Monday, 7 July 2014

Resepi Ketuk-ketuk Ramadan 2014 bersama Zoey Rahman - Udang Daun Kari, Sotong Sumbat

Bersiaran di Tesco Puncak Alam yang terbaru. Pada episod ini Sheila Rusly bersama Zoey Rahman, pelakon yang berasal dari Terengganu. Zoey Rahman ni tengah famous dengan cerita Tuan Rumah Pembantu Rumah.

Udang Daun Kari

Resepi Ketuk-ketuk Ramadhan 2014 bersama Zoey Rahman - Udang Daun Kari, Sotong Sumbat
Bahan-bahan
Udang dibersihkan tanpa membuang kulit
1 ½ labu bawang besar * kisar
1 inci Halia * kisar
1 biji telur
Gula
Garam
Daun kari dihiris halus
Rempah kari udang

Cara memasaknya:
  1. Telur dipukul dan ditambah gula dan garam secukup rasa, masukkan rempah kari, bawang kisar, daun kari gaul sebati. Masukkan udang dan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan udang yang diperap tadi dan angkat.

Sotong Sumbat
Resepi Ketuk-ketuk Ramadhan 2014 bersama Zoey Rahman - Udang Daun Kari, Sotong Sumbat
Bahan-bahan
Sotong
1 1/2 buku Gula Melaka
Pulut
Santan Pekat
Daun Pandan
Serai diketuk
Garam 

Cara membuatnya:
  1. Pulut digaul dengan santan dan sedikit garam. Kemudian sumbat pulut ke dalam sotong.
  2. Masukkan daun pandan dan sotong di dalam kuali dan masukkan santan. Masukkan gula Melaka, serai dan tambah air dan masak sambil dikacau selalu. Masukkan garam secukup rasa.



 

 

0 comments:

Post a Comment