https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday 22 September 2016

Lazada vs 11street

Baru-baru ni kami bercadang nak beli buaian untuk baby kami yang berusia 4 bulan lebih. Sebelum ni tak bercadang pun nak beli buaian. Bahaya ada buaian ni takut baby nak buaian jenuh nak bawa ke mana-mana.

Pada usia baby sebulan lebih, neneknya pernah cadangkan masukkan baby kami dalam buaian tapi mama baby agak keberatan. Di rumah neneknya jenis buaian spring, jadi mama baby taknak baby masuk dalam buaian dalam usia 1 bulan lebih. Mama baby pernah terbaca risiko baby masuk buaian spring baby kan masih fragile.

Masa usia 2 bulan baby kami aqiqah + buai berendoi. 1st time lah baby kami masuk buaian. Buaian jenis hayun.

Inilah buaian yang disewa RM 450 after nego. Ada 2 sebab sepupu baby kami pun join sama aqiqah + berendoi.

Bila ke rumah neneknya, baby kami dimasukkan ke dalam buaian yang sedia ada. Mula-mula dulu baby kami tak suka berbuai akan menangis minta dukung keluar buaian.

Opah baby pun ada suruh beli buaian masa opah baby jadi pengasuh sementara bulan lepas. Wife aku buat tak tahu je takde plan lagi nak beli.

Masa raya haji minggu lepas bermalam rumah neneknya. Bila masuk buaian dodoikan dengan selawat sekejap je baby dah lelapkan mata. Tido pun agak lama sampai berjam-jam jugak.

Kami pun plan nak beli buaian. Wife aku kata beli kedai perabot ada jual buaian baby. Tapi kami takde masa nak pergi kedai. Lepas raya dah pergi ke Kuala Terengganu bercuti bersama family.

Survey online kat Lazada dan 11street. Macam-macam harga ada bergantung pada buaian stand dan buaian elektrik.



Di Lazada Premium Baby Safety Spring Cot Stand(Epoxy) Multi Colour With Roller With Cradle Net (Random Color) + POLO AUTO CRADLE (1 YEAR WARRANTY) RM 269.00 + postage RM 15.50 = RM 284.50. Product is not eligable for voucher. Mahal sangat pun.



Di 11street pakej buaian dan seller yang sama selepas tolak kupon diskaun, credit, Bcard point RM 176.76.
Kami dah order di 11street pada 19/09/2016. Buaian dah sampai hari ni 22/09/2016 by ABX. Kami dah pasang dah buaian, baby dah rasmikan buaian stand yang biasa, kami tak pasang lagi buaian elektrik, hold dulu tunggu baby besar.

Hari ini baby tak tido lama dalam buaian sebab kurang sihat. Semalam baby kurang tido, muntah susu di malam hari sehingga ke pagi. Wife pun terpaksalah berjaga sepanjang malam jaga baby yang susah nak tido. Ada baby ni umpama peribahasa "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". Masa masih baby memang banyak jugak dugaan dan cabaran menjaga baby ni, Inshaallah semoga dipermudahkan urusan bila baby dah besar, boleh bercakap senang boleh tahu dia sakit apa.

Bila ada baby ni merasa kami "Tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak kenyang". Mana taknya baby kami meragam, bila nak mandi dan nak makan dah merenggek dan menangis. Terpaksalah cepat-cepat mandi dan makan.











0 comments:

Post a Comment