Bersiaran di Tesco Mutiara Damansara, Sheila Rusly terperanjat apabila Anzalna, seorang model dan pelakon, dengan laju sahaja melayan permintaannya untuk memasak di hadapan kamera. Rupanya Anzalna memang minat memasak. Hari Raya nanti bolehlah datang ke rumah Anzalna untuk menikmati sajian hari rayanya.
Ikan Merah Soya Sos
Ikan Merah - dipotong fillet
Tepung Jagung
1 inci Halia * ditumbuk halus
2 ulas Bawang putih * ditumbuk halus
Minyak Bijan
Sos tiram
1 sudu Kicap Pekat
2 sudu Kicap Cair
Gula
Cara membuatnya:
Ikan merah yang dipotong fillet disapukan dengan tepung jagung dan goreng ikan dengan garing.
Cara membuat Soya Sos
Bawang putih dan halia masukkan dalam mangkuk, masukkan kicap cair, minyak bijan, kicap pekat, dan gula secukup rasa. Masukkan dalam kuali, sedikit air untuk panaskan seketika.
Sotong Telur Masin
Bahan-bahan
Sotong dibersihkan dan diperap dengan black pepper
Cili padi
Serbuk Kari
Telur Putih
Serbuk ayam
Bawang putih - dicincang
Telur Masin Kuning
Marjerin Adela
Susu Cair Saji
Tepung Jagung dicampur dengan garam
Cara membuatnya:
Sotong dicelup dengan putih telur dan dicelup tepung.
Panaskan minyak, gorengkan sotong tersebut sehingga ranggup.
Panaskan marjerin tumiskan bawang putih, cili api, daun kari, telur masin kuning sahaja, susu cair. Biarkan seketika sehingga mendidih masukkan sotong yang digoreng tadi.
0 comments:
Post a Comment