Saper yang ada PTPTN mesti ada yang nama telah disenarai hitamkan dan CCRIS akibat PTPTN kan. Mungkin ramai yang tidak dapat ke luar negara, membuat pinjaman baru akibat blacklist dan CCRIS.
Bagi peminjam yang masih belum membuat Ujrah bolehlah reschedule tunggakan pinjaman sebelum ni menjadi pinjaman baru dengan menukarkan ke Ujrah. Kos pentadbiran pun akan jadi rendah dari 3% sebelum ni kepada 1% Ujrah.
Contoh perjanjian Ujrah seperti di atas. Bayaran bulanan akan jadi lebih murah ikut tahun yang korang nak amik. Maksimum 10 tahun rasanya. Biasanya bila nak convert jadi Ujrah atau reschedule pinjaman, korang dikehendaki membayar 50% ke atas tunggakan atau ikut kemampuan. Macam kes dia ni, dia berurusan dengan person in charge yang di dapat maklumat dari email. Pilih saja yang rasa berkenan di hati haha. Dah pilih do cubalah whatsapp2. Zaman sekarang ni whatsapp kan popular di Malaysia haha. Text je pun senang ada black & white. Call thru whatsapp ni lecehkan.
Macam dia di atas ni start communication with 1 of PTPTN person incharge thru whatsapp last week of August 2017. Disebabkan ada cuti panjang Merdeka + Raya Haji + Cuti Peristiwa maka person in charge akan deal semula bulan September. Sebelum tu person in charge ada tanya berapa sanggup bayar untuk tukar ke Ujrah. Dia ni kata banyak komitmen memang takde extra cash. Memang kena berterus terang jer. So person in charge ni kata ok jer.
Dia ni bulan 9 memang takde pun remind balik person in charge tu just wait and see. Person in charge contact dia balik pada 07/09/2017 thru call & whatsapp dan tanya berapa tahun nak bayar. Person incharge suggest 10 tahun so bayaran bulanan memang rendah RM 100++. Dia ni pikir malas nak lama2 sebab tunggakan pun bukan banyak sangat kan. So 5 tahun dah ok kut dengan bayaran bulanan RM 231.15 masih kena dengan budgetnya.
So maka person in change pun emailkan perjanjian ujrah seperti di atas. Setelah di tanda tangan dan beli setem hasil RM 10 x 2 di pejabat pos pada esoknya 08/09/2017 dan terus di hantar ke kaunter PTPTN. Boleh hantar di mana2 kaunter PTPTN yang terdekat. Mudah kan prosesnya tak banyak songeh.
Sebelum ni dia ni teragak-agak jugak nak buat sebab tunggakan dia semuanya. Maklumlah 10 tahun lebih tak bayar2. Rekod CCRIS pun 162 bulan tertunggak. Bagus betullah dia ni tak amik kisah nak bayar PTPTN sebab nama dah sangkut blacklisted dan jangan nak berangan buat pinjaman baru tu yang tersedar kut baru ada rasa insaf tapi takdelah sangat mood nak membayar. Sebab tunggakan full amount kan walaupun bayar cikit2 still bulan tunggakan bertambah. Jadi dia ni bayar ting tong ting tong lah. Cuma bila PTPTN hantar email bagitahu boleh guna KWSP bagi pinjaman sebelum tahun 2000, mula dia semangat ckit sebab boleh bayar guna KWSP at least takdelah beban sangatkan. Bolehlah kurangkan tunggakan dia cikit2. Dia buat pengeluaran KWSP pada Ogos 2017. Dah buat pengeluaran KWSP saja2 dia tanya person in charge yg dia deal masa buat KWSP tu. Person in charge ni memang membantu lah. Dari pengeluaran KWSP hingga Ujrah di uruskan dengan jayanya.
Maka bermula bulan 9 tu jugak Ujrah telah diluluskan dan bermulalah episod membayar ansuran bulanan secara berdisiplin. Bulan 9 ansuran bulanan pertama perlu dijelaskan. Masuk bulan ni dah 3 bulan ansuran bulanan dijelaskan. Pada bulan 10 & 11 dan bulan2 akan datang guna auto debit. Dengan auto debit boleh jimat lagi 10% sebab belanjawan negara memberikan diskaun pada peminjam PTPTN yang menjelaskan pinjaman ikut jadual dengan auto debit.
- Sempena Bajet 2017, insentif-insentif berikut disediakan untuk peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik:
- Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman.
- Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurang 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Direct Debit mengikit Jadual Bayaran Balik (JBB) ditetapkan.
- Tempoh kuat kuasa insentif ini ialah mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.
Bajet 2018 pun memberi manfaat kepada peminjam PTPTN
Bolehlah korang rebut peluang ni. Bebaskan diri dari blacklist dan CCRIS.
0 comments:
Post a Comment