https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday 21 January 2016

Bantu mak ayah dengan online

Sekarang ni semua benda banyak yang online. Bantu mak ayah pun online jugak. Bertuah punya anak-anak zaman sekarang. Tiba-tiba mak ayah call bagitahu barang dah sampai, sampaikan satu tahap mak ayah tanya dah takde barang lagi ke order untuk kg. Mana taknya order barang bukan sekali harung. Lagipun pakat beli dengan adik beradik, lagi ramai adik beradik lagi banyak barang sampai di kg.
 
Barang keperluan seperti sabun pencuci kain, order dari 11street. Biasanya melalui seller soukai.my. Nape order online sebabnya Soukai bagi free postage bagi order RM 99.00 ke atas. Murah sangatke order kat 11street. Kat 11street banyak kupon diskaun dan harga di sana berpatutan semasa promosi dan postage door to door so mak ayah tunggu courier sampai sign dan boleh buka kotak hehe. Tugas mak terus simpan barang biasanya order stok setahun hehe...
 
Breeze Liquid Detergent Colour Care 4.4kg beli 6 sekali gus boleh guna untuk setahun RM 105.42 / 6 = RM 17.57. Harga macam ni biasanya dapat masa promosi di Econsave / Tesco. Tapi beli di 11street online lagi jimat sebabnya tak perlu keluar rumah, jimat masa, minyak dan jimat duit dari tersasar beli add on item hehe...
 
 
Air kotak pun order di 11street, seller soukai.my Seasons NutriWell Winter Melon, Seasons Ice Tea Lemon, Seasons NutriWell Soya Bean RM 91.37 / 7 = RM 13.05. Walaupun bukan kategori barang keperluan apa salahnya beli buat basah tekak mak ayah kat kg. Kalau ada tamu / anak-anak buah yang datang tak sempat nak masak air boleh hidangkan terus air kotak. Kalau pergi jalan-jalan jauh air kotak lagi mudah di bawa, tak perlu lagi singgah ke kedai.

Sunlight Dishwash Liquid Lime 1L dan Seasons Ice Lemon Tea 250ml x 24 (CNY) order di 11street, seller soukai.my RM 77.84. Sunlight Dishwash Liquid Lime 1L beli sekali harung 12 botol untuk kegunaan setahun jika mak jenis berjimat cermat. Kalau wife aku satu botol tahan 1 - 2 minggu, cuci pinggan mangkuk selagi boleh guna dishwash banyak-banyak. Seasons Ice Lemon Tea 250ml x 24 (CNY) beli lagi buat tambahan sebab tengah offer Shocking Theme RM 12.88/carton. Stok available masa place order ada 4 carton tapi beli 2 carton lagi sebab sebelum ni dah beli 2 carton.
 
 
Selain itu boleh juga bantu mak ayah di kg / di mana saja dengan membayar bil utilities yang ada. Bukan susah pun tanpa ada salinan bil pun boleh bayar bil yang penting ada bill account number kan. Bayaran bil boleh dibuat melalui Maybank2u etc.
 
Bayaran di atas ni untuk anggaran 1 tahun punya bil. Dalam RM 720 setahun anggaran bil bulanan RM 60.
 
Bil air RM 200 setahun anggaran bil bulanan RM 20. Baki tahun lepas yang terlebih bayar masih ada dalam RM 40. So bolehlah cover bil sepanjang tahun 2016. Jika ada tambahan penggunaan melebihi anggaran bil RM 20 boleh top up kemudian.
 
Bil TNB RM 500.00 setahun anggaran bil bulanan RM 40.00. Bayar lebih RM 20.00 untuk cover jika ada tambahan penggunaan melebihi anggaran bil RM 40.
 
Bil Telekom RM 120 setahun anggaran bil bulanan RM 10.00. Kenapa RM 10 sebulan sebab mak ayah sekarang guna handphone so bil telekom takdelah tinggi macam orang bercinta hehe.
 
Shampoo, Ubat Gigi dan Sabun beli kat Guardian online. Untuk kegunaan mak ayah kat kg jugak. Stok setahun jugak. Motif order Shampoo Dove & Clear sebab order above RM 99.00 dapat free Pyrex Plate dan La Gourmet Lunch Box. Dapat E-Stamps lagi untuk redeem Bag Garfield.
 
  
 
Garfield Exclusive 18' Trolley Luggage Bag berjaya diredeem untuk kegunaan mak ayah untuk travel. Bertuah punya dapat anak yang masih berperangai kanak-kanak Ribena ni hehe...
 
Selain boleh bagi duit poket bulanan sama ada secara tunai / online banking, banyak cara untuk bantu mak dan ayah kan. Dengan adanya online lagi memudahkan kita untuk buat pilihan dan menjimatkan masa dan tenaga. Kekangan masa untuk berulang ke kg yang jauh di mata boleh dipermudahkan dengan adanya online shopping dan online banking. So takde alasan lagi untuk membantu mak ayahkan.

0 comments:

Post a Comment