https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Friday, 17 June 2016

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersama Saharul Ridzwan

Ketuk-ketuk Ramadan 2016 bersiaran di Tesco Kota Bahru bersama Sahrul Ridzwan @ Saharul Ridzwan.


Salsa Ikan Dori - Sheila Rusly

Bahan-bahan:
Ikan Dori diperap dengan garam, lada hitam dan perahan lemon
Tomato dibuang biji dan dipotong dadu
Bawang besar dipotong dadu
Daun Ketumbar
Cili padi

Cara memasaknya:
Panaskan minyak dan goreng ikan dori. Jangan goreng terlalu lama kerana ikan dori cepat hancur. Angkat dan potong dadu.

Masukkan tomato ke dalam mangkuk, daun ketumbar, cili padi, perahan lemon dan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan dori gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.



Laksa Kelantan - Sahrul Ridzwan @ Saharul Ridzwan

Bahan-bahan:
Ikan Selayang @ Sardin - rebus kemudian isinya ditumbuk @ diblender
Air rebusan ikan
Asam keping
Serbuk Lada hitam
Santan
Belacan
Laksa Kelantan

Bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Halia

Cili padi - ditumbuk tambah garam dan gula

Cara memasaknya:
Masakkan santan, masukkan ikan, bahan kisar, air rebusan ikan, asam keping, belacan, garam secukup rasa, serbuk lada hitam. Sedia untuk dihidangkan bersama laksa.




0 comments:

Post a Comment