Hari ni wife masak simple jer utk aku. Sebabnya selepas amik dia kerja terus p pasar malam dan singgah speedmart. Petang tadi aku belikan dia kentang jacker. Disebabkan ada peraduan yang berakhir esok maka wife aku excited reka slogan untuk dihantar secara sms. Kononnya kalu hantar byk peraduan peluang nak menang tu cerah. Aku pun tak harap sangat cos bukan reti pun buat slogan kreatif. Slogan hampeh bolehla...Wife aku reka slogan ntah apa2... siap guna perkataan mangkuk lagi... ntah apa2la dia ingat contest masterchef kut... aku malas nk layan... singgah pasar malam aku belikan kewtiau sup. Aku tak beli apa2 untuk diri sendiri maybe tekak aku mood masakan wife. Wife aku lepas siapkan diri dan solat dulu baru dia menyediakan bahan2 memasak. Ikutkan aku suruh wife goreng telur jer. Tapi wife aku tau aku jenis nk berkuah walaupun sikit.
Wife aku masakkan aku ayam terung sos tiram. Bahannya ringkas jer.
Bawang putih
Bawang merah / besar
Cili padi merah
Semua bahan dikisar guna gadget tupperware wife macam biasa
Masukkan 1 cawan air, 3 sudu besar sos tiram dan kiub ayam. Gaulkan dengan ayam tadi.
Tutup tutup pemanggang ajaib selama 5 minit. Wife sempat cuci pinggan. Masukkan terung, gaulkan dan tutup penutup pemanggang ajaib selama 2 minit lg atau sehingga terung layu sedikit. Sedia untuk dihidangkan dinner sambil layan Anugerah Skrin yang dihostkan oleh Awal Ashari, Faizal Ismail dan host baru Nad Zainal. Mudah sangatkan
A
0 comments:
Post a Comment