https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Wednesday 2 July 2014

Azam Ramadan Su : Menu Berbuka dan Bersahur Mudah - Roti Pita Kebab & Macaroni Bakar

Drama bersiri ini mengisahkan seorang ibu berkerjaya, berazam mahu memasak untuk anak-anaknya pada bulan Ramadan. Su (Rita Rudaini) dikurniakan dua orang anak Mukhriz dan Munirah hasil perkahwinannya dengan Lukman (Faizal Hussein). Su ialah seorang wanita berkerjaya yang mengharapkan bibiknya untuk menguruskan segala urusan rumah dan lebih cenderung membawa keluarga makan di luar ataupun membeli makanan dari luar.

Bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Rakan-rakan sepejabat Su sering berbincang tentang resipi masakan untuk bersahur dan berbuka puasa. Su menganggap memasak itu sesuatu yang menyusahkan. Hati Su terusik apabila melihat kemesraan anak-anaknya bersama-sama bibik dalam menyediakan juadah. Buat pertama kalinya, Su berazam untuk memasak demi keluarganya pada bulan puasa nanti. Berjayakah Su?

Jangan lupa saksikan Drama Azam Ramadan Su di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari. Drama bersiri 20 episod terbitan Radius One Production menampilkan barisan pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Faizal Hussein, adik Mior Adha, Najmi, adik Nur Qistina Raisah, Kismah Johar, Kartina Aziz, Siti Chubby dan Chef Azli. Lebih menarik, satu resipi akan dikongsikan pada setiap penghujung episod.

Episod 1 : Roti Pita Kebab



Bahan-bahan
Minyak Masak
Bawang putih yang dihiris halus
Bawang merah dihiris halus
Lobak merah yang dihiris halus
Tomato yang dipotong dadu
Beberapa tangkai daun sup
Serbuk Lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit air
Daging cincang
Roti pita

Hiasan
Daun Salad
Mayonis
Sos Cili

Cara memasak inti
  1. Panaskan minyak ke dalam kuali, masukkan bawang putih, bawang merah sehingga garing dan masukkan daging kisar kacau hingga sebati.
  2. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering
  3. Masukkan lobak merah, daun sup, masukkan sedikit air, masukkan tomato
  4. Masukkan garam dan serbuk lada hitam

Cara menghidangnya
  1. Roti roti disapukan mentega dan dipanaskan atas kuali leper
  2. Kemudian roti pita dibelah di tengah-tengahnya. Masukkan daun salad dan inti daging.
  3. Picitkan Mayonis dan sos cili. Sedia untuk dihidangkan sebagai menu berbuka puasa


Episod 1 : Macaroni Bakar
 
 

Bahan-Bahan
Macaroni
Semangkuk daging kisar
2 biji Cili Bengala dipotong dadu
3 biji Tomato celur dan kupas kulitnya dan dikisarkan sehinggga halus
2 biji bawang Holland dipotong dadu
3 ulas bawang putih dipotong dadu
Tomato puri
Garam
Serbuk Lada Hitam
Kiub Stok Ayam
Keju Cheddar parut

Cara membuatnya
  1. Rebuskan makoroni, tuangkan sedikit minyak zaitun dan rebus selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih hingga perang, masukkan daging kisar, masukkan tomato yang dikisar, tomato puri, masukkan bawang dan cili bengala, kiub ayam, garam dan lada hitam secukup rasa.
  3. Masukkan macaroni dan kacau sehingga sebati.
  4. Setelah masukkan masukkan dalam Loyang untuk dibakar. Taburkan dengan keju cheddar.
  5. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180C.



1 comment: