https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Sunday 22 June 2014

Giant Stamp Redemption 2014


 
Target nak redeem Chopper macam di atas. Wife nak sangat chopper ni senang nak potong ayam. Sampai sekarang masih belum redeem sebabnya wife terlupa bawa kad stamp. Kami Berjaya melengkapkan 30 stamps weekend lepas.
 

Inilah hasilnya 30 stamps selepas berbelanja di Giant sejak April hingga weekend lepas. 30 Stamps Berjaya dikumpulkan. Masih belum redeem lagi Chopper tu harap2 next time kami pergi ke Giant masih ada lagi stok Chopper tu.
 
 
 
Masa nak kumpulkan stamps ni dah semakin terhad. Sesiapa yang berminat nak redeem pisau2 Giant ni korang masih ada masa walaupun stamp boleh didapati sehingga Julai 2014. Korang kena pandai rancang belanjawan supaya tidak tersasar lebih banyak gara-gara nak redeem pisau Giant ni. Macam wife aku buat dia akan beli barang harga RM 30.00 dan dia akan ambil satu barang stamp bonus yang murah2 antaranya produk giant seperti cili sos RM 2.49/botol / ayam brand kacang panggang RM 1.89/tin so dengan itu dia dapat mengumpul 2 stamps sekali gus.
 
Kami bayar secara berasingan untuk barang yang bernilai gandaan RM 30.00. Macam last weekend stamp yang perlu lagi 4 sebenarnya untuk mencukupkan 30 stamps yang perlu dikumpul. Maka wife aku beli Milo 2kg kebetulan ada offer RM 29.99 so wife tambah satu barang bonus stamp ayam brand kacang panggang RM 1.89/tin jumlah kena bayar RM 31.88 dapat dua stamps sekali gus.
 
Aku pulak bayarkan barang keperluan dapur semuanya berjumlah RM 47.00 dan dapat 2 stamps jugak sebab wife  tambah satu lagi barang bonus stamp ayam brand kacang panggang RM 1.89/tin ke dalam pembelian aku.
 
So kami dapat 4 stamps sekali gus dengan belanja RM 78.88. Kalau tak buat macam ni kami harus berbelanja sehingga RM 120.00 untuk mendapatkan 4 stamps tersebut. Kan ke rugi sekiranya membeli barang yang tidak perlu semata-mata memenuhi kehendak hati mendapatkan pisau idaman hati korang, sekiranya berminatlah. Sekiranya tak berminat tak perlulah korang kumpul stamp tersebut korang sedekah jer pada sape2 yang berminat tak pun pada aku hehe...
 

0 comments:

Post a Comment