https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Friday 29 April 2016

Persiapan Terakhir Menyambut Baby

Tinggal lagi 15 hari baby kami bakal dilahirkan Insha'Allah jika baby ikut EDD 15.05.2016. Persiapan terakhir kami beli barang keperluan ibu dan baby yang masih pending. Kebanyakan beli secara online. Malas nak pergi shopping mall dan outlet baby terdekat. Beli online senang ikut budget yang sedia ada. Kami pun bayar guna online banking dan debit card so takdelah tersasar ikut pada baki cash yang kami ada jela.

Wife ada cadang nak pergi ke TCE Baby Expo di SACC Mall berdekatan dengan PKNS Shah Alam pada minggu lepas 22 - 24 April 2016, tapi tak kesampaian disebabkan kekangan kerja dan masa yang terhad. Lagipun wife macam berkira-kira budget nak ke sana. Masa tu budget terhad sebab belum gaji lagi, jika ada barang yang berkenan tapi budget takde takut kempunan pulak nanti hehe.


Disebabkan tidak dapat menjejakkan kaki ke TCE Baby Expo di SACC Mall, kami membeli keperluan ibu dan baby secara online. Kami tak beli secara harung tapi secara peringkat-peringkat. Yang mana ada offer, kami grablah peluang tersebut. Bukan senang nak dapat penjimatan dalam berbelanja sekarang ni. Kebanyakkan harga barang makin mahal dan GST lagi terasa jugaklah semasa membayar.



Anugerah Tungku Herba Batu Lava RM 37.09 beli di 11street.my. Didoakan dengan 30 juzuk al-quran serta ayat-ayat pilihan. Tungku Batu Herba Anugerah baik untuk melancarkan peredaran darah, merehatkan otot tubuh dan membuang angin dari dalam badan. Ia dirumus khas dari herba tradisional dan ditenagakan lagi dengan doa-doa dari kalam suci Al-Quran yang selama ini menjadi rahsia di dalam perubatan Islam. Batu yang digunakan di dalam Tungku Herba Anugerah ini adalah batu lava gunung berapi yang berperanan seperti magnet yang boleh membantu melancarkan pengaliran tubuh badan dan mempunyai ketahanan kepanasan yang lama

Pensonic Toaster Oven RM 72.40 beli di 11street.my. Kegunaan semasa berpantang mudah untuk bakar ikan. Tak terlalu besar sesuai untuk kegunaan keluarga. Kat rumah mentua di kampong pun guna Pensonic Toaster Oven semasa adik ipar @ adik wife berpantang.

Set berpantang Tanamera RM 271.15 beli di Lazada. 1 x Cold Pressed Virgin Coconut Oil, 1 x Brown Formulation Soap 1 x Herbal Massage Oil  1 x Feminine Herbal Wash 1 x Herbal Bath (14 packets) 1 x Firming Herbal Blend Paste  1 x Bengkung (Abdominal Wrap) 1 x Calming Herbal Blend Paste  1 x Herbal Tea  1 x Boreh Body Scrub.



Autumnz - Home & Car Bottle Warmer dan 2-in-1 Electric Steriliser & Food Steamer Lilac RM 130.40 beli di 11street.my. Untuk kegunaan baby kami semasa berpantang dan lepas pantang. Mudah untuk IBM.


Anugerah Tungku Herba Bayi dan Minyak Kelapa Dara D'Aura Virgin Coconut Oil 100 ML (2 Bottles) RM 88.51 beli di 11street.my. Kandungan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi,  Batu lava gunung berapi, Ekstrak sirih, Daun kantan, Daun pandan


Autumnz Serene Convertible Double Electric / Manual Breastpump RM 357.06 di 11street.my. Mula-mula wife cadang nak beli Autumnz Passion Convertible Double Electric / Manual Breast pump, harga after less kupon diskaun RM 260++ tapi wife aku tertarik dengan Autumnz Serene sebab nampak lebih cute. Sebelum beli Breastpump ini wife tunjuk kat aku. Aku tengok harga pun mahal aku cakap suka hati nak beli mana. Aku malas nak layan. Wife aku cakap Autumnz ni consider murah ada breastpump harga RM 1K++ Medela Freestyle Double Electric Breastpump. Wife aku cakap ada suami yang sanggup belikan untuk wife yang harga RM1K++ tu. Aku memang tak sangguplah. Breastpump Autumnz wife guna duit sendiri memang aku tak sponsor.

Tommee Tippee Closer to Nature Helthcare Set RM 101.15 beli di Lazada. 1 x digital oral thermometer, 1 x nasal aspirator, 1 x toothbrush, 2 x emery board, 1 x nail clippers, 1 x scissors, 1 x brush, 1 x comb. Wife pun ada dapat freegift Tommee Tippee nail clippers semasa beli baju baby Mothercare.

Tropika Baby Set - Citronella Oil / Lavender oil / Herbal Krim / Mandian Rose RM 68.00 beli di 11street.my.

Tropika Krim Herba Bayi
Membantu melancarkan pernafasan (tidak panas semasa/lepas sapu)
Sesuai Merawat 
Bayi yang kembung perut
Batuk/Selsema 
Lelah (Asthma)
Semput Nafas
Kahak (Phlegm)

Tropika Baby Oil (Lavender) 30ml
Sesuai untuk kulit sensitif 
Mandian natural Lavender 
Baby hair & body oil Lavender berkesan untuk menyembuh serta melindungi kulit si manja disamping melebatkan rambut 
Tidak mengandungi steroid/parabens
Bahan utama ialah minyak kelapa dara 

Tropika Citronella Oil 30ml 
For sensitive skin 
Menyembuh luka luka kecil 
For jerawat,panau,parut,kulit bersisik melecur dan tumit pecah
Menyihat dan melebatkan rambut 

Tropika Mandian (Rose) 230ml  x 1

Tropika Baby Herbal Cream x 3 Bottle Expiry Date August 2017 Limited Unit Promotion RM 67.40 beli di 11street.my. Kami beli extra Tropika Krim Herba Bayi senang untuk kegunaan baby kami nanti. Kami akan beli di 11street menggunakan kupon diskaun yang masih ada.

Rata-rata harga kami beli di online sama ada 11street.my dan Lazada lebih jimat kerana ada kupon diskaun berbanding beli secara offline.

Rasanya hampir lengkap keperluan ibu dan baby kami untuk berpantang dan selepas pantang.

Kalau ada keperluan penting yang kami terlupa nak beli bolehlah bagi komen. Kami pun bukannya ada pengalaman membeli keperluan ibu dan baby sebab kami bakal dapat anak pertama setelah usia perkahwinan kami 3 tahun.

Jika ada tempat lain yang menawarkan harga lebih rendah daripada yang kami beli sekarang ni bolehlah berkongsi dengan kami.

0 comments:

Post a Comment