https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday, 12 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - Peria Goreng Udang Kering, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Jus Lobak Merah dan Oren

Hidangan yang disediakan bertemakan masakan kampung...sedap dan menyelerakan.


PERIA GORENG UDANG KERING

Tumis-tumis Ramadhan Chef Sabri
Bahan-Bahan:
Peria hijau – dibuang biji dan hiris bulat


2 ulas bawang putih

4 sdm minyak masak
2 ulas bawang merah
1 sdm udang kering
3 biji cili merah
Kunyit
Halia
2 biji telur ayam
Serbuk perasa – secukup rasa
Garam secukup rasa
 
Bahan dikisar:
Cili padi
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit
Sedikit halia
Udang kering
Sedikit minyak
 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan bahan-bahan dikisar serta tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan peria kacau hingga peria hampir masak.
  3. Pecahkan telur, kacau hingga telur hampir kering ( Scramble )
  4. Akhir sekali masukkan bahan perasa.
  5. Siap untuk dihidang, hias dengan buah tomato.
 
ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI
 
Tumis-tumis Ramadhan Chef Sabri
Bahan-Bahan:

Ikan tenggiri – dipotong 4
minyak masak
Daun kesum
Asam keping (Asam Gelugor)
Bunga kantan
2 lit air
3 sdm pes cili
serbuk perasa
Garam secukup rasa
2 biji buah tomato – dipotong 6
 
Bahan Yang Dikisar:
2 ulas bawang putih
5g halia
3 ulas bawang merah
3g belacan
2g kunyit segar
4 biji cili padi
Sedikit air
 
 Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, dan bahan yang telah dikisar serta kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air. Kacau dan biar hingga mendidih.
  4. Masukkan daun kesum, bunga kantan, serbuk perasa, asam keping, dan serai(dititik) kacau hingga rata.
  5. Kemudian masukkan ikan dan buah tomato, tutup periuk serta biar beberapa minit.
  6. Siap untuk dihidang , hias dengan daun ketumbar.
Tips:
Ikan jangan dimasak terlalu lama maksimum 4 minit
Asam Pedas seeloknya pekar.
 
JUS OREN DAN LOBAK MERAH
 
Tumis-tumis Ramadhan Chef Sabri
Bahan-bahan
3 biji buah oren- dibuang kulit
2 btg lobak merah – dibuang kulit dan dipotong dadu
3 sdm Gula
Ais
 
Cara membuatnya:
  1. Masukkan buah oren dan lobak merah ke dalam mesin pengisar , kemudian kisar hingga halus.
  2. Kemudian tuang ke dalam gelas dan masukkan gula, kacau.
  3. Masukkan sedikit ais.
 

1 comment: