Sunday, 13 July 2014

Tumis-tumis Ramadan Chef Sabri - Kerabu Pucuk Paku, Ikan Patin Masak Tempoyak, Terung Goreng Belacan

KERABU PUCUK PAKU



Bahan-bahan:
Pucuk paku -dicelur
1 sdk udang kering- dicincang @ ikan bilis
2 ulas bawang merah – dihiris halus
1 btg serai – dihiris halus
1 sdm kerisik kelapa @ kelapa yang digoreng
½ cawan santan pekat
3 biji cili merah- dihiris halus
cili padi -dihiris
Sedikit air limau nipis/lemon
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
  1. Masukkan pucuk paku, bawang merah, bawang putih, udang kering, cili padi dan cili merah, kemudian gaul hingga rata.
  2. Perahkan sedikit airlimau nipis atau lemon, masukkan serbuk perasa, garam, kelapa dan gaul sama rata.
  3. Siap dan sedia dihidang serta hias dengan hirisan lemon.
Tips:Untuk mengelakkan kelapa parut cepat masam / berbau dicampur dengan sedikit garam.Untuk bagi tahan lama simpan kelapa parut dalam peti sejuk dingin beku. 
IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
 
Bahan-bahan:
Ikan Patin – dibasuh dengan air asam
1 lit santan kelapa
3 sdm tempoyak
2 btg serai- dititik
2 keping asam keping
bunga kantan
daun kesum
2 lit Air
3 sdm minyak masak

Bahan Yang Dikisar:
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
5g kunyit segar
5 biji cili padi
4g belacan
5g halia

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk. Masukkan minyak masak, dan bahan yang dikisar, kemudian tumis hingga naik bau.
2. Masukkan air, daun kesum, bunga kantan, asam keping, serai, 3 sudu makan tempoyak dan kacau hingga mendidih.
3. Masukkan santan, bahan perasa, garam, gula, kemudian masukkan ikan patin, biar selama 4 minit.
4. Kemudianperahkan air limau nipis/lemon, hidang dan hias dengan daun kesum.
 
TERUNG GORENG BELACAN
 
Bahan-bahan:
3 biji terung- dihiris bulat
3 sdm minyak masak

Bahan Yang Ditumbuk/Kisar:
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sdk udang kering
2 biji cili merah
3g belacan

Cara membuatnya:
  1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk, tumis dan kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan terung dan udang kering. Kacau dan masukkan sedikit serbuk perasa dan gula.
  3. Masukkan garam secukup rasa, hidang dengan hiasan daun sup.
Tips:
Untuk mengelakkan terung menjadi perang, masukkan dalam air yang dicampurkan garam.


0 comments:

Post a Comment