https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday 28 June 2014

KUDAPAN HARI RAYA 2014

Hidangan kudap-kudapan mesti ada di hari raya.
 
Resepi Batang Buruk @ Myresepi.com
 
Bahan-bahan
1 bungkus kulit popia (5" x 5")
kacang hijau (secukupnya)
gula halus(icing) secukupnya
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
  1. Potong kulit popia 1 inci lebar, kemudian gulung, lekatkan gulungan menggunakan telur @ air.
  2. Goreng terendam sehingga kulit popia kekuningan @ masak.            
  3. Untuk kacang hijau pula, kacang hijau digoreng terlebih dahulu menggunakan api perlahan tanpa minyak. goreng sehingga kulit kacang hijau bertukar warna                
  4. Bila dah masak, sejukkan, kemudian kisar sehingga halus. kemudian ayak.                
  5. Campurkan kacang hijau kisar dgn gula halus. salut kulit popia menggunakan campuran kcg hijau dgn gula. simpan dlm bekas kedap udara. Gula adalah mengikut citarasa anda
 
Jejari Ikan Bilis / Udang
 
Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
2 sudu udang kering atau ikan bilis direndam
2 sudu cili kisar
2 ulas bawang putih ditumbuk halus
1/2 camt jintan manis dan jintan putih ditumbuk
2 sudu telur  
3 sudu minyak dipanaskan
1 sudu garam
6 helai daun kari dihiris
1 cawan air
 
Cara membuat :
  1. Panaskan 3 sudu minyak. Lepas panas terus masukkan ke dalam tepung dan digaul rata.
  2. Masukkan telur dan bahan lain, ditambah air sedikit sedikit sehingga menjadi doh seperti membuat karipap.
  3. Gunakan mesin mee dicanai leper dahulu, mula2 buat no 4, pastu gelek lagi hingga no 1 atau 2 dan menggunakan pemotong mee menjadi jalur panjang dan terus digoreng.
  4.  
 
Kacang Goreng Berempah [TAJMAH]
 
Bahan-bahannya
1 kg kacang (kacang tanah atau jagus)
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
5 sudu makan gula
4 ulas bawang merah (di cuci kemudian dikeringkan)
4 ulas bawang putih  (di cuci kemudian dikeringkan)
1/2 gelas tepung gandum
1 gelas tepung beras
3 biji telur
1 sudu makan serbuk lada kering
garam, daun kari  dan pewarna kuning secukupnya
Minyak secukupnya (hendaklah menggunakan minyak yang banyak)
Cara membuatnya
  1. Satukan kacang, garam, gula dan tepung didalam satu mangkuk dan gaul rata.
  2. Bawang, telur, lada,  jintan manis, jintan putih dan warna kuning dikisar hingga hancur.
  3. Sediakan kuali dan panaskan minyak. Setelah minyak panas, masukkan adunan telur tadi kedalam adunan kacang, gaul hingga rata  dan terus goreng hingga masak. setelah hampir masak jika suka masukkan daun kari.

Peringatan: Pastikan minyak betul-betul panas baru lah digaul kedua adunan tadi dan terus goreng.
 
Kacang goreng bersalut tepung [RasaCinta]
600 g kacang tanah
300 g tepung beras
kapur
minyak
 
Bahan A
2 tbsp ketumbar / corriander
1 tbsp jintan manis
1 tbsp jintan putih / cumin
1 tbsp pepper
2 tbsp udang kering
2 cloves garlic
1.5 cm kunyit
garam
Cara membuatnya:
  1. Giling halus bahan A...gaul tepung beras dgn rempah yg digiling tadi..
  2. Tuang 2 tbsp air kapur...kacau rata.. adunan hendaklah pekat + kental.. gaul kacang dgn adunan...... dan goreng di dlm minyak yg banyak
 
Kacang Botak[ninoZ]

Bahan yang diperlukan:
kacang tanah - rendam kejapp je pastu buangkan kulit

ditumbuk halus:
bwg putih
bwg merah
sedikit sebuk kari/serbuk cili/cili giling

garam
gula
telur - dipukul sedikit hingga rata
tepung gandum

Cara membuatnya: 
  1. Gaulkan bahan tumbuk dgn garam, gula, telur n kacang tanah..roll kan atas tepung bior bersalut rata..
  2. Goreng terendam dgn api yg agak perlahan[kalau tak..luar masak dulu.. kacang still mentah] angkat n toskan..kemudian bleh disimpan dlm balang

[taknak taruk serbuk cili/kari pun bleh tapi lebihkan garlic n bawang]


Kacang Goreng Bawang Putih[ninoZ]

kacang tanah [jenis beso tu..biasanya mmg dah tak berkulit]
garlic - taruk byk2..titikkan camtu je.. jgn buang kulit
sedikit garam
sedikit minyak

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak..masukkan bwg putih..then masukkan kacang..
  2. Api bior sederhana..goreng n kacau hingga kacang tu masak..taburkan garam
  3. Angkat n toskan bior sejuk.. simpan dlm bekas

Kacang Goreng Bawang Putih [hanieliza]

Bahan
500 g kacang tanah [jenis besar yg telah dibuangkan kulit]
Air panas [cukup untuk tenggelamkan kacang ni]
minyak untuk goreng
8 ulas bawang putih [kisar halus]
garam

Cara
  1. Rendamkan kacang tanah  dalam air panas [baru mendidih], masukkan garam. Biarkan dalam 15 minit.
  2. Angkat dan toskan
  3. Gaul rata dengan bawang putih yg dikisar dan biarkan sehingga 1 atau 2 jam.
  4. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan sehingga garing.
  5. Angkat dan toskan. .
  6. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

KACANG GORENG [blackrose]

1 Kilo Kacang Tanah
Serbuk Cili ( Beli Siap Dlm Peket)
Telur 3-4 Biji
Garam
Tepung Gandum

Cara.... 
  1. Pecah telur dalam kacang sampai basah semua kacang tu .... kalau tak cukup tambah telur(agak-lah)
  2. Tabur sebuk cili tepung ngan garam..... ramas sampai semua kacang tu disaluti tepung ....macam nak goreng ayam kfc tu...mak sure kacang tadi make sure tak terlalu lembik dan tepung tak terlalu tebal. Goreng ngan api perlahan sampai garing ngan kacang kat dalam tu masak
 
 Kerepek Bawang
 
Bahan-bahan Resepi

Untuk Doh Bawang:
1 biji Bawang besar (diblend tanpa udara)
1 Sudu besar serbuk udang kering
Tepung Gandum secukupnya
Untuk Doh marjerin:
1 1/2 cawan Tepung Gandum
70gm marjerin / mentega
Garam secukup Rasa
Air secukupnya

Cara-cara

Untuk Doh Bawang: Tepung diuli Bersama Bawang sebati + serbuk udang kering. Tambahkan Tepung hingga adunan sehingga menjadi DOH yang bulat. Bahagikan pada 3 change.
Untuk Doh marjerin: Uli semua bahan hingga menjadi Doh yang bulat juga sama seperti tadi. Bahagikan pada 3 change.
Kemudian canaikan Doh Bawang dan Doh marjerin secara berasingan.
Letakkan Doh Bawang di atas Doh marjerin dan gulung.
Bungkus dengan Plastik dan simpan dalam Peti sejuk (2-3 jam)
Keluarkan dan hiris nipis2.

Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang Penuh.
 
 Kerepek pisang

 
Untuk kerepek pisang pastikan pisang yg digunakan pisang muda. Lebih senang kalau sagat terus ke dalam minyak sebab pisang tu kalau sagat dulu melekat2.

 
 
KEREPEK UBI [dewi]
Ubi kayu... sebaiknya ubi muda jgn yg besar gajah tu .
minyak untuk menggoreng
garam
air
Cara2 membuatnya
  1. Kupas kulit ubi dan basuh... sagat ubi biar bertabur kalau rajin nak susun susun la n oleh jemur sebelum goreng. kalau dah cekap boleh sagat terus dlm minyak yg panas.
  2. Bancuh garam dgn air jadikan air garam yg pekat ...
  3. Semasa mengoreng masukkan sesudu air garam dlm minyak. bila dah dagak kekuningan angkat dan tos hingga betul2 kering.
  4. Cara ni akan menjadikan kerepek ubi kita rasa masin tak payah buh garam lagi dah lepas goreng.

  5. Cara yg sama boleh di gunakan untuk buat kerepek pisang.
     
 
MARUKU BIJAN [DianaA]
 
Bahan A
600 gram tepung beras
600 gram tepung pulut
375 gram mentega
50 gram jintan putih
200 gram bijan
2 sudu teh serbuk lada putih
2 atau 3 sudu teh serbuk cili
Bahan B
1300 ml air dicampur dengan
1 sudu teh garam
2 1/2 botol minyak untuk menggoreng
Acuan muruku yang berbunga bintang.
 Cara-caranya
  1. Dalam sebuah bekas yang besar, gaul rata semua Bahan A sehingga ia menjadi abuk roti.  Lubangkan ditengah-tengah adunan abuk roti itu dan tuangkan air garam, sedikit demi sedikit, sambil diuli hingga menjadi satu adunan doh yang lembut, supaya ia mudah ditekan apabila menggoreng.
  2. Panaskan minyak didalam kuali.  Pastikan penutup acuan sudah diketakan.  Masukkan sedikit adunan keldaam acuan tadi dan tekanlah dengan mengikut lingkaran bulat diatas minyak yang panas.  Ketika menggoreng, jangan terlalu kerap dikacau.  Biarkan seketika, baru dibalekkan, supaya ia tidak mudah patah.
  3. Goreng sehingga garing.  Angkat dan toskan.  Bila sejuk, simpanlah didlaam botol atau tin bertutup ratap.  Gunakanlah minyak yang baik mutunya, jika mahukan muruku yang enak rasanya dan tahan lama.   
Karipap Mini Serunding Ikan Bilis
 
Bahan-bahan ( lebih kurang 300 biji )
1kg tepung gandum
250g marjerin(cairkan)
1 cawan air dari peti sejuk

Cara-cara

  1. Sebatikan tepung dengan marjerin dulu sampai jadi debu halus...lepas tu baru tambah air sedikit demi sedikit..uli sampai adunan x melekat dekat bekas..tutup ngn plastik atau kain basah lebih kurang 15 minit baru boleh guna... korang boleh buat kelim pakai tangan atau acuan karipap...boleh guna mesin pasta untuk mencanai doh.
 
 
 
Popia Horlicks / Nestum / Manis
 
Resepi Popia Horlicks

1 pack besar popia
1/2 cwn horlicks
1/2 cwn gula halus - kisar
1 cwn nestum - kisar halus
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat
Cara:
  1. Gulung popia gunakan lidi satay
  2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
  3. Buat hingga habis peket popia.
  4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
  5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
  6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Sira/tabur dgn horlicks, gula & nestum kisar.
  9. Gaul hingga rata.
Tips
  1. Untuk menyalut popia dengan Horlicks, selepas digoreng, sejat minyak pada popia terlebih dahulu dengan menggunakan kitchen towel. Apabila agak-agak dah sejat, letakkan dalam bekas besar dan masukkan gula dgn horlicks ke dalam bekas tersebut. Kemudian gaul rata campuran tersebut dengan popia tadi.
  2. Biarkan ia sejuk dahulu sebelum mencampurkan dengan bahan-bahan campuran. Jika tidak campuran akan cair dan berlengas.
  3. Supaya kuih ini boleh bertahan lama, simpan ia di dalam bekas kedap udara. Jika digoreng dengan cili, pastikan cili digoreng sampai benar-benar kering supaya tidak kelihatan basah.

Popia Nestum / Horlicks / Manis



Bahan: 1 peket besar kulit popia (anggaran 40 keping)
1/2 cawan gula pasir dikisar halus
1/2 cawan nestum dikisar juga
1/3 horlicks

Cara2:
  1. Kulit popia digulung, dan dilekatkan dihujungnya dengan tepung gandum yang dicampurkan dengan air.
  2. Gunting pendek2 kulit popia yang sudah siap digulung.
  3. Goreng di dalam minyak yang banyak
  4. Biarkan sejuk.
  5. Satukan semua bahan serbuk  menjadi satu...kemudian gaul rata bersama kulit popia yg dah siap digoreng tadi.
  6. Siap untuk dikunyah2..
Resipi Popia Coklat Badam
 
Bahan-bahan
1 bungkus kulit popia 400 gram
Coklat Masakan / Coklat Hershey's shell
Badam
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat
 
Cara :
  1. Gulung popia gunakan lidi satay
  2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
  3. Buat hingga habis peket popia.
  4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
  5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
  6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Gaulkan dengan coklat cair / coklat Hershey's shell dan tabur badam cincang yang disangai dahulu. Letakkan dalam peti sejuk lebih kurang 10 - 15 minit.
 

Resipi Popia Pedas
 
Bahan-bahan
1 bungkus kulit popia 400 gram
1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit cuka
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat
 
Cara :
  1. Gulung popia gunakan lidi satay
  2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
  3. Buat hingga habis peket popia.
  4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
  5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
  6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
  7. Angkat dan toskan minyak.
  8. Gorengkan campuran bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat.
  9. Masukkan garam dan cuka secukup rasa.
  10. Kemudian masukkan popia yang telah digoreng tadi.
  11. Tutupkan api dan digaul sehingga rata.
 
 
POPIA SIMPUL [masliana]
 
Bahan-bahan 
serunding ikan or ape2 jenis serunding
kulit popia potong kepada 8 bahagian.
cara:
 
  1. Sediakan serunding ikan (yang beli siap pun ok gak)
  2. Potong kulit popia kepada 8 bahagian (untuk mendapatkan bentuk segi empat tepat)
  3. Bubuh sedikit serunding di tengah2kulit popia yang telah di potong, gulung dan ikat simpul serunding td.
  4. Goreng, toskan, apabila sejuk masukkan dalam bekas kedap udara.
cara2 nak simpul, selepas gulung,
  1. Pegang hujung kanan & hujung kiri.
  2. Naikkan hujung kanan diatas kiri
  3. Masukkan hujung kanan kedalam bulatan (macam nak buat ikatan atau menyimpul sesuatu)
  4. Tarik kedua2 hujung. tapi jangan ketat sangat, takut putus dua

Kuih Goyang / Ros 
Bahan-bahan ( 3 balang sederhana )
290gm tepung beras
50 gm tepung gandum
400ml santan
170gm gula
150ml air
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara-cara 
  1. Campurkan semua bahan. kacau sebati. tapis.
  2. Panaskan minyak. letak acuan dalam minyak. bila dah panas, celup acuan dalam adunan, masuk semula dalam minyak tadi.
  3. Biar sebentar, baru alihkan acuan. Goreng hingga masak.

Kuih Kapit / Sepit

Bahan-bahan

500g Tepung gandum
500g Gula pasir (saya kurangkan gula sbb x suka manis)
3 cwn santan ( kalau nak lemak, semua guna santan pekat)
3 biji telur
½ sudu teh garam - masukkan dlm santan dan kacau
Minyak utk goreng

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang.     
  2. Masukkan santan berselang dengan gula dan tepung. Adunan jangan terlalu pekat atau terlalu cair.                
  3. Panaskan minyak dengan acuan terendam.             
  4. Letak sesudu adunan dan kapitkan acuan, goreng sehingga keperangan.            
  5. Apabila kulit luar mula keperangan, ia menandakan sudah masak. Kikis kulit luar dan gulung atau lipat kepingan kuih kapit dengan segera sebelum ia keras.          
  6. Simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai dihidangkan utk semua occasion sepanjang tahun.                
 
Rempeyek Kacang Tanah
Bahan-bahan
1 bungkus tepung beras (500g)
1 bungkus jintan manis (50 sen)
1 bungkus kecil jintan putih (50sen)
1 bungkus biji ketumbar (50sen)
segenggam udang kering @ ikan bilis
1liter santan dri sebiji kelapa(tq ibu ammar coz tlong sukatkn)
1/2 sudu teh kapur sireh
2 biji telur grade B
garam secukup rasa, 1 sudu teh gula
6 ulas bawang putih
kacang tanah 1/2 kilo atau lebih..
minyak utk goreng terendam
              
Cara-cara
  1. Setelah dibasuh kisar rempah2, bawang putih, udang kering, kapur sireh bersama santan.
  2. Dalam mangkuk, gaul sebati semua bahan bersama tepung beras & telur. jgn dikisar. kacau dgn hand whisk atau senduk.(kalo guna senduk, telur tu kacau ringan hanya utk campur putih dan kuningnya saja. jgn sampai berbuih) , barulah campur dgn bahan2 lain. agak2 lah kepekatannya yer.. jika kurang tambah air.
  3. Bancuh adunan pekat mcm adunan lempeng dadar, pastu ambil beberapa senduk adunan, tambah santan hingga sesuai kepekatannya, masukkan kacang dan goreng. kacang basuh 2 genggam dulu, jgn basuh semua sekali.
  4. Panaskan minyak dlm kuali, bila telah agak panas, (api sederhana saja yer..) sendukkan adunan lalu dituangkan di tepi kuali. biar adunan melorot ke dalam minyak. agak2 lah ya, bagi ruang rempeyek tu, jgn sampai bertindih..
  5. Biar seminit, lpastu terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah.Arwah mak akk pesan, bila goreng rempeyek kacang, sentiasa telangkupkan, supaya kacang ranggup & masak sempurna. api kena jaga, jangan besar. bila permukaan berkacang sudah kecoklatan, baru terbalik kan.(kuak lentang plk..) kiranya sekejap saja rempeyek tu terlentang. cuma nk garingkan mana2 yg blom garing sj.
  6. Boleh lah diangkat dan ditos kan. bila dah sejuk baru simpan dlm bekas kedap udara @ tin.
Kuih Tiram/Kuih Layang-layang [speedial]
Bahan-bahan
Kulit Popia
1 biji telur - dipukul
Gula aising
Minyak secukupnya utk menggoreng
Cara membuatnya
  1. Kulit popia digulung sampai habis, kemudian sapukan dgn telur supaya dia melekat. Ulanglah sampai habis.
  2. Kemudian potong serong2 lebih kurang 1 inci sampai habis.
  3. Panaskan minyak, kemudian goreng kulit popia yg telah dipotong sehingga kuning keemasan. Angkat & toskan.
  4. Biarkan seketika, kemudian taburkan gula aising ke atas popia yg telah digoreng tadi dan digaul biar sekata. Kalau suka gula aising banyak tabur lebih sikit.
  5. Bila gula dah melekat kat popia tu maka bolehlah dimakan.
  6. Mudahkan...boleh dimakan bila2 masa tak payah nak tunggu raya.
KUIH TIRAM-SIRA PEDAS [tarbiah]
1 kilo bawang besar
4 kg gula
1 senduk cuka
4 sudu garam halus
1 mangkuk ikan bilis
1 1/2 bungkus serbuk cili(alagappas nyer yg besar tu)
1 sudu jintan kasar
10 senduk minyak
 
Cara:
Panaskan minyak, tumis bawangyang telah dikisar,masukkan cili yg dibancuh ngan sedikit air,biar cili betul2 masak.(ini penting bagi memastikan ia tahan lama dan tidak berbau tengik)masukkan ikan bilis dan jintan kasar yang telah dikisar hingga hancur.slps itu masukkan garam,gula dan cuka.biar betul2 masak dan angkat.ambil satu senduk masukkan dalam kuali lain dan terus masukkan kuih tiram tadi, kacau rata.boleh juga ditabur lenga jika suka.bila agak kering angkat dan sejukkan.
P/s:kalau nak buat sikit je bahagikan bahan spt bawang,ikan bilis,serbuk cili dan minyak kpd 10 bahagian.bahan2 lain tu boleh agak2 secukup rasa. Pas ni kalau ada sesapa nak bisnes kuih tirampun boleh, kan...
P/S: Sukatan ini untuk 10 kg kuih tiram.
 
Kuih Tiram [Sarah]
kulit popia hak besar satu bungkus yang 400g tu
kulit ni gulung sehelai2 hujung dia sapu air/tepung+air/putih telur, buat gam lerr supaya melekat.
Gulung semua sekali letak dlm besen jgn lupa tutup dgn towel lembab sebab dia mudah kering. ok habis gulung gunting menyerong, jgn serong sangat nanti terbuka dan jangan nipis sangat. agak2 lah dalam 1cm jarak.
habis gunting goreng, tapis dulu lama gak tapis ni sebab minyak dia banyak pastu letak atas paper lagi nak buang minyak ni.
Sadurkan dengan:
Horlicks 3/4 cwn
gula icing 1/3 cwn
nestum kisar 1/3 cwn
Campur semua bahan dan gaulkan pada popia yg telah digoreng tadi.
atau ada org buat, yg sadur ngan cili...so jadi macam kerepek pedas gitu.
1 sudu besar bawang putih tumbuk
3 sudu besar cili kisar
6 sudu besar gula
semua masuk sekali tak yah tunggu cili garing, kacau lagi sampai air gula tu dah berbuih banyak dan likat, baru letak garam sikit dan cuka 1 sudu kecil dulu baru letak popia last sekali, tutup api gaul popia.

3 comments:

  1. terliur tengok gambar-gambar kuih yang sedap ni.
    suka sangat batang buruk walaupun saya orang nogori+perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batang buruk memang sedap ranggup tambah pulak disadurkan dengan tepung kacang hijau memang sedap.

      Delete