https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday 21 January 2016

Yassin Dan Doa Harian

Hari ni wife order Yassin dan Doa Harian. Wife aku ni jenis pantang goggle ada je la benda yang dia nak beli. Nasib baiklah dia cari harga yang murah. Wife order Yassin 100pcs (RM 45.00) + Doa Harian 100pcs (RM 45.00) + Postage (RM 25.00) = RM 115.00. Boleh tahan murahkan harga 1 pcs Yassin / Doa Harian termasuk postage RM 0.60. Bolehlah dijadikan doorgift untuk majlis yang akan datang. Jika ada rezeki Insha'Allah boleh dijadikan door gift untuk majlis aqiqah anak kami. 
 
Wife beli design di bawah di Yassin Custom Made. Wife order melalui whatsapp lagi mudah dan cepat respon dari seller. Alhamdulillah dah selamat order dan payment pun dah buat in full. Seller akan poskan pada 3hb February. Harap-harap selamat sampai ke alamat mentua di kg. Wife guna alamat kg sebab majlis akan datang buat kat kg.
 

 
Harga promosi Yassin / Doa Harian RM 0.45 sehingga 30/01/2016. Pengeposan pada 03/02/2016.
 
Kalau korang nak order banyak lagi design yang ada di sana. Boleh tempah sekali box + tasbih + sticker jika ada lebih budget.
 
Harga yang wife dapat melalui whatsapp. Harga mungkin akan berubah dari semasa ke semasa, korang kena tanya seller. Harga di bawah ini rasanya valid semasa promosi. 
 
Yassin / Doa Harian + sticker : RM 0.65
Yassin / Doa Harian + box : RM 1.05
Yassin / Doa Harian + sticker + box : RM 1.25
Yassin / Doa Harian + tasbih : RM 1.35
Yassin / Doa Harian + tasbih + box : RM 1.95
Yassin / Doa Harian + sticker + box + sticker : RM 2.15
 
 


 
 
Sticker pun boleh tempah dari sana.
 
 
Kami order Yassin dan Doa Harian tanpa box sebabnya packaging buat sendiri. Maybe beli brown paper yang pisang goring, letak doily paper, riben dan sticker siap. Sticker kami tak order sebabnya kami pun belum pasti lagi nak guna Yassin dan Doa Harian untuk majlis apa. Ada rezeki anak Insha'Allah May 2016, dah bagi nama bolehlah buat sticker untuk Majlis Aqiqah dan Kesyukuran. Nak save budget beli A4 sticker dan print sendiri hehe...

 

0 comments:

Post a Comment