https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday 10 September 2015

11street Kupon Diskaun September 2015 up to RM 300

Ini kupon diskaun pada 11-09-2015 bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang. Kupon diskaun ni up to 50% diskaun @ maksimum diskaun RM30 jer. So tips untuk penjimatan 50% @ RM30 korang belilah barang berharga maksimum RM60. Kalau free shipping memang dapat maksimumkan diskaun tu. Kalau ada postage korang tambahlah kos postage.
 
Contohnya kalau korang beli Tupperware Rock N Serve Rectangular Set (2) 600ml purple ni RM 56.00 less kupon diskaun 50% at RM 28 so korang kena buat payment RM 28 + postage RM 7.00 = RM 35.00. Gila kentang murahkan, harga member pun takkan dapat semurah ni. Kalau korang tak percaya cuba Tanya ahli Tupperware hehe... Wife suka Tupperware Rock N Serve Rectangular Set sebab senang untuk simpan lebihan makanan masuk dalam frozen bila nak makan kuarkan dan frostkan dengan microwave. Memang sesuai bagi wife yang bekerja macam wife aku hehe.
 
Wife aku memang dah ada stok Tupperware Rock N Serve Rectangular Set, yang kelakarnya bila aku Tanya wife, dia bagitahu dia beli kat kedai RM 2. Kedai RM 2 la jenama Tupperware. Wife aku memang bertuah pandai cover sebab aku kuat bising bila dia bawa Tupperware balik rumah. Tapi wife aku memang tak insaf2. Pantang aku bagi duit jer memang lebur ke 11street. Alasannya ada kupon memang jimat shopping. Betullah memang boleh berjimat tapi nak mendownload kupon diskaun ni memang payah sebab bukan sorang dua yang menunggu. Kupon diskaun ni 500 setiap jam pun habis dalam masa berapa second jer. Ikut rezekilah yang mana dapat tahniah. Yang tak dapat cuba jam kemudian. Yang mana dah dapat taknak guna sharelah dengan orang lain. Sama-sama dapat manfaatkan.
 
Macam wife aku ni kalau dapat kupon diskaun dia suka share bagi adik dan family dia. Untuk adiknya dia belikan diaper. Untuk mak ayah dia kat kampong beli groceries dan makanan kucing sampai 8kg. Boleh panggil kucing-kucing sekampung buat potluck hehe.
 
 
Kucing kat umah aku ni ada sekor umur 2 tahun + 3 ekor anak kucing umur 1 1/2 bulan, makanan kucing wife dah  belikan stok 8kg Prodiet. Kucing aku memang bertuah bukan nak makan walaupun wife aku belikan tempat makanan kucing yang boleh bercakap masa time makan lunch hour pukul 1 tengah hari. Kucing aku tu buat donno jer bila mesin tu panggil nama dia "Kiki, makan, Kiki, makan, Kiki, makan". Wife akulah bertuah sangat ajar kucing makan udang rebus pantang jer dengar buka peti sejuk kucing datang minta masakkan udang. Aku memang kuat bising kat kucing aku "Kiki" tu makan nak mewah, Prodiet taknak makan sampai aku bagi lebihan Prodiet yang tak abis pada kucing gelandangan. Kucing aku tu ada tempat cakar tapi favourite tempat cakar kuku dia luggage wife aku. Abis jahanam luggage wife aku hehe. Nasib baik rumah kami takde sofa PVC / Fabrik kalau tak mesti dah ke laut hasil cakaran kuku dia.  
 
Kupon diskaun ini sepanjang bulan September 2015. Bermula 1 September sehingga 30hb September 2015. Amat menarik kupon yang ditawarkan.
 
5000 credit bernilai RM 1 setiap hari bermula 12.00 malam. Tapi make surelah korang check in dengan verify no handphone korang dulu untuk 1st time check in. Then hari2 seterusnya korang login dan check in. Untuk maklum korang credit RM 1 korang make sure check in pukul 12.00am itupun memang cepat habis. Dalam masa 1 minit - 3 minit credit RM 1 ni abis. Korang bayangkan betapa banyaknyalah pengguna 11street ni. Kalau korang Berjaya setiap hari check in RM 30 lah kredit yang korang Berjaya dapat. Kredit ni valid 14 hari selepas download.
 
50% kupon diskaun @ maksimum RM 50 terhad 1000 kupon sahaja, check in pada hari ke 11 that mean hari ni 11-09-2015. Kupon ni 12am within berapa second dah finish. Ramai jugak yang mengadu dapat kupon tapi takde dalam akaun dorang. Ntahlah tak tahulah 11street ni betul2 nak bagi kupon diskaun atau scam hehe. Bersekang mata nak tunggu 12.00am tapi hampagas...
 
99% kupon diskaun @ maksimum RM 99, check in pada hari ke 22 that mean hari ni 22-09-2015. Kupon ni 12am rasanya with 1 second dah finish sebab limit 300 kupon sahaja. Selamat Berjaya.
 
Kredit 300 @ RM 300 pula check in pada hari terakhir 30-09-2015. Kupon ni terhad kepada 11 kupon sahaja. Kena check in bermula 9.00 pagi dan kena verify no handphone. Selamat Berjaya.
 
Banyak lagi kupon diskaun di 11street. Ada kupon 50%, 30%, 20%, 11%. Korang kena rajinlah tengok2 website dorang / facebook dorang. Korang kena sabarlah untuk download kupon diskaun ni. Untuk makluman korang bukan senang nak dapat kupon-kupon diskaun ni. Pengguna 11street pun makin hari makin bertambah peluang nak dapat memang semakin rendah.
 
Macam wife aku pengguna setia 11street. Bukan sebab terapi mata untuk tengok katalog barang tapi sebab kupon diskaun memang ada penjimatan. Macam wife aku ni bukan saja suka beli Tupperware murah kat 11street jer tapi dia suka belikan diaper macam huggies, mamy poko, petpet pada harga yang rendah serendah RM20/pek.
 
Wife aku akan pilih diaper yang berbaloi untuk dibeli. Contohnya Huggies Diaper Pants Dry Super Jumbo Pack L 50 + 6 x 3 = RM 95.90 free postage. Bila wife ada kupon diskaun contohnya diskaun 30% = RM 28.77. Wife dah lama jadi member 11street setiap bulan ada kupon 11%, so RM 95.90 - RM 28.77 - (additional 11% RM 7.38) = RM 59.75 the final payment.  RM 59.75/3 = RM 19.91/pek. Jimatkan jenama boleh tahan mahal boleh dapat lebih kurang RM 20.00/pek. Gila kentang murahkan memang dapat berjimat.
 
Baru-baru ni wife ada belikan Mamypoko Diaper Pants Easy Fit S 56+4pcs x 4.
Mamypoko Diaper Pants Easy Fit S 56+4pcs x 4. = RM 119.00free postage. Bila wife ada kupon diskaun contohnya diskaun 30% at maksimum RM 30. Wife dah lama jadi member 11street setiap bulan ada kupon 11%, so RM 119.00 - RM 30.00 - (additional 11% RM 9.79) = RM 79.21 the final payment.  RM 79.21/4 = RM 19.80/pek. Jimatkan mamypoko jenama boleh tahan mahal yang boleh buat mamypokai boleh dapat lebih kurang RM 20.00/pek. Gila kentang murahkan memang dapat berjimat. Mamypoko S ni sesuai untuk newborn / baby yang kecik sebab adik ipar aka adik wife mengadu kecik tak sesuai dengan anak dia yang umur setahun lebih. So next time repeat order Huggies Diaper Pants Dry Super Jumbo Pack M jela. Yang Mamypoko buat stok untuk anak buah yang bakal lahir awal tahun depan hehe.
 
 
 
Beli Dynamo Liquid Detergent Complete 4.4kg (buy 4 free postage). Jimatkan buat stok laundry hehe. Jika ada kupon diskaun + kredit dalam akaun 11street RM 65.54 final payment. Kalau pakat beli dengan kawan RM 16.38/botol. Kalau nak untung jual RM 20.00/botol pun consider masih murah kan. Bila barang dah sampai confirm order RM 4.00 akan dikreditkan ke akaun boleh digunakan untuk next purchase. Kalau amik kira kredit yang akan dapat harga Dynamo ni RM 15.38/botol. Gila kentang murahkan kat Tesco, Econsave pun tak dapat harga semurah ni hehe... 

Wife aku prefer beli kat SOUKAI.my ni sebab delivery guna Citylink. Biasanya within 1 week dah sampai pada penerima. Sebab dah biasa beli kat sana rasa lebih secure. Masa kenduri sepupu belah wife sponsor air mineral beli kat 11street SOUKAI.my sellernya. 5 Carton Ice Mountain Natural Mineral Water 600ml x 24 masa wife beli bulan 7 lepas RM 34.46 after less kupon diskaun dan kredit. 1 carton RM 34.46/5 = RM 6.90/carton = RM0.30/botol. Jimat gila buat goodies bag dan minuman atas meja tetamu yang datang.


Jom jadi pengguna 11street bolehlah berjimatkan. Bolehlah beli barang keperluan korang jangan ikut nafsu nanti memang lebur duit kat 11street.

0 comments:

Post a Comment