https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Thursday, 19 December 2013

DIVIDEN ASB 2013



Masa tengok buletin utama TV3, terbaca tagline Dividen ASB 2013, 7.70 sen dan bonus 1.00. Wow, sapa2 yang ada ASB ni blhla buat kira2 berapa banyak yang dapat. TAHNIAH for all pelabur.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013, tiada kenaikan bagi agihan pendapatan dividen ASB malah menurun sebanyak 0.05 sen dan pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.70 sen seunit.

Dalam pada itu, pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, yang mana pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014.

Berikut adalah jadual senarai agihan pendapatan dividen dan bonus ASB untuk tahun terdahulu dan terkini:

TahunDividen (sen)Bonus (sen) Total (sen)
20009.752.0011.75
20017.003.0010.00
20027.002.009.00
20037.252.009.25
20047.252.009.25
20057.251.759.00
20067.301.258.55
20078.001.759.75
20087.001.758.75
20097.301.258.55
20107.501.258.75
20117.651.158.80
20127.751.158.90
20137.701.008.70 


SIL aku tak abis2 bincang pasal pinjaman ASB. This year memang dah tak sempat nak buat loan. Urus niaga ASB ditangguhkan pada 22 Disember 2013 hingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus. Next year dengar kata semakin ketat term and condition loan ASB. SIL aku dah cuba apply kat Maybank tak tahula approved / decline cos komitmen dorang ni tinggi.

Wife aku buat refinance home loan last 2 weeks sampai la ni masih pending. Niat dia bukan nak cash out just nak convert to Islamic term pun payah...

0 comments:

Post a Comment