Thursday, 3 July 2014

Menu Berbuka dan bersahur - Lempeng Kelapa, Sambal Hijau, Cucur Udang Ranggup dan Sup Soto Bergedil

Azam Ramadhan Episod 3 menayangkan resepi Lempeng Kelapa Sambal Hijau dan Cucur Udang ranggup yang disediakan oleh Su yang mendapat komen negative daripada anaknya rasa kertas sebab Su terlupa meletakkan garam dalam batter Cucur Udang yang dibuatnya  dan Cucur Udangnya juga terlebih masak nasib tak rentung jer... Tapi resepi tersebut masih boleh diguna pakai janji pandai adjust untuk menjadikan lebih sedap takdelah rasa kertas hehe....
 
Memang amat ringkas resepinya mudah cara penyediaannya.

 

Lempeng Kelapa dan Sambal Hijau

Bahan-Bahan Membuat Lempeng
Telur
Mentega
Garam dan gula
Tepung gandum
Air
Kelapa yang diparut
Cili Hijau

Cara menyediakan lempeng
  1. Bancuhkan tepung bersama kelapa parut, pecahkan telur dan masukkan garam dan gula.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati
  3. Panaskan kuali dan sapukan mentega, masukkan satu senduk batter dan ratakan. Masak sehingga masak. Ulang sehingga semua batter tadi abis.

Lempeng Kelapa
 


Bahan-bahan sambal hijau
Ikan bilis
Minyak masak
Bawang Holland dipotong bulat
Bawang putih
Cili hijau
Garam
Serbuk perasa

Cara menyediakan Sambal Hijau
  1. Tumbuk cili hijau dan bawang putih.
  2. Gorengkan ikan bilis sehingga garing dan asingkan.
  3. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi menggunakan minyak ikan bilis
  4. Masukan bawang Holland, masukkan garam dan bahan perasa dan akhir sekali masukkan ikan bilis
Sambal Hijau


Cucur Udang Ranggup

Bahan-bahan
Tepung gandum
Udang
Sebiji telur
Air
Minyak masak
Marjerin
Daun kucai
Serbuk kunyit sebagai pewarna
Garam

 
Cara-cara membuatnya
  1. Hiriskan daun kucai
  2. Udang dipotong kecil
  3. Bancuhkan tepung bersama daun kucai, udang, telur, marjerin dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikt dan kacau. Masukkan serbuk kunyit sebagai pewarna.
  4. Panaskan minyak masukkan bancuhan tepung tadi, bentukkan satu persatu. Ulang hingga abis dan sedia untuk dihidangkan
Cucur Udang Ranggup




Sup Soto Bergedel

Bahan-bahan
Nasi Impit yang telah direbus dan dipoting kecil
Bihun yang telah digoreng dengan minyak panas

Bahan-bahan membuat bergedil
Kentang yang telah digoreng
Daun sup yang dihiris
Bawang goreng
Telur dipecahkan dan dipukul untuk menyalutkan bergedil
1 ulas Bawang putih yang telah diketuk
Daging yang telah direbus
Garam
Serbuk perasa
Lada sulah
Serbuk ketumbar
Daun sup

Cara membuatnya bergedel:
Potong daging, hiriskan halus daging rebus
Lenyekkan kentang
Masukkan daging yang telah dihiris, kentang lenyek, bawang putih, daun sup, bawang goring, garam, serbuk perasa, lada sulah dan serbuk ketumbar. Gaul semua bahan sehingga sebati dan uli dan bentukkan.
Panaskan minyak gorengkan bergedel telah dicelup dengan telur dan goring sehingga masak, angkat dan toskan.

 
Sup Soto
 
Bahan-bahan
Biji buah keras *
Halia *
Baawang putih * dikisar dengan sedikit air
1 biji Bawang besar hiriskan
3 batang serai diketukkan
Ayam bahagian dada / peha
Garam
Serbuk ketumbar
Kayu manis
Daun limau purut
Bunga lawang
Pelaga
Serai
Bawang besar
Stok ayam
 
Cara membuat sup soto
 
Didihkan air untuk membuat sup. Setelah air mendidih masukkan ayam,  Garam, Serbuk ketumbar, Kayu manis, Daun limau purut, Bunga lawang, Pelaga, Serai, Bawang besar dan Stok ayam. Angkat ayam yang direbus tadi dan goring kemudian rencekkan kecil-kecil.
 
 
Cara membuat sambal kicap
Bawang putih
Cili api
Kicap
Semua bahan dikisar
 
Bahan hiasan
Tauge yang telah dicelur
Kacang goring
Bawang Goring
Hirisan daun sup
 
Cara menghidangkan sup soto
Sediakan mangkuk, masukkan nasi impit, bihun yang digoreng, bergedel, bahan-bahan hiasan, sambal kicap dan sup soto. Sedia dihidangkan. Sesuai dijadikan juadah berbuka puasa dan berhari raya nanti.
 
Sup Soto Bergedel

1 comment:

  1. tergugat tengok lempeng kelapa n soto begedel tu...

    ReplyDelete