https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Monday 18 November 2013

OFFICE TRAVELLING PART V - TUNTUTAN PERKESO AKU BERJAYA... BAYARAN PENUH DI LUAR JANGKAAN...

Sambungan post yang lepas2... Pada bulan penghujung bulan 6 aku mendapat semula tunggakan bayaran daripada Perkeso melebihi prorata gaji semasa aku untuk 6 bulan sebelum kemalangan... Wow memang aku senang hati... Tiada istilah lagi Perkeso penipu... Perkeso memang prihatin... Sebelum ini mmg aku x syok sgt bila wife aku suruh aku claim Perkeso cos ramai kenalan aku cakap gaji Perkeso sedikit 80% daripada prorata gaji  6 bulan sebelum kemalangan... Tapi aku dapat lebih more than that salaries... Hehe...
 
Aku ada buat post pasal ini sebelum ni... Cos aku ada buat kerja part time as security untuk belanja gaji... Aku kerja part time bulan 7/2012 hingga 01/2013... Tapi disebabkan semasa kerja part time security aku berkongsi hari bekerja dengan kawan... kiranya kami kerja selang sehari. dalam sebulan lebih kurang 15 hari jer aku bekerja. Tetapi disebabkan segala dokumentasi kerja mengunakan nama dan akaun bank aku, walaupun aku tidak meneruskan kerja sebagai security tetapi gaji kawan aku masih dimasukkan dalam akaun aku... free2 jer aku dapat potongan Perkeso dan EPF dari majikan. Nasihat aku kat korang jangan jadi macam kawan aku yang tak reti nak buka akauan bank sendiri.
 
Aku sebenarnya tak tau pun company security tersebut buat caruman Perkeso. Selama aku kerja aku tak pernah ada perasaan nak mintak slip gaji. Yang aku pentingkan gaji dalam akaun aku ada... Slip2 gaji watpe buat semak jer aku simpan...
 
Tak disangka ingatkan panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari. Aku ditimpa bencana kerja. Segala rahsia yang selama ini aku tak tau terbongkar. Aku mendapat surat daripada Perkeso beralamatkan Company Security aku... Dan dari ctula terbongkar segala2nya... Jeng...Jeng... Jeng... Macam citer seram pulak... tapi lebih seram dari itu...

Aku mula2 mmg taknak berurusan dgn bekas majikan aku ni... Malasla aku nak amik portkan... Tapi atas desakan wife aku, aku terpaksa akur... Aku lanjutkan salinan surat aku kepada Manager yang menguruskan aku... Walaupun sebelum tu aku mmg negatif aku bagi alasan tak boleh kepada wife. Wife aku bertegas kalau aku taknak uruskan dia akan uruskan a to z macam dia buat dgn current company aku... Tapi alhamdulillah company security ini lebih smart dari current company aku yang mangkuk hayun. Semua berjalan lancar dari form majikan sampaila slip gaji aku, aku dapat semuanya. So mmg memudahkan kerja Perkeso setelah mendapat dokumen sokongan yang diperlukan...

Jeng... Jeng... Jeng... Akhirnya aku mendapat tunggakan gaji 5 hari untuk bulan 4 dan 29 hari untuk bulan 5 semuanya berjumlah RM 1941.78 (jumlah pending 34 hari). Wow mmg jumlah yang banyak bagi aku... Memang aku senyum sampai ke telinga... Perkeso mmg best + prihatin...

Bagi sape yang bekerja pastikan anda dilindungi oleh Perkeso... Aku ni pun xde takaful so Perkeso inilah yang melindungi aku... Terima kasih Perkeso... Terima kasih jugak pada wife dan bekas company security aku yang sudi membantu menguruskan Perkeso aku... Semoga kalian bertambah rezeki dan success....




0 comments:

Post a Comment