Aku bernikah tahun ni… umur dah lewat menjangkau 35 tahun
baru dapat jodoh. Tanggal 9.2.2013 majlis pernikahan aku di kg wife di Perak.
Aku dan sekeluarga bermalam di Homestay Taman Cahaya Kampar. Daily Rate RM 180
untuk satu malam. Sesuaila untuk family yang share2 so xdela byk sgt keluarga
duit. Umah teres satu tingkat yang nice dilengkapi dgn kelengkapan umah dan
peralatan memasak. Adik-adik ipar aku rajin memasak untuk jimat cost hehe…
pandai betulla dorang manage hal ehwal ekonomi dalam rumah tangga… aku ni baru
nak masuk kea lam rumahtangga ntah mcm manala blh manage bahtera aku / di karam
di tengah lautan. Hopefully mahligai cinta aku berpanjangan dunia akhirat.
Korang yang baca blog ni doa2kan aku dan wife bahagia hari ini, esok dan
selama2nya… Amin
Alhamdullillah majlis aku berjalan lancar. Dari akad nikah
walaupun gelabah rasa nak terkucil berapa kali pun ada masa menghadap tok kadi
dan pengikut2 setianya saksi dan org2 masjid kg wife aku… bukan aku jer gelabah
bapak mentua aku pun sama… haha… maybe majlis buat kat umah wife suasana mmg
meriah la… ms majlis akad nikah fuyooo sedara mara dekat2 umah wife ramai yang
dtg… pendek kata maupun panjang kata dalam luar umah ada tetamu…
Kami p sana berlima, aku, wife, mak mentua, adik ipar
(replaced tempat pak mentua) dan anak buah dia yg umur 3 thn… wife aku tempah tiket
KTM secara online… mahal jugakla wife amik yang ada 1 double dekker bed dlm 1
bilik/cabin yang dilengkapi sinki dan dapat kek pisang + air mineral… harga untuk
satu bilik nearly RM 200 jugakla… mcm rate bilik hotel… kami bertolak dari KL
sentral jam 9 mlm dan sampai ke alor setar dalam kul 7.00 pagi… wife aku mmg
mementingkan keselesaan that y dia amik tiket katil dalam satu bilik. Bilik kami
dan mak mentua sebelah2 jer… snng jer kami nak kuar masuk… anak buah apa lagi
sukala berjalan dari bilik ke bilik… sekejap bilik opah dia aka mak mentua aku…
sekejap bilik wife aka makngah kepada anak buah wife aku.. mmg potong stim
betulla anak buah wife aku… baru aku nak manja2 dgn wife datang pulak sikenit
tu ketuk pintu panggil makngah dia… sabra je la aku nak buat macam mana dah aku
ni kede sangat… terimala seadanya bila dia angkut fmly dia join sama masa kami
bercuti.. padanla muka aku berkira sgt pasal duit… wife aku pulak terlebih
permurah siap sponsor fmly dia join… nasib baikla dia x angkut satu kg join mcm
rombongan cik kiah ke sukan komanwel… lagi parah msk ICU la aku jawabnya haha…
Kami amik taxi yang dipandu pakcik yusof… nama sama mcm nama
bapak aku hehe… itula namanya takdir… pakcik yusof ni nice driver… drop kami ke
tempat jualan gamat & minyak2 langkawi… apalagi terus memborong ikut
kemampuan yang ada… aku beli gamat dan minyak serai utk mak dan adk ipar kirim…
wife dan mentua pun beli sama untuk keperluan mereka… selesai membeli kami pun
blah dari c2… patutla ada perkataan membeli-belah maksudnya lepas beli kena
blah haha… Terus pkcik yusof meneruskan perjalanan ke CD Motel nearby
underwater world langkawi. Not badla sesuaila dgn rate dia… nama pun budgetkan
xkan nak bilik rate 5 star hehe.. rate 1 malam RM 75, wife amik 2 bilik total
RM 150. Sepupu aku yang amik kami kat alor setar tolong arrangekan reservation…
masa kami pergi ni public holiday CNY confirm fully booked if x reserve
awal2kan… kami dapat bilik row yang sama Cuma bukan sebelah2 bilik… tapi okla
xdela jauh sgt aktiviti tandang bertandang masih blh diteruskan… anak buah wife
aku la rajin bertandang x reti duduk diam dlm bilik dengan opah dia… mmg potong
betulla… mmg budak bertuah sikenit tu hehe…
Mak mentua aku mmg x turun sama ke pantai cenang… mak mentua
aku layan citer sinetron dia… dah berusia jd fully wife house mmg aktiviti
melayan sinetronla… abis citer favourite baru dia menjengah kami di pantai
cenang… selesai kami mandi manda terus masuk bilik bersihkan diri… kelebihan
tinggal di CD motel mmg near pantai cenang… ada bilik y dekat sgt dgn pantai…
deruan ombak mmg smpai ke dalam bilik. Walaupun kami dpt bilik yang jauh ckit
dr pantai tapi not badla jugak… cos x perlu fasilities bilik salin pakaian…
terus masuk bilik, bersihkan diri dan rest…
Selepas hilang penat kami keluar ke underwater tapi kami x
amik tiket masuk… ikutkan wife mmg nak masuk tp bagi aku xla berbaloi sgt
setakat nak tgk ikan… aku advice wife tgk ikan kat pasar… mood budget lagi…
walaupun x sama tapi dari sepsis ikan2 jugakla di pasar tu hehe… wife aku akur
then kami p jalan2 shopping mall nearby underwater… ada the zon, coaco land etc…
wife apa lg memborong coklat daim… nasib baikla x borong vision, pyrex,
corningware…
E soknya aktiviti kami terhad, lepas check out kul 10, kami
dijemput oleh pakcik yusof pemandu taxi semalam… pakcik yusof ada provide
jalan2 pusing langkawi pada kadar 25/hour minimum kena 4 hour so total kena byr
min RM 100. Wife aku jugakla tukang sponsor travel trip ni… pakcik yusof bawa
kami ke tmpt2 terpilih dah terdekat untuk memenuhkan masa selama 4 jam… 4 jam
tu bukan lama sgt… kami di bawa sekejap2 melewati satu tempat… dapatla p cabel
car tp x naikla cos ramai q musim cuti sekolah, next time kami datang kami naik
ya… tggu ya cabel car kedatangan kami di masa akan datang… kami di bawa ke
beras terbakar, adk ipar beli 1 karton rokok… aku mmg x merokok. Mak mentua aku
sibuk pilih kain2 batik sana cos ada opah sedara yang kirim… pastu kami p satu
tmpt lagi aku x ingat nama dia… wife aku p beli ikan bilis, ikan pari kering,
dan belacan langkawi…
Aku mmg rasa nak terkencing jer memanjang. Start dari
homestay ntah berapa kali aku masuk toilet… fmly aku pun dah bising… yela sbb
aku lambat sgt bersiap… mau x takut sampai nama wife aku pun aku boleh lupa…
aku call tuning aku sebelum majlis akad nikah… bukannya membantu siap perli2
lagi… “Dah dekat nak nikah xkan nama penuh bakal wife pun x tau, macam mana nak
ngadap tok kadi”… mmg satu das terkena kat aku…
Masa sampai umah tunang
aka bakal wife aku mmg dah seram sejuk, lebih seram citer hantu kat kg tu… tapi
aku gagahkan jugakla… duduk atas bantal besar yg sediakan khas utk bakal
pengantin… mmg perasaan mcm2 ms tu bangga pun ada, takut seram sejuk semua pun
ada… nak baca tulisan dalam boring pun terketar2… masa baca dr rm10 jadi rm10k…
ntah mcm mana tulisan 00 pada angka jadi bertambah banyak… bakal bapak mentua
aku pun sama… sebut nama aku pun terbalik… adaker nama ayah aku dulu dr nama
aku… mmg parah… x ramai yang alert sbb xde mikrofon bagai… Alhamdulillah akad
nikah kedua sah… yahoo… dah bergelar suami la aku… gelaran yang ditunggu2
selama ini… tunang aku dah jadi wife aku yang sah… seronoknya bila dah ada
orang yang akan jaga makan minum, pakai kita… xla harapkan mak lagi… selama ini
mak aku yang uruskan makan minum pakaian aku hehe… aku ni anak manja u know…
perasan manja la sangat kan…
Esoknya 10.02.2013 majlis kenduri di umah wife aku… selepas
zuhor kami sekuarga dan sedara2 mara yang jauh turut datang memeriahkan lagi
majlis di pihak perempuan… kami raja sehari berpakaian serba ijau… wife aku ni
mmg minat color hijau… aku layan jer… baju dia aku sponsor… beli di jakel pada
tahun lepas semasa cuti 31.08.2012… aku sponsor baju dia secara instalment haha…
nasib dia la dpt suami yang x berapa kemampuan… so terpaksa la dia dahulukan
duit dia dulu… then tiap2 bulan bayar instalment kat dia… zaman sekarang mcm2
haha… bukan TV, motor, kete, semakphone aka smartphone jer yang blh beli instalment,
baju pengantin pun instalment jugak… nasib baikla AEON credit tak buat EPP beli
baju pengantin kat JAKEL… Promote JAKEL lagi…
Selesai jer majlis kompang di palu, pengantin malu, semua
hadirin dan hadiran beransur balik, aku dan wife restkan diri… ikutkan aku mmg
nk layan ZZZ jer… penat woo… dahla kena tolong kemas2 apa yang patut… cos wife
buat majlis gotong royong.. sedara mara dia siap tapau ayam golek 2, 3 ekor
sorang… mmg blh wat stok smpai ke esok… ayam golek yg ditempah secara catering…
yang lain tu menu masak sendiri… bagi yg berada di perak blhla tmpah ayam golek
dari taman botani batu gajah… sedap ayamnya sampai menjilat jari… harga seekor
bergantung pada pasaran semasa… wife aku tempeh 100 ekor RM 1600.00. Not badla
harga tu aku rasa… sbb xdela pihak perempuan renyah utk menyediakan menu utama
ayam… leceh jugakkan dr membeli, memotong, mencuci ayam, memasak mmg amik masa
dan tenaga… maklumla sedara mara dan jiran dekat2 umah wife aku dah makin
ditelan usia… tenaga pun makin terhad… anak2 muda masing2 meneruskan kerjaya di
ibu kota… balik pun sekali sekala pada musim2 tertentu hari raya, cuti sekolah
dan kenduri kendara.
Tanggal 12.02.2013 pagi, aku wife menumpang adiknya balik ke
shah alam… hari rabu wife aku masuk kerja ada urgent tender… aku kagum dgn wife
aku ni mmg jenis workaholics. Nak MC
jangan harapla… setahu aku since dia kerja 8 tahun, satu kali jer yg dia amik
MC… itupun dia dtg keja jugak cos ada ke patut bos dia kata xnak dtg keja jugak…
terpaksa la wife aku dtg cos ms tu hujung bulan so bos aku kena sign cek2 gaji…
jadi wife aku carried forward MC dia ke next day… haha… blh ker mcm tu… company
wife aku kerja kecil x ramai staff so blh ikut law sendiri… wife aku jadi HR
lagi la… suka2 hati dia la nak wat mcm mana…
Wife aku blk half day cos mlm tu kami akan p honeymoon hehe…
honeymoon la sgt… x mcm honeymoon cos percutian ini dirancang last minute sblm
majlis nikah kami… urusan travel semua di buat oleh wife aku… ikukan aku mmg
xde la travel… mood aku jenis memerap kat umah hehe… mood kede yang wife aku
selalu gelarkan… “abg ni kede… kede… kede… kedekut”… aku peduli apa janji aku x
abis duit aku haha… nasibla wife aku ni jenis
x berkira… diala yang sponsor tiket KTM aku… Bukan itu saja siap sponsor
tiket KTM utk mak bapak aka mentua aku… mmg bertuah betulla wife aku ni… mmg
ssh nak dpt wife bijak sgt mcm wife aku… adake patut honeymoon siap angkut
family dia… bukan itu saja anak buah kesayangan dia pun dia angkut… memang too
much… tapi aku x blh ckp lebih2 nanti aku kena jual dgn wife haha… semua dia
tanggung dari tiket sampai accommodation lagi mau bising… ada pulak kena humban
dalam laut masa naik ferry… x mau aku jadi mangsa jerung haha…
Sampai di alor setar sepupu aku yang tggl di sana datang
jemput kami then terus hntar kami ke jetty kuala kedah… kami dapat tiket dalam
pukul 9.30 pagi so masih awal… jadi kami terus breakfast di kedai mkn
berhampiran.. family wife aku hantu laksa… pagi2 dah order laksa di kedai mkn
sebelah jetty… not bad rasanya kata wife aku… tp aku mmg x berkenan lakso
sorryla aku nak try… mmg x la wlp sesedap mana pun…
Fery sampai di terminal so bermulala perjalanan kami ke
pulau langkawi… wife aku ni sblm ni x pandai travel… 1st time
jugakla dia planning travel itu sbbnya dia angkut family dia sama… cos sblm
kwin dia kata x berani nak travel dan bawa family jln2 jauh… mungkin dia rasa
ada MR. RIGHT aka BODY Guard dia la kut…
dia rasa securela bila jalan jauh… Sampai di jetty terus amik return ferry cos
percutian kami sebenarnya singkat sgt… kami bercuti short trip… dpt bermalam 1
hari jer di langkawi… sbbnya majlis kat umah aku pada hari Sabtu 16.02.13…
perjalanan kami malam 13.02.13 sampai kedah 14.02.03 dan 15.02.03 ptg kami kena
rush blk ke alor setar cos tiket ktm kami pukul 7.00 ptg…
Sampai kat terminal langkawi, terus kami tiket return esok
kul 3.30 ptg… snng amik awal2 so x risau la tiket abis / kena q pnjg ms return
pulak… past uterus tapau KFC mkn fast food cos budget murah sbb xde GST kat
langkawi… So bayar harga mcm publish kat menu dorang… no additional cos mcm kat
cni… kami naik taxi langkawi cos malas nak sewa kete… lgpun aku xde lessen hehe…
kantoi terpublish kat blog ni pulak… wife aku dan adk ipar ada lessen tapi
dorang kata malas nak sewa kete cos x tau jalan… lgpun xde smartphone lg… so
xde GPS… ms tu masing2 pakai handphone zaman batu lagi hehe… mood masing2 macam
katak bawah gelas yang tertutup hehe… bukan bawah tempurung… kalau bawah
tempurung tak Nampak apa langsung… kami Nampak peredaran zaman makin canggih
dgn gadget2 mcm2 tapi kami x follow… kami tengok jer dan berangan2… nak beli
tapi hold2 sbb belum ada keperluan mendesak… for me ngan wife cukupla kami
sekadar guna telefon zaman batu bukan smartphone… kami pun berkomunikasi by sms
dan call aja.. no need whatsapp, wechat, line etc…
Kami sampai CD motel kul 1 terus check in, makan kfc dlm
bilik mak mentua… abis mkn br masuk bilik kami… terus rest… solat etc… then
petang aktiviti mandi manda di pantai cenang… not bad suasana pantai dan lautnya… wife, adik ipar dan anak
buah dia apa lagi berendam dalam air… aku ni kurang ckit aktiviti berendam
dalam laut… aku ni cuci2 mata la sambil2 wife leka mandi dgn ank buah dia…
fuyyyooooo… ramai jugak oversea tourist yang terdampar di pantai cenang… mmg
aku nakal la jugak… tapi bila wife aku perasan mmg kena berdas2 cubitan dia…
wife aku dah mula alert operasi cuci mata aku memandang minah2 saleh yang
berpakaian x cukup kain… paham2 la pakaian dorang mmg harus mata tak berkelip2
hehe…
Kami pun terus p ke kuah… smpatla singgah shopping mall kat
sana… ada diantara yang famous close disbbkan hari jumaat so tutup sementara
jumaat prayer… kami pun x berapa alert sgt waktu urusniaga di sana. So pakcik
yusof bawa kami ke shopping mall yang x tutup perniagaan… Dia tinggalkan kami
di sana sementara kami cuci2 mata dalam shopping mall tersebut… aku dan adk
ipar x p solat jumaat cos kami dalam musafir jadi kami jamak solat… selesai
solat jumaat pakcik yusof dtg nak terus bawa kami ke jetty… alhamdullillah
sampai awal sbb ramai sgt pelancong… nak lalu imigresen pun kena q panjang… so
dapatla kami rest seketika di terminal sementara fery datang…
Sampai di terminal kuala kedah, hujan lebat sgt2… kami
berteduh dulu di dlm terminal sementara hujan redha… selepas itu terus isi
perut mkn laksa fmly wife aku la layan laksa 2 pinggan sorang… mmg lapar tahan
gaban kut dorang… wife aku pun mmg suka laksa 2 pinggan blh layan sampai licin…
aku sorang x order laksa mmg x kena tekak aku…
Selesai makan terus p taxi terminal pulak… tambang ke ktmb
alor setar RM 20… rate tetap kut cos dorang x guna meter… so bayar jela mls nk
diman… janji smpai ke KTMB dgn selamat dan selesa… kami tunggu KTM smpai dalam
7.30 mlm… Wife amik tiket yang sama double dekkar dalam 1 bilik… tapi masa
return bilik kami dan bilik mentua x sebelah2… selang bilik… smpai KL sentral
awal pg terus balik umah… Berakhirla percutian pendek kami 2 hari 1 mlm di
langkawi…















