https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000008279

Tuesday 19 November 2013

OFFICE TRAVELLING - IBU JARI AKU MASIH BENGKAK DAN SAKIT

N3 aku kali ini pasal ibu jari tangan kanan aku yang masih bengkak dan sakit kerana kemalangan semasa dalam perjalanan balik ke tempat kerja selepas mendepositkan cek majikan.

Semasa mendapat rawatan awal di government hospital offer aku membuat operation but I have refused. Pada masa itu aku jangkakan ibu jari aku akan pulih dalam masa dua bulan kemalangan. Sangkaan aku meleset ibu jari aku masih sakit dan bengkak.

Aku masih mendapat rawatan susulan daripada hospital. Namun pihak hospital tidak dapat membuat operation bila mana menjangkau more than 2 months. Salah sorang doktor di sana advise aku utk mendapatkan rawatan di hospital lain. Doktor di hospital tersebut tidak dapat menerima aku dan aku tidak dapat menyambung MC setelah MC aku abis pada bulan 6.

Atas nasihat wife aku, aku meneruskan langkah mendapatkan rawatan susulan di HKL namun kes aku ditransfer kembali ke hospital di mana aku mendapat rawatan awal. So kes aku mcm bola yang di tendang ke sana ke sini. Dua2 hospital ini gagal membuat operation dan doktor menyuruh aku membuat alternatif lain iaitu merujuk kepada swasta. Malangnya aku mmg tidak mempunyai sebarang protection. Aku hanya bergantung kepada Perkeso. Aku kini dalam menunggu MC yang terakhir untuk mencukupkan 180 hari. MC aku dalam bulan ni masih berbaki 25 hari dan dijangka tamat pada 25/11/2013. Buat masa ini aku mendapatkan rawatan di klinik swasta bila mana hospital tidak dapat memberikan sambungan MC wlp aku masih menjalankan rawatan fisioterapi dari hospital tersebut... Memang masalah doktor hospital tersebut, wlp tau aku mmg tidak dapat bekerja seperti biasa... Memang mereka sarankan aku melanjutkan permohonan ilat ke Perkeso. Mmg aku nak buat masalahnya Perkeso pulak suruh aku abiskan MC yang masih berbaki 25 hari. Masalahnya aku tak dapat sambung MC dari hospital kerajaan... Aku amik keputusan apply unpaid leave selama 30 hari...

Aku ingin berkongsi rawatan yang aku pernah cuba dalam masa kemalangan ini kerana pada mulanya aku taknak menjalankan pembedahan.

  1. Aku pernah cuba mendapatkan rawatan di Sg. Penchala. Aku sekadar mencuba kaedah urutan di sana. Pada mulanya aku ingatkan rawatan di sana secara fizikal tapi rupanya tidak. Urutan secara batin... Alamak tersalah masuk pusat rawatan. Namun aku dan wife tetap mencuba segan pulakla bila dah masuk umah orang keluar begitu saja. Berdasarkan rawatan dari Pusat itu yang tidak mengenakan bayaran sekadar menerima secara ikhlas so aku pun mencuba. Pengawal perubatan tersebut memberi air mineral yang telah di bawa ayat quran. Tapi disebabkan tiada keyakinan maka tiadala kesan yang diterima. So aku tidak mendapatkan lagi rawatan susulan di sana lg. itula yang pertama dan terakhir....
     Sumber : http://jomdaddy.blogspot.com/2013/09/pak-din-bomoh-patahterseliuh-sungai.html
  2. Rawatan secara traditional. Yang ini mengunakan petua dari pakcik dan makcik aku. Petuanya adalah menggunakan halia bara + kuning telur ayam kg. Wife aku mmg ingin mencuba. Halia bara dan telur ayam kg dibeli dari pasar pagi berhampiran. Ikutkan aku mmg malas nak buat. Tapi wife aku yang sponsor semua bahan. Malam hari bermulalah episod ngeri dalam hidup aku. Wife aku mmg dah menyediakan halia bara yang ditumbuk lumut + digaulkan bersama kuning telur ayam kg. Lalu dilumurkan di sekitar ibu jari aku yang bengkak dan dibalut dengan kain / kitchen tissue... Mak aiii... mmg panas yang aku rasa... Ikutkan hati aku mmg aku xnak tapi wife aku memaksa dan monitor aku... selama sejam aku bertahan pastu aku buka dan buang segalanya yang melengkap pada ibu jari aku. 3 hari 3 malam wife aku buat petua tersebut. Petua tersebut bagus cuma aku yang tidak konsistant. Halia Bara yang aku beli berwarna hitam tidak sama seperti dibawah ini pada harga RM 40.00/kg. Wife aku beli beberapa biji sahaja.
    Sumber http://davesgarden.com/guides/pf/showimage/277219/
  3. Wife aku turut suruh aku mengamalkan petua traditional disbbkan aku tak buat pembedahan. Kali ini dengan mengunakan Pokok Tembaga Suasa yang didapati di kgnya. Maka pada malam hari bermulalah episod ngeri dalam hidup aku sepertimana halia bara. Daun tembaga suasa dilayurkan dan seterusnya dibalutkan ke sekitar ibu jari yang sakit... Memang terasa daun tu menyedut bisa2 di ibu jari aku... Aku hanya bertahan menahan sakit yang amat sangat... Anak pokok tersebut aku bawa balik dan diletakkan di dalam umah tanpa ditanam. Sebulan lebih jugakla dibiarkan.. Namun anak pokok tersebut masih segar tiada satu pun daun yang layu / mati. Betullah kata MIL pokok tembaga suasa ssh nak mati walaupun dibakar. Pokok Tembaga Suasa jugakla boleh mengubati angin pasang. Tapi aku x berapa pasti kaedahnya.
  4. Akhir sekali atas nasihat SIL aku, aku mendapatkan rawatan dengan jirannya di Klang. Wak Roji nama tukang urut tu. 1st time aku kena urut mmg sakit, aku rasa nak menangis tapi aku tahan beb because my wife ada sama... Jatuhla saham aku kalau menangis depan dia... Memang teramat2 sakit. Ibu jari tangan aku tidak membengkak lagi setelah diurut. Wak Roji tu kata sape yang patah elok dibalut dengan daun bakung. Disebabkan ibu jari aku tidak membengkak so Wak Roji tidak menggunkan daun bakung tersebut. Aku mendapatkan rawatan dengan Wak Roji 2x. Tak sanggup aku meneruskan rawatan urut dengannya lagi. Memang terasa sakitnya wooooooooooooiiiiiiiiiiii.... Kalu korang nak rasa korang cubala... no tel Wak Roji 016-6428423... Bolehla calling2 dia... Tapi sendiri mau ingatla mmg sakit wooooooooooo... terasa sampai sekarang experience berurut dengan Wak Roji. Wak Roji ni nice guy, why not cuba kan mana tau ada rezeki pulih tanpa rawatan moden.....


0 comments:

Post a Comment