https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Friday, 10 July 2015

Ketuk-Ketuk Ramadan 2015 #24 Bersama selebriti undangan Ayda Jebat

Bersiaran di Tesco Mutiara Damansara, Bersama selebriti undangan Ayda Jebat

Ekor masak kari Sheila Rusly

Bahan-bahan:
Ekor direbus sehingga empuk
Ubi kentang
Daun kari
Halba campur
Asam keping
Serbuk kari
Serbuk cili

Bahan-bahan kisar:
2  biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara memasaknya:
Panaskan minyak, tumiskan halba campur, daun kari, bahan kisar sehingga naik bau, masukkan serbuk kari, serbuk cili dan air. Masukkan ubi kentang biarkan empuk.
Masukkan asam keping dan tulang. Garam secukup rasa.



Rendang telur mereput Ayda Jebat

Bahan-bahan:
6 biji telur rebus
Gula Melaka
Kerisik
Serai
Serbuk kari
Air asam
Garam gula secukup rasa


Bahan-bahan kisar:

Cili kering
Bawang merah
Bawang besar
Halia
Bawang putih

Cara-cara memasaknya:
Panaskan minyak dan goreng telur sehingga sempurna. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak, masukkan serai dan bahan kisar, serbuk kari, gula Melaka, gula, air asam, garam secukup rasa. Masukkan telur dan kerisik.

0 comments:

Post a Comment