https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Monday, 14 July 2014

KFC TAKE AWAY - MENU BERBUKA PUASA GUNA VOUCHER KFC DARI TESCO DAN MARJERIN DAISY

Semalam memang bercadang nak belanja wife berbuka di luar. Wife takyah masak. Dalam fikiran sama ada nak makan sate kajang kat R&R dekat rumah atau KFC. Suruh wife buat pilihan tapi dia tak kisah mana-mana pun boleh. Masak di rumah pun boleh jugak. Akhirnya aku ajak wife pergi KFC lepas wife balik kerja. Wife jadi tukang beli KFC take away untuk berbuka guna voucher KFC yang ada dari Marjerin Daisy dan Tesco.
 
Guna 2 Voucher so total kena bayar untuk 2 set KFC RM 33.40.
 
Voucher KFC dari pembelian Marjerin Daisy 1 kg. Cashier tu cakap sepatutnya kena bagi dua keping no siri yang sama... Memang tak logic akal adaker KFC akan keluarkan 2 voucher dengan siri no yang sama. Lagipun voucher ni attached di atas tin marjerin Daisy dalam keadaan berlipat macam manalah nak Nampak no siri sama adaker patut nak kena beli 2 tin kosnya bertambahlah. Wife saya kata takde pun term and condition tulis macam tu dalam voucher ni. So cashier tu pun terima. Harap-harap KFC boleh beri penjelasan yang jelas pada staff pasal isu voucher dari Marjerin Daisy supaya customer tidak keliru.
 
Voucher dari Tesco memang takde masalah, cashier tak cakap apa-apa terus key in order.
 
 
Sajian KFC berbuka kami, 5 pcs Chicken Hot & Spicy, 2 (R) Whipped Potato, 6 pcs Kentucky Nugget, 1 (L) Coleslaw, 1 (L) Ice Lemon Tea, 2 (R) Carbonated Drink, Pepsi & Strawberry.
 
Kami makan 3 pcs Chicken untuk berbuka dan 2 pcs lagi untuk bersahur. Jimat jugaklah makan KFC dengan voucher ini dua orang sebab sebelum ni belum pernah lagi belanja wife makan di luar. Wife akan masak di rumah untuk berbuka puasa.

2 comments:

  1. Sekali sekala berbuka dengan fast food memang membuka selera....

    ReplyDelete
  2. Do you love Pepsi or Coca-Cola?
    ANSWER THE POLL and you could receive a prepaid VISA gift card!

    ReplyDelete