https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279
Showing posts with label kurma. Show all posts
Showing posts with label kurma. Show all posts

Thursday, 22 December 2016

PURI BABY AKTIVITI HUJUNG MINGGU UNTUK BUBUR BABY

Baby kami sekarang berumur 7 bulan lebih. Sepatutnya masa baby 6 bulan kami buatkan puri buah / sayur untuk baby. Wife kurang rajin masa tu jadi kami prefer bagi cereal baby organic, costly jugak RM28.50/pcs dan puri organik RM 6.00 - 9.00 dan puri Heinz RM 4.50 beli masa TCE Baby Expo Midvalley.

Bila dah timbul kerajinan maka wife saya sedia memasak untuk buat bubur baby. 


Beras perang dan millet direndam, dibilas, ditoskan dan digoreng tanpa minyak. Setelah sejuk dikisar dan disimpan di dalam tupperware kedap udara.

Sayur-sayuran seperti broccoli, carrot dan kentang dijadikan puri. Potong sayur-sayuran tersebut dan di kukus terlebih dahulu sebelum dikisar.

Kami kukus menggunakan Phillips Avent 2 in 1 boleh kukus dan kisar. Beli 2nd hand je jimat kos RM 69.00 jer kat cash converter. Still in good condition.

Puri Broccoli

Setelah kukus terbalikkan balang dan kisar. Jadilah puri brocoli seperti di atas. Simpan dalam bekas dadih kecil. 1 broccoli dapat dalam 5 pcs bekas dadih. Boleh frezer kan untuk kegunaan dalam memasak bubur baby.


Puri Carrot.

Puri Kentang.

Bila nak memasak bubur baby, wife akan memasukkan beberapa sudu beras perang yang dikisar, 1 puri broccoli, 1 puri carrot dan 1 puri kentang. Agak-agaklah air ikut kepekatan bubur baby tersebut. Siap less than 30 minut boleh dihidangkan pada baby tapi make surelah disejukkan terlebih dahulu. Jika nak hantar ke babysitter bolehlah terus masukkan ke dalam thermos. Macam kami punya Thermos boleh bertahan suam sehingga pukul 4 petang. Hantar baby dan thermos bubur pada baby sitter pukul 8 pagi.

Baby kami alhamdulillah suka makan bubur yang dibuat mamanya. Wife pun variasikan bubur dengan membuat puri kurma jugak. Suka baby kami makan. 4x sehari jugaklah baby kami makan bubur 3x di rumah pengasuh + 1x dinner time.

Wednesday, 27 May 2015

Ramadhan Makin Menjelang Tiba

Tak lama lagi Ramadhan akan menjelma. Mesti ramai yang tak sabar untuk menyambut hari raya opps silap menyambut Ramadhan. Seronok dapat menjalankan ibadah puasa walaupun bulan Rejab dan Syaaban ramai yang berpuasa sunat namun mesti tak sabar berpuasa di bulan Ramadhan.
 
Sekarang ni banyak kedai dan pasaraya menjual kurma untuk pemanis mulut masa berbuka puasa.
 
Umat Islam memang sudah biasa dengan amalan sunnah memakan buah kurma pada bulan ramadhan dan puasa sunat. Tapi sebenarnya apakah kelebihan atau keistimewaan buah kurma, terutamanya sebagai pembuka puasa? Jom kita teliti kandungannya:
 
  1. Gula Ringkas: Ia mengandungi fructosa dan dekstrosa (glukosa atau gula ringkas) yang membekalkan tenaga yang cepat. Memang sesuai semasa berbuka.
  2. Serat atau fiber: Kurma bukan sahaja memberikan tenaga cepat melalui gula ringkas, malah fiber/serat sesuai untuk penghadaman dan memberikan tenaga yang berpanjangan. Fiber memang sesuai untuk memperlahankan penghadaman dan tidaklah memberi kejutan kepada perut yang kosong. Juga sebagai “alas perut” sebelum memakan makanan yang lebih berat.
  3. Rendah Sodium: Ini penting pada waktu di mana kita kekurangan air. Makanan yang tinggi sodium (garam) mempercepatkan dehydration.
  4. Tinggi Potassium: Potassium penting dalam menyeimbangkan bendalir badan, termasuklah kawalan denyutan jantung dan tekanan darah.
  5. Antioxida: Kurma kaya dengan antioxida seperti beta-carotene, lutein and zeaxanthin. Mungkin bukan faktor penting apabila berpuasa tetapi tetap ada kebaikan untuk sistem imunisasi badan.
  6. Lain-lain: Kurma juga kaya dengan protein, vitamin B1, B2, B3 and B5, A dan C. Selain itu juga mengandungi kalsium, manganese, copper, besi (iron) dan magnesium.
 
Kurma dan makanan sunnah lain sekarang mudah didapati secara online dengan harga yang agak berbaloi jika belian secara borong.
 
Bolehlah cuba beli di Mahnaz Food harganya agak berpatutan walaupun dikenakan GST.
 
 
 
 
http://www.mercucita.com/product-category/sweet/
 
Kurma dan Kismis boleh jugak dibeli sebagai buah tangan atau doorgift untuk majlis perkahwinan, pertunangan, dan buah tangan kepada tetamu atau kenalan.

Untuk doorgift bolehlah survey kat 11street.my . Tupperware sesuai sangat dijadikan bekas untuk doorgift. Jika jadi ahli lagi untung ada less 25% dari harga pasaran / harga offer.

Yang tak jadi ahli boleh survey harga di 11street.my / lelong / lazada harga mahal compare kat 11street / lelong. Kat 11street rasanya lebih jimat sebab ada welcome coupon, gift coupon, bonus coupon etc. So bolehlah grab peluang untuk berjimat yang ada. boleh refer to entry yang ada sebelum ni pasal 11street.my.