https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Saturday 30 November 2013

RENDANG AYAM DAN KEK COKLAT

Hari ni wife aku masakkan untuk aku rendang ayam.Aku minta wife aku masak beberapa ketul ayam jer for rendang cos aku macam taknak makan banyak konon2nya aku nak diet la... Wife aku prepare masa kek coklat dulu for my SIL dan mak aku. Wife aku bercadang nak abiskan stok bekalan tepung dan bhn2 lain yg masih berbaki masa buat biskut raya lepas. Bahan yang ditambah serbuk coklat yang takde stok... ini adalah bahan2 yang digunakan... stok sedia ada kat umh...



Resepi yang wife aku guna dari internet. Resepi dari Dayang Jack

Bahan:
2 cawan tepung gandum*
2 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bicarbonate*
1/2 cawan serbuk coklat*
2 cawan gula aising*
2 sachet nescafe*
1/2 sudu teh garam halus*
2 1/2 cawan air panas
2 sudu teh esen vanilla
160 ml minyak sayuran / minyak jagung
2 sudu teh cuka

Cara membuat:
1. Panaskan oven 160c / ikut suhu oven korang
2. Guna bekas besar satukan bahan tanda *
3. Masukkan air panas dan esen vanilla, kacau sebati dengan spatula / senduk kayu.
4. Masukkan minyak sayuran, kacau sebati
5. Masukkan cuka terus kacau.
6. Tuangkan dalam loyang, bakar 30 minit.

Ganache Coklat masakan dicairkan double boiler coklat rice

Rendang Ayam




Bahan:
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
3 sudu besar cili giling*
Semua bahan di atas dikisar / ditumbuk
3 batang serai dititik
1 helai daun kunyit dihiris
3 helai daun limau purut dihiris
Ayam 1 kotak santan
1 kiub ayam Asam jawa dan garam secukup rasa.

Cara memasak
1. Panaskan kuali. Masukkan ayam dan bahan2 kisar. Gaulkan sebati. (Wife aku mmg jenis tak tumiskan bahan2 kisar less minyak lagi better cos ayam mengandungi lemak)
2. Masukkan santan dan tambah satu cawan air. Gaulkan dan biarkan mendidih sambil di kacau selalu.
3. Bila mendidih blh masukkan kiub ayam, daun kunyit dan limau purut.
4. Biarkan rendang kering sedikit kuahnya. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Sedia dihidangkan Wife aku masak sedap bertambah aku makan. Ayam 4 ketul sekali hadap... wife aku perli jugak tadi abg suruh ayang masak ckit ayam, tapi sekali hadap sampai 4 ketul...


 
Selepas lunch hour kami p hntar kek ke umah mak aku dan adik ipar aku... dekat isyak kami blk umh... terus aku suruh wife aku hidangkan rendang ayam dan nasi tanpa panaskan dulu. Perut aku terasa lapar bila balik dari berjalan...

0 comments:

Post a Comment