https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Sunday, 27 April 2014

PERCUTIAN BUDGET DI KOTA KINABALU 11.01.2014 - 14.01.14 PART III

Hari pertama 11.01.2014 --- setelah selamat mendarat di KK airport, claims baggage pemandu telah menunggu kami di hadapan pintu keluar. Pemandu tersebut bernama Encik Bong Mokhtar hehe... acah jer namanya Encik Bong... Beliau menghantar kami terus ke Marina Court dan disambut oleh Puan Yati, pembantu kepada Encik Razley pemilik unit Marina Court tersebut. Selepas mendapat kunci, kami terus ke unit dengan luggage kami.

Marina Court memang selesa bagi yang travel in group. Dilengkapi meja makan, ruang tamu with sofa, bilik tidur dilengkapi katil, almari etc, iron board, semi auto mesin basuh dan kelengkapan dapur walaupun agak terhad.

Untuk masuk ke unit Marina Court di ground floor kena bawa access card. Bagi yang ada Iphone just touch your Iphone jer... Access Card ada satu jer so if korang keluar tak sama waktu mmg leceh la jugak...

Masuk je dalam homestay ni adik dan abang ipar aku meluru ke master bedroom... biasalah semua orang nak master bedroom termasukla aku hehe... so kami share master bedroom bertiga aku, adik dan abang ipar aku... Wife aku pulak share bilik with MIL, one more bilik adik ipar yang bongsu dan hubby dia... FIL aku taknak tdo bilik so ruang tamu FIL tdo atas sofa alone.

Selesai bab bilik... Masing2 dah ada tempat for restkan diri. Kami sampai dalam pukul 2.00 pm so memang takde aktiviti lain melainkan aktiviti bebas.. Wife aku biasalah asyik nak pergi berjalan2 di kawasan persekitaran iaitu Pasar Ikan Kering dan Pasar Malam Filipino... Pukul 4.00 lebih kami keluar berjalan2... Tapi kami berpecah, aku dan adk, abg ipar p shopping mall manakala wife aku dan lain2 p Pasar Ikan Kering... Wife aku apalagi syok abis bila aku takde.. Standardla bebas untuk shopping... Kalau aku ada memang dia tak boleh shopping ikut suka hati dia... aku ni mengalahkan Menteri Kewangan pantau aliran keluar duit dia.. Wife aku ni kalau shopping bukan ingat dunia...

Wife aku beli ikan kering, rumpai laut, udang kering, ikan bilis, tiram kering dan kuih cincin satu kotak sbb adik ipar aku kirim sama... So bertambahlah 2 kotak hasil tangkapan kali ini... 1 kotak kuih cincin + 1 kotak hasil laut Sabah.. Mak mentua aku pun shopping 1 kotak hasil laut utk dibawa ke kg Perak...

Seterusnya jalan2 ke Pasar Malam Filipino... Barang2 yang dibeli wife suruh seller yang hantar ke Marina Court lepas Maghrib... Alhamdullillah dapat seller yang buat after sales services hehe...kalau tak confirm wife merengek kat aku suruh bawa kotak2 dia...

Kat Pasar Malam Filipino wife beli ikan RM 6/KG, ketam RM 10/KG + sotong segar RM 5.00/KG + bahan2 memasak spt bawang, cili etc. Balik terus aktiviti memasak oleh wife aku... sukalah dia sebab dapat makan ketam sepuas2nya...

So dinner + breakfast + bekal masa tour wife masak.. Memang jimatlah jugak stay home stay ni kami makan di rumah dan bawa bekal... wife siap bawa Tupperware bertingkat2 dia... Jimat punya pasal memang sanggup bawa Tupperware dari umah.

0 comments:

Post a Comment