Baby kami sekarang berumur 7 bulan lebih. Sepatutnya masa baby 6 bulan kami buatkan puri buah / sayur untuk baby. Wife kurang rajin masa tu jadi kami prefer bagi cereal baby organic, costly jugak RM28.50/pcs dan puri organik RM 6.00 - 9.00 dan puri Heinz RM 4.50 beli masa TCE Baby Expo Midvalley.
Bila dah timbul kerajinan maka wife saya sedia memasak untuk buat bubur baby.
Beras perang dan millet direndam, dibilas, ditoskan dan digoreng tanpa minyak. Setelah sejuk dikisar dan disimpan di dalam tupperware kedap udara.
Sayur-sayuran seperti broccoli, carrot dan kentang dijadikan puri. Potong sayur-sayuran tersebut dan di kukus terlebih dahulu sebelum dikisar.
Kami kukus menggunakan Phillips Avent 2 in 1 boleh kukus dan kisar. Beli 2nd hand je jimat kos RM 69.00 jer kat cash converter. Still in good condition.
Puri Broccoli
Setelah kukus terbalikkan balang dan kisar. Jadilah puri brocoli seperti di atas. Simpan dalam bekas dadih kecil. 1 broccoli dapat dalam 5 pcs bekas dadih. Boleh frezer kan untuk kegunaan dalam memasak bubur baby.
Puri Carrot.
Puri Kentang.
Bila nak memasak bubur baby, wife akan memasukkan beberapa sudu beras perang yang dikisar, 1 puri broccoli, 1 puri carrot dan 1 puri kentang. Agak-agaklah air ikut kepekatan bubur baby tersebut. Siap less than 30 minut boleh dihidangkan pada baby tapi make surelah disejukkan terlebih dahulu. Jika nak hantar ke babysitter bolehlah terus masukkan ke dalam thermos. Macam kami punya Thermos boleh bertahan suam sehingga pukul 4 petang. Hantar baby dan thermos bubur pada baby sitter pukul 8 pagi.
Baby kami alhamdulillah suka makan bubur yang dibuat mamanya. Wife pun variasikan bubur dengan membuat puri kurma jugak. Suka baby kami makan. 4x sehari jugaklah baby kami makan bubur 3x di rumah pengasuh + 1x dinner time.
0 comments:
Post a Comment