https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Wednesday 20 November 2013

TUNTUTAN PERKESO - MC HOSPITAL KERAJAAN VS KLINIK SWASTA...

Sambungan N3 aku yang lepas, aku tak dapat menghantar tuntutan faedah kekal di sebabkan MC aku masih berbaki 25 hari mengikut sistem dorang. Masalahnya HSGB dah tak layan aku jadi patient dorang. Masa last aku dapat MC dorang siap warning this is the last MC. Dorang suruh aku claim pampasan dgn Perkeso. Memangla aku dalam proses nak buat tuntutan faedah kekal. Tapi bila aku datang Perkeso, dorang suruh aku abiskn MC untuk cukupkan 180 hari. Aku nak buat mcm mana, dah HSGB tak nak kuarkan MC lagi. Memang kepala ho doktor kat sana... Semua tak boleh... Operation pun tak boleh... Nak dapat sambungan MC pun tak boleh... So aku nak buat mcm mana lagi... Alternatif klinik swasta...

Wife aku mmg suruh aku p balik HSGB sambung MC kat sana / kat mana2 KKM. Masalahnya aku fedup dah berurusan dengan dorang. Yang bestnya wife aku mmg bertuahla ckit ade ke patut dia gtau aku MC klinik swasta boleh pakai ker. Dia sengaja buat andaian kalu dr klinik swasta ke hospital Perkeso boleh tima MC sebab MC tersebut dah "naik pangkat" sbb dr klinik swasta ke government hospital. Tapi kalau goverment hospital ke klinik swasta, MC yang dapat dah "turun pangkat"... Mana la wife aku dapat idea bernas tu... Siap buat perbandingan lain pulak... Kalu belajar dari sekolah mestila boleh masuk Universiti... Kalau dr Universiti mana blh belajar kat sekolah lagi. Ada pulak istilah upgrade & downgrade dalam MC. Bila dgr wife aku ckp macam tu aku tanya Perkeso blh terima tak MC klinik swasta, dorang kata boleh tima janji dapat pengesahan dpd doktor yang merawat aku.

Korang kalau jadi kes aku tak dapat sambung MC dari hospital jangan risau Perkeso tetap akan tima MC korang dr swasta / hospital takde istilah naik pangkat atau turun pangkat macam wife aku andaikan... Wife aku blh tahan otak geliga dia yang tersalah tempat... Kalu pikir di luar kotak pikiran agak2la ayang ooooiiiiii....  Sebenarnya wife aku ni taknak aku kuarkan duit banyak maklumla swasta kan mestila nak duit... Tapi korang jangan pulak amik MC kat mana2 nujum walaupun nujum diraja, pawang, dukun, tabib cina etc... Memang tak VALID langsung dan tak LAKU yer pada Perkeso..

Yang membezakan swasta dan kerajaan adalah bayaran yang dikenakan. kalau kerajaan minima RM 5.00 / entry aka rawatan. Kalu swasta pulak bayarannya mmg agak tinggi. Berikut adalah MC yang aku tima dari swasta partial MC bukan sekali gus swasta bagi


 
Berikut adalah kos rawatan dan ubat-ubatan = total setakat ini RM 260.00



 Bersambung N3 pasal MC swasta selepas aku dapat the final MC sebelum further submittion to Perkeso. Habis kes tuntutan faedah sementara barula hantar tuntutan faedah kekal... Harap2 aku berjaya mendapatkan pampasan. Ibu jari aku masih sakit dan masih tak dapat melakukan kerja berat...






0 comments:

Post a Comment