Kemalangan ni dah lama sebenarnya pada Disember 2014. Aku dan wife kemalangan melibatkan motorsikal semasa kami pulang dari membeli barang. Semasa kejadian hujan, aku tak nampak ada lubang pada jalan raya. Sejurus terlanggar lubang aku gagal mengawal motorsikal dan kami terjatuh. Aku cedera di kaki seperti gambar. Berlubang jugaklah kaki aku tu masa kemalangan tersebut. Alhamdulillah wife aku tak mengalami luka hanya Lebam di lengan dan trauma. Yela 1st time terlibat dengan kemalangan.
Semasa kejadian nasib baiklah kurang kereta. Alhamdulillah ada pegawai JKR yang berhenti dan cuba menghulurkan bantuan yang perlu. Pegawai JKR tersebut bersama anaknya perempuannya. Pegawai JKR ada offer nak menghantar kami ke klinik tapi aku menolak. Bukan jual mahal tapi aku tak sanggup nak tinggalkan motor lagipun segan lah jugak menumpang dalam keadaan baju basah lenjun. Pegawai JKR menghulurkan RM 50 untuk rawatan di klinik.
Setelah berehat di bahu jalan, kami meneruskan jugak perjalanan walaupun dalam keadaan sakit aku gagahkan jugak membawa motorsikal dan menuju terus ke klinik. Setelah mendapatkan rawatan di klinik aku terus pulang ke rumah mak. Mak aku bising jugaklah sebab kemalangan taknak bagitahu mak. Kami taknaklah susahkan sesiapa sebab bagi kami hanya kemalangan biasa.
Aku mendapat MC selama 5 hari, 2 hari MC di klinik dan 3 hari MC di hospital. Aku memang tak puas hati sebab keadaan jalan menyebabkan aku dan wife kemalangan. Aku dan wife mencari jalan untuk membuat aduan pada JKR dan membuat tuntutan ganti rugi fizikal dan kenderaan. Sayangnya jalan tersebut bukan jajahan JKR tapi MBPJ. Wife aku terus menelefon MBPJ, menghantar surat rasmi berserta bukti kecederaan, surat MC, laporan polis, dan bil baik pulih motorsikal aku. Kami menghantar secara terus kepada MBPJ di tingkat 13 Jabatan Kejuruteraan. Setelah mengisi boring tuntutan ganti rugi, ada dokumen lain yang masih tidak lengkap iaitu Geran motorsikal dan insurans. Wife saya yang tolong hantarkan.
Masa terus berlalu tanpa maklum balas dari MBPJ untuk beberapa bulan. Aku pun malas nak telefon selalu MBPJ ni. Akhirnya aku mendapat panggilan telefon dari person in charge MPBJ seorang lelaki. Namun setelah beberapa lama senyap jela person in charge ni. Wife aku pun cakap tak payah nak mengharap sangat ada rezeki adalah.
Pada awal tahun MBPJ call aku semula tapi person in chargenya perempuan. Person in charge tersebut bagitahu kes aku ni dah lapuk tapi masih ada harapan untuk meneruskan tuntutan ganti rugi. Wife akulah yang berjumpa Person in charge tersebut untuk menyerahkan dokumen sokongan yang diperlukan seperti rekod perubatan klinik dan Salinan buku bank sekali harung semasa dia pergi maternity check up di PPUM.
Alhamdulillah aku berjaya mendapat tuntutan ganti rugi sebanyak RM 1657.30 untuk tuntutan kerosakan kenderaan RM 301.30 dan kecederaan fizikal RM 1356.00. Bayaran tersebut bukan dibuat oleh pihak MBPJ tapi dari Takaful Malaysia. Wife aku lah yang bagitahu sebab masa dia hantar Salinan buku bank aku dia kena tandatangan pada borang Takaful Malaysia. Rezeki anak kami menunggu lebih 1 tahun lebih. Alhamdulillah dapat jugaklah untuk keperluan baby kami yang bakal lahir tak lama lahir inshaallah.
Kalau ada yang terlibat kemalangan seperti aku ni bolehlah membuat tuntutan kecederaan fizikal dan kenderaan. Sebagai pengguna jalan raya kita pun ada hak sebab kemalangan bukan berpunca dari kecuaian tapi faktor keadaan jalan raya juga penyebab berlakunya kemalangan.
0 comments:
Post a Comment