https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday, 29 July 2014

Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Amar Asyraf, Tesco Kepong, Daging Dendeng Minang, Murtabak Bujang Salami

Bersiaran di Tesco Kepong. Sheila Rusly bersama tetamu Amar Asyraf. Rajin betul Amar Asyraf bawa Waffle Maker dari rumah.

Resepi Daging Dendeng Minang

Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Amar Asyraf, Tesco Kepong, Daging Dendeng Minang, Murtabak Bujang Salami
Bahan-bahan
Daging - direbus dengan bawang putih, halia dan kunyit hidup yang ditumbuk. Daging yang telah direbus dihiris nipis.
Halia * ditumbuk untuk rebus daging
Kunyit Hidup  * ditumbuk untuk rebus daging
Bawang Putih * ditumbuk untuk rebus daging
Bawang besar * ditumbuk untuk menumis
Bawang besar * dihiris
300 gram Cili merah  dan cili padi dikukus * ditumbuk
Cuka

Cara membuatnya:
Panaskan minyak dan gorengkan daging yang telah dipotong nipis. Gunakan lebihan minyak yang digunakan untuk menggoreng daging tadi, tumiskan bawang besar yang dikisar, bawang besar yang dihiris, cili merah, garam dan gula secukup rasa dan sedikit cuka. Siap boleh dihidangkan dengan daging yang digoreng tadi.

Murtabak Bujang Salami

Ketuk-Ketuk Ramadan bersama Amar Asyraf, Tesco Kepong, Daging Dendeng Minang, Murtabak Bujang Salami
Bahan-bahan
Telur
Bawang - dicincang
Bawang kecil - dicincang
Daging Kisar
Daging Salami
Roti Gardenia
Serbuk kari
Serbuk lada putih

Cara membuatnya:
Masukkan telur dalam mangkuk dan kacau, gula dan garam secukup rasa, bawang besar dan bawang kecil yang dicincang,  serbuk kari, serbuk lada putih  dan daging kisar dan gaul sebati.

Sapukan marjerin Adela disapu pada Waffle Maker, masukkan 1 sudu telur tadi dalam acuan Waffle. Celupkan Roti dengan telur dan masukkan dalam waffle maker tadi. Letakkan Daging Salami atas roti dan letakkan roti atasnya lagi. Tutupkan Waffle maker dan masakkan kedua-dua bahagiannya. Sedia untuk dihidangkan.







0 comments:

Post a comment