https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Wednesday, 1 July 2015

Ketuk-Ketuk Ramadan 2015 #15 Bersama selebriti undangan Siti Elizad

Bersiaran di Tesco Klang, Bersama selebriti undangan Siti Elizad

Cencaru sumbat tempoyak Sheila Rusly

Bahan-bahan:
Ikan cencaru dibelah belakang diperap garam dan kunyit
Tempoyak
Cili padi - dikisar
Cili merah - dikisar
Bunga kantan - dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya:
Masukkan tempoyak, cili kisar, bunga kantan. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
Sumbatkan tempoyak ke dalam ikan.
Panaskan minyak dan goring ikan tadi.

 
 
Dalca Ayam Siti Elizad
 
Bahan-bahan:
Ayam
Kacang Dhal yang telah direbus
Cili giling / cili kisar
Bawang putih
Serbuk kari
Bawang besar
4 sahabat - bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, cengkih
Cili hijau
Santan
 
Cara memasaknya:
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar.
Masukkan cili giling sehingga masak, masukkan serbuk kari, masukkan sedikit air. Gaul sebati.
Masukkan ayam, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, cengkih, garam secukup rasa sehingga ayam empuk. Masukkan kicap lemak manis.
Masukkan santan, masukkan kacang dhal. Masukkan cili hijau. Siap untuk dihidangkan bersama nasi, roti.
 
 
 
 
 
 
 

0 comments:

Post a Comment