https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Monday 26 September 2016

TAQBIN PROBLEM... HAMPIR SEBULAN BARANG TAK SAMPAI...

Kami ada order barang via 11street. Seller guna Taqbin. Dah hampir sebulan barang tak sampai-sampai. Email dah hantar banyak kali. Call Taqbin dah banyak kali. Tapi pending jugak. Serik nak beli barang bila seller guna Taqbin. Masa place order dah remark to Seller suruh hantar barang guna Pos Laju tapi seller hantar guna Taqbin. Nasib beli barang jangka hayat lama, tapi tak tahulah bila sampai barang still good condition atau dah rosak. Dah hold punya lah lama. Kalau tempoyak confirm dah meletop. Kalau soya confirm dah jadi tempe. Kalau ikan confirm dah jadi pekasam. Lama sangat parcel kena perap kat Taqbin ni. Kalau sampai pada penerima jadi emas takpe la jugak ni ntah-ntah packaging pun dah rosak. Lama sangat Taqbin nak delivery bukan hantar ke luar negara pun.


Status tracking number. Seller hantar pada 06/09/2016. Hari ni 27/09/2016 still pending delivery.

Email dari Taqbin nak delivery pada 26/9/16 @ semalam tapi still pending. Janji tinggal janji je la. Pagi ni dah call Taqbin, person in charge kata nak follow up status delivery dengan branch tapi belum dapat return call dari Taqbin.

Updated: 28/09/2016, hasil hantar email 2/3 email selang berapa minit dan call HQ yang macam hampeh asyik line putus, google branch Ipoh tel no akhirnya customer services bagitahu Bos dah keluar hantar barang. Call mak kg barang tak sampai lagi maybe on the way. Tak sembang lama dengan mak, nanti Taqbin call line busy. Petang terima call dari mak barang dah sampai. Mak bagitahu Taqbin hantar pakai kereta biasa... Mana taknya bos / branch manager yang turun padang... tu la pasal lain kali hold barang lama sangat mahu tak bergegar dengar penerima bising. Seller lepas tangan duit dah dapat. Kalau COD confirm seller pun sama bising.

Tracking ni order untuk sepupu Petpet untuk anaknya. Sepupu pun mengadu Petpet tak sampai-sampai lagi. Sepupu tunggu masa nak bersalin. Seller hantar pada 15/09/2016, 28/09/2016 baru sampai pada sepupu.

Taqbin, please improve your service. Please delivery that parcel urgently.




    0 comments:

    Post a Comment