https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Sunday 1 December 2013

PAPRIK AYAM, RENDANG KETAM, DAN KERANG REBUS

Hari ni wife aku masak 3 menu. Cuma aku makan 2 menu yang wife buat, iaitu paprik ayam dan rendang ketam. Kerang rebus aku tak makan takut alergik. Aku ni sensitif seafood. Lagipun jari aku masih tak sihat sepenuhnya karang tak pasal2 gatal2, tak tahan aku.


PAPRIK AYAM



Bahan-bahan:
1 biji bawang - potong kasar
3 ulas bawang putih - diketuk
1 inchi halia - diketuk
2-3 batang serai - diketuk
2 sudu besar cili giling Sos cili, sos tiram, kicap pekat
Daun limau purut Ayam dipotong kecil

Cara memasak:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan goreng separa garing.
2. Masukkan bahan2 yg diketuk,dan goreng sehingga layu.
3. Masukkan cili giling, sos tiram, sos cili dan kicap. Kacau sebati
4. Masukkan 1/2 - 1 cawan air dan masukkan ayam
5. Biarkan sampai mendidih dan masukkan daun limau purut dan masak sehingga ayam empuk.
6. Tambah garam secukup rasa.


KERANG REBUS




Bahan:
1 kg kerang
2-3 batang serai diketuk
2 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia diketuk daun kunyit dihiris cili padi patah dua
Serbuk lada hitam


Cara membuat
1. Panaskan periuk berisi air, agak2 air banyak mana.
2. Masukkan bahan2 yg diketuk dan biarkan sampai mendidih. Masukkan kerang, daun kunyit, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Biarkan selama 5 minit dan tutup api.


RENDANG KETAM CREAMER

Bahan:
Bawang besar *
Bawang putih *
Halia *
Kunyit hidup *
Cili giling *
Serai diketuk
Daun limau purut
Daun kunyit di hiris
1 kg ketam
Creamer
Garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan tumiskan bahan yang bertanda * yang telah dikisar dan serai.
2. Masukkan 1 cawan air dan creamer. Stok santan kotak dan susu cair dah abis so wife aku gantikan dengan creamer. Kacau.
3. Biarkan sampai mendidih masukkan ketam, daun limau purut, daun kunyit dan garam secukup rasa.
4. Gaul rata dan tutup api bila ketam cukup masak. Ketiga2 menu di atas sedia dihidangkan

0 comments:

Post a Comment