ini mak aku yang uruskan makan minum pakaian aku hehe… aku ni anak manja u know… perasan manja la sangat kan…

Esoknya 10.02.2013 majlis kenduri di umah wife aku… selepas zuhor kami sekuarga dan sedara2 mara yang jauh turut datang memeriahkan lagi majlis di pihak perempuan… kami raja sehari berpakaian serba ijau… wife aku ni mmg minat color hijau… aku layan jer… baju dia aku sponsor… beli di jakel pada tahun lepas semasa cuti 31.08.2012… aku sponsor baju dia secara instalment haha… nasib dia la dpt suami yang x berapa kemampuan… so terpaksa la dia dahulukan duit dia dulu… then tiap2 bulan bayar instalment kat dia… zaman sekarang mcm2 haha… bukan TV, motor, kete, semakphone aka smartphone jer yang blh beli instalment, baju pengantin pun instalment jugak… nasib baikla AEON credit tak buat EPP beli baju pengantin kat JAKEL… Promote JAKEL lagi…

Selesai jer majlis kompang di palu, pengantin malu, semua hadirin dan hadiran beransur balik, aku dan wife restkan diri… ikutkan aku mmg nk layan ZZZ jer… penat woo… dahla kena tolong kemas2 apa yang patut… cos wife buat majlis gotong royong.. sedara mara dia siap tapau ayam golek 2, 3 ekor sorang… mmg blh wat stok smpai ke esok… ayam golek yg ditempah secara catering… yang lain tu menu masak sendiri… bagi yg berada di perak blhla tmpah ayam golek dari taman botani batu gajah… sedap ayamnya sampai menjilat jari… harga seekor bergantung pada pasaran semasa… wife aku tempeh 100 ekor RM 1600.00. Not badla harga tu aku rasa… sbb xdela pihak perempuan renyah utk menyediakan menu utama ayam… leceh jugakkan dr membeli, memotong, mencuci ayam, memasak mmg amik masa dan tenaga… maklumla sedara mara dan jiran dekat2 umah wife aku dah makin ditelan usia… tenaga pun makin terhad… anak2 muda masing2 meneruskan kerjaya di ibu kota… balik pun sekali sekala pada musim2 tertentu hari raya, cuti sekolah dan kenduri kendara.

Tanggal 12.02.2013 pagi, aku wife menumpang adiknya balik ke shah alam… hari rabu wife aku masuk kerja ada urgent tender… aku kagum dgn wife aku ni mmg jenis workaholics.  Nak MC jangan harapla… setahu aku since dia kerja 8 tahun, satu kali jer yg dia amik MC… itupun dia dtg keja jugak cos ada ke patut bos dia kata xnak dtg keja jugak… terpaksa la wife aku dtg cos ms tu hujung bulan so bos aku kena sign cek2 gaji… jadi wife aku carried forward MC dia ke next day… haha… blh ker mcm tu… company wife aku kerja kecil x ramai staff so blh ikut law sendiri… wife aku jadi HR lagi la… suka2 hati dia la nak wat mcm mana…

Wife aku blk half day cos mlm tu kami akan p honeymoon hehe… honeymoon la sgt… x mcm honeymoon cos percutian ini dirancang last minute sblm majlis nikah kami… urusan travel semua di buat oleh wife aku… ikukan aku mmg xde la travel… mood aku jenis memerap kat umah hehe… mood kede yang wife aku selalu gelarkan… “abg ni kede… kede… kede… kedekut”… aku peduli apa janji aku x abis duit aku haha… nasibla wife aku ni jenis  x berkira… diala yang sponsor tiket KTM aku… Bukan itu saja siap sponsor tiket KTM utk mak bapak aka mentua aku… mmg bertuah betulla wife aku ni… mmg ssh nak dpt wife bijak sgt mcm wife aku… adake patut honeymoon siap angkut family dia… bukan itu saja anak buah kesayangan dia pun dia angkut… memang too much… tapi aku x blh ckp lebih2 nanti aku kena jual dgn wife haha… semua dia tanggung dari tiket sampai accommodation lagi mau bising… ada pulak kena humban dalam laut masa naik ferry… x mau aku jadi mangsa jerung haha…

 Kami p sana berlima, aku, wife, mak mentua, adik ipar (replaced tempat pak mentua) dan anak buah dia yg umur 3 thn… wife aku tempah tiket KTM secara online… mahal jugakla wife amik yang ada 1 double dekker bed dlm 1 bilik/cabin yang dilengkapi sinki dan dapat kek pisang + air mineral… harga untuk satu bilik nearly RM 200 jugakla… mcm rate bilik hotel… kami bertolak dari KL sentral jam 9 mlm dan sampai ke alor setar dalam kul 7.00 pagi… wife aku mmg mementingkan keselesaan that y dia amik tiket katil dalam satu bilik. Bilik kami dan mak mentua sebelah2 jer… snng jer kami nak kuar masuk… anak buah apa lagi sukala berjalan dari bilik ke bilik… sekejap bilik opah dia aka mak mentua aku… sekejap bilik wife aka makngah kepada anak buah wife aku.. mmg potong stim betulla anak buah wife aku… baru aku nak manja2 dgn wife datang pulak sikenit tu ketuk pintu panggil makngah dia… sabra je la aku nak buat macam mana dah aku ni kede sangat… terimala seadanya bila dia angkut fmly dia join sama masa kami bercuti.. padanla muka aku berkira sgt pasal duit… wife aku pulak terlebih permurah siap sponsor fmly dia join… nasib baikla dia x angkut satu kg join mcm rombongan cik kiah ke sukan komanwel… lagi parah msk ICU la aku jawabnya haha… 


Sumber Photo daripada KTMB
Sampai di alor setar sepupu aku yang tggl di sana datang jemput kami then terus hntar kami ke jetty kuala kedah… kami dapat tiket dalam pukul 9.30 pagi so masih awal… jadi kami terus breakfast di kedai mkn berhampiran.. family wife aku hantu laksa… pagi2 dah order laksa di kedai mkn sebelah jetty… not bad rasanya kata wife aku… tp aku mmg x berkenan lakso sorryla aku nak try… mmg x la wlp sesedap mana pun…

Fery sampai di terminal so bermulala perjalanan kami ke pulau langkawi… wife aku ni sblm ni x pandai travel… 1st time jugakla dia planning travel itu sbbnya dia angkut family dia sama… cos sblm kwin dia kata x berani nak travel dan bawa family jln2 jauh… mungkin dia rasa ada MR. RIGHT aka  BODY Guard dia la kut… dia rasa securela bila jalan jauh… Sampai di jetty terus amik return ferry cos percutian kami sebenarnya singkat sgt… kami bercuti short trip… dpt bermalam 1 hari jer di langkawi… sbbnya majlis kat umah aku pada hari Sabtu 16.02.13… perjalanan kami malam 13.02.13 sampai kedah 14.02.03 dan 15.02.03 ptg kami kena rush blk ke alor setar cos tiket ktm kami pukul 7.00 ptg…

Sampai kat terminal langkawi, terus kami tiket return esok kul 3.30 ptg… snng amik awal2 so x risau la tiket abis / kena q pnjg ms return pulak… past uterus tapau KFC mkn fast food cos budget murah sbb xde GST kat langkawi… So bayar harga mcm publish kat menu dorang… no additional cos mcm kat cni… kami naik taxi langkawi cos malas nak sewa kete… lgpun aku xde lessen hehe… kantoi terpublish kat blog ni pulak… wife aku dan adk ipar ada lessen tapi dorang kata malas nak sewa kete cos x tau jalan… lgpun xde smartphone lg… so xde GPS… ms tu masing2 pakai handphone zaman batu lagi hehe… mood masing2 macam katak bawah gelas yang tertutup hehe… bukan bawah tempurung… kalau bawah tempurung tak Nampak apa langsung… kami Nampak peredaran zaman makin canggih dgn gadget2 mcm2 tapi kami x follow… kami tengok jer dan berangan2… nak beli tapi hold2 sbb belum ada keperluan mendesak… for me ngan wife cukupla kami sekadar guna telefon zaman batu bukan smartphone… kami pun berkomunikasi by sms dan call aja.. no need whatsapp, wechat, line etc…

 Kami amik taxi yang dipandu pakcik yusof… nama sama mcm nama bapak aku hehe… itula namanya takdir… pakcik yusof ni nice driver… drop kami ke tempat jualan gamat & minyak2 langkawi… apalagi terus memborong ikut kemampuan yang ada… aku beli gamat dan minyak serai utk mak dan adk ipar kirim… wife dan mentua pun beli sama untuk keperluan mereka… selesai membeli kami pun blah dari c2… patutla ada perkataan membeli-belah maksudnya lepas beli kena blah haha… Terus pkcik yusof meneruskan perjalanan ke CD Motel nearby underwater world langkawi. Not badla sesuaila dgn rate dia… nama pun budgetkan xkan nak bilik rate 5 star hehe.. rate 1 malam RM 75, wife amik 2 bilik total RM 150. Sepupu aku yang amik kami kat alor setar tolong arrangekan reservation… masa kami pergi ni public holiday CNY confirm fully booked if x reserve awal2kan… kami dapat bilik row yang sama Cuma bukan sebelah2 bilik… tapi okla xdela jauh sgt aktiviti tandang bertandang masih blh diteruskan… anak buah wife aku la rajin bertandang x reti duduk diam dlm bilik dengan opah dia… mmg potong betulla… mmg budak bertuah sikenit tu hehe…

Kami sampai CD motel kul 1 terus check in, makan kfc dlm bilik mak mentua… abis mkn br masuk bilik kami… terus rest… solat etc… then petang aktiviti mandi manda di pantai cenang… not bad suasana  pantai dan lautnya… wife, adik ipar dan anak buah dia apa lagi berendam dalam air… aku ni kurang ckit aktiviti berendam dalam laut… aku ni cuci2 mata la sambil2 wife leka mandi dgn ank buah dia… fuyyyooooo… ramai jugak oversea tourist yang terdampar di pantai cenang… mmg aku nakal la jugak… tapi bila wife aku perasan mmg kena berdas2 cubitan dia… wife aku dah mula alert operasi cuci mata aku memandang minah2 saleh yang berpakaian x cukup kain… paham2 la pakaian dorang mmg harus mata tak berkelip2 hehe…
 
 Mak mentua aku mmg x turun sama ke pantai cenang… mak mentua aku layan citer sinetron dia… dah berusia jd fully wife house mmg aktiviti melayan sinetronla… abis citer favourite baru dia menjengah kami di pantai cenang… selesai kami mandi manda terus masuk bilik bersihkan diri… kelebihan tinggal di CD motel mmg near pantai cenang… ada bilik y dekat sgt dgn pantai… deruan ombak mmg smpai ke dalam bilik. Walaupun kami dpt bilik yang jauh ckit dr pantai tapi not badla jugak… cos x perlu fasilities bilik salin pakaian… terus masuk bilik, bersihkan diri dan rest…

 Selepas hilang penat kami keluar ke underwater tapi kami x amik tiket masuk… ikutkan wife mmg nak masuk tp bagi aku xla berbaloi sgt setakat nak tgk ikan… aku advice wife tgk ikan kat pasar… mood budget lagi… walaupun x sama tapi dari sepsis ikan2 jugakla di pasar tu hehe… wife aku akur then kami p jalan2 shopping mall nearby underwater… ada the zon, coaco land etc… wife apa lg memborong coklat daim… nasib baikla x borong vision, pyrex, corningware…
 
 Esoknya aktiviti kami terhad, lepas check out kul 10, kami dijemput oleh pakcik yusof pemandu taxi semalam… pakcik yusof ada provide jalan2 pusing langkawi pada kadar 25/hour minimum kena 4 hour so total kena byr min RM 100. Wife aku jugakla tukang sponsor travel trip ni… pakcik yusof bawa kami ke tmpt2 terpilih dah terdekat untuk memenuhkan masa selama 4 jam… 4 jam tu bukan lama sgt… kami di bawa sekejap2 melewati satu tempat… dapatla p cabel car tp x naikla cos ramai q musim cuti sekolah, next time kami datang kami naik ya… tggu ya cabel car kedatangan kami di masa akan datang… kami di bawa ke beras terbakar, adk ipar beli 1 karton rokok… aku mmg x merokok. Mak mentua aku sibuk pilih kain2 batik sana cos ada opah sedara yang kirim… pastu kami p satu tmpt lagi aku x ingat nama dia… wife aku p beli ikan bilis, ikan pari kering, dan belacan langkawi…

Kami pun terus p ke kuah… smpatla singgah shopping mall kat sana… ada diantara yang famous close disbbkan hari jumaat so tutup sementara jumaat prayer… kami pun x berapa alert sgt waktu urusniaga di sana. So pakcik yusof bawa kami ke shopping mall yang x tutup perniagaan… Dia tinggalkan kami di sana sementara kami cuci2 mata dalam shopping mall tersebut… aku dan adk ipar x p solat jumaat cos kami dalam musafir jadi kami jamak solat… selesai solat jumaat pakcik yusof dtg nak terus bawa kami ke jetty… alhamdullillah sampai awal sbb ramai sgt pelancong… nak lalu imigresen pun kena q panjang… so dapatla kami rest seketika di terminal sementara fery datang…

Sampai di terminal kuala kedah, hujan lebat sgt2… kami berteduh dulu di dlm terminal sementara hujan redha… selepas itu terus isi perut mkn laksa fmly wife aku la layan laksa 2 pinggan sorang… mmg lapar tahan gaban kut dorang… wife aku pun mmg suka laksa 2 pinggan blh layan sampai licin… aku sorang x order laksa mmg x kena tekak aku…

Selesai makan terus p taxi terminal pulak… tambang ke ktmb alor setar RM 20… rate tetap kut cos dorang x guna meter… so bayar jela mls nk diman… janji smpai ke KTMB dgn selamat dan selesa… kami tunggu KTM smpai dalam 7.30 mlm… Wife amik tiket yang sama double dekkar dalam 1 bilik… tapi masa return bilik kami dan bilik mentua x sebelah2… selang bilik… smpai KL sentral awal pg terus balik umah… Berakhirla percutian pendek kami 2 hari 1 mlm di langkawi…
  



0 comments:

Post a Comment